Kalau kat Malaysia sebut aja si Tanggang sure
ramai yang tau...dari kecik sampai besor...kisah anak derhaka. Tapi kalau di Sumatera
nama Si Malin Kundang sangat sinonim dengan kisah tersebut.
Di sini, Pantai Air Manis lokasi lebih kurang
setengah jam dari kota Padang, kita dapat melihat dengan jelas batu Malin
Kundang. Batu yang menjadi simbol kisah anak derhaka yang berselimutkan kisah legenda ini buat kita terkagum-kagum
sebab keunikannya .....bentuknya memang bentuk laki-laki
yang tengah bersujud atau tertelungkup menghadap tanah. Tidak jauh dari Batu
Malin Kundang di sekitarnya terdapat bebatuan-bebatuan besar yang tersebar
tersebut yang dianggap kapal besar milik Malin Kundang yang juga berubah
menjadi batu.
Wow!!...tak sangka..ingat cerita aja...tapi ada
bukti...masakan ahli pemahat boleh membuat ukiran sebesar dan di tepi laut. Kisahnya sama aja kisah si Tanggang so google sendiri la kalau nak kisah selanjutnya...sama ada lagenda, sejarah, mitos atau apa-apa pun....kita jangan ler jadi Si Malin atau Si Tanggang. Zaman dah moden dan banyak yang dah educated so fikir-fikirkan lah.
Ok meh tengok...apa yang sempat difotokan dan divideokan buat teman-teman.
Ada pintu gerbang menuju ke sini...lepas tu kena merentas gunung nih...kena berhati-hati sebab hujan renyai-renyai...jalan licin dan kecil...kali ni i ditemani Peri dengan Fortuner sebab kawasan gunung.
Ok meh tengok...apa yang sempat difotokan dan divideokan buat teman-teman.
Ada pintu gerbang menuju ke sini...lepas tu kena merentas gunung nih...kena berhati-hati sebab hujan renyai-renyai...jalan licin dan kecil...kali ni i ditemani Peri dengan Fortuner sebab kawasan gunung.
Selepas rentas jalan yang berliku turun dan naik gunung sampai la ke sini...kami sampai awal so kedai-kedai belum buka...kami aja yang ada dan berberapa orang yang sedang menjala dan jual minuman.
Di bawah titi batu ni ada aliran air gunung menuju ke laut.
Di sini la tempatnya....yang ni bentuk kapal.
Banyak dah tertimbus dengan pasir sebab kalau air pasang galak sangat boleh tengelam kawasan nih. Pagi-pagi air surut..so ok la...kalau digali pasir-pasir nih rasanya memang boleh nampak lebih jelas.
Bentuk orang bersujud...Wallahualam..hanya Allah Yang Maha Mengetahui kisah ini.
Nasib i pakai Cardigan pink..kalau tak kaler tudung dan baju dah lebih kurang sama dengan kaler Si Malin nih..nanti i lak jadi batu...hahahaha.
I pernah baca di satu blog carian google...ada yang kata malam-malam ada bunyi orang merintih dari kawasan ini seolah-oleh meminta ampun...tapi kajian terhadap kisah itu, ada yang mengatakan...angin laut bersentuhan dengan batu-batu di sini berserta ombak menghasilkan satu bunyi yang nyaring dan syahdu...Wallahualam...hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Sebelah hadapan pulak satu part kapal jugak...macam terbelah 2...kat situ nampak gulungan tali yang berkumpul dan jadi batu...termasuk tong kayu yang dah jadi batu...termasuk batang-batang kayu barangan kapal.
Air megalir dari gunung
Ok nak kena luar dari sini...ingat nak tengok pralayar tapi hujan sikit ...depa dah standby kat atas bukit. Nak pegi ke tempat lain pulak di Padang nih.
Hari ni Peri jadi jurufoto i .
Semoga kita tidak jadi Si Tanggang atau Malin Kundang...Insya Allah.