SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2021
10 ZULHIJJAH 1442H
Hari ni seawal pagi Cik Mai dah bangun dan lepas subuh terus masak di dapur. Semalam hanya masak untuk berbuka aja sebab rasa macam letih sangat selepas ambil vaksin semalam. Selepas isyak terus tido.
Duk depan tv dulu tengok Tanyalah Ustaz dan siaran langsung dari mubit di Mudzalifah. Rest sekejap.
Hari ni masak ketupat Nona dan merendang ayam. Saja tak masak semalam takut tak berapa nak sedap. Sate daging dan ayam dah beli semalam juga dah beli lemang daun larek.
Kami bertiga jer kat rumah tapi dah namanya Raya kan so ada orang ker tak da ker Cik Mai suka menghidupkan suasana. Kita ni kena tahu hari-hari ni supaya ada kelainan.