Tuesday, 16 November 2021

PD Waterfront.

UNPLANNED!! Today lepas habis exam MUET di Genencheh awal la pulak so terus la balik then saja la lalu di Port Dickson. Cik Mai dah book D'Whraf Hotel & Residence di PD ni thru Expedia pada 4th & 5th Disember so saja nak tengok.

Yea..like diiklankan really near by the waterfont and in town. Cik Mai belum sampai ke situ sebelum ni..Seem like ada food truck, pasaraya, banks and kedai- kedai makan.





Depan ni ada sewaan basikal dan trek jogging. Ok la..mesti metiah cuma sini tak boleh mandi.


















Ok lah..tunggu 4th Disember ..Cik Mai Share apa yang manarik kat sini nanti 🔥



Monday, 15 November 2021

Gemencheh & Gemas

Today, bawa the two lady ni ke Gemencheh untuk ambil MUET. So Cik Mai bergerak one day before sebab tak pernah ke sini. Yea memang first time.

Sampai kami ronda-ronda cari hotel hingga ke Gemas but tiada banyak pilihan. Dah petang so singgah beli apa-apa dulu di town Gemas tu then baru teruskan perjalanan  its about 45 min dari Gemencheh ke Gemas.

Kami singgah kat Stesen Keretapi lama.







Kami pilih hotel DS sebab dalam banyak- banyak tu hotel ni really nampak hotel yang menarik .Ok la confort la dan bersih.Very basic aja harga pun tak mahal la.






Malam kami makan di Restoran Amira Nabila & Seafood berdekatan dengan hotel. Sedap dan murah juga la tak ler harga cekik darah.


ALHAMDULILAH

boleh tengok video dalam ig @maimeorhasan #mehtravelwithme #foodhuntingcikmai
 


Sunday, 7 November 2021

Tropicana The Residence KLCC

 

Awak awak kat mana ? Awak kat mana? Hahaha...dari Jalan Kebun hantar mak tadi terus check in kat sini pulak. Nak citer sikit, booking dengan guna Airbnb so dapat harga RM165 per night views Menara KL lagi..

Boleh tengok video Cik Mai di ig@maimeorhasan. Nice studio apartment ni. Ramai boleh masuk. Sapa yang tak tau nak ke mana boleh la try cari di sini. Sebelah tu KLCC aja, jalan kaki aja.








Jom kita naik Level 53 di maba letaknya kolam.. wow!! Cantiknya views..really nice.



Nampak tak belajang tu...jom kita masuk dalam tu..


Sarang burung tempua kot..



Cantik la ...Infinity Pool














Meh Travel With Me

untuk lihat video boleh pi ke instragram @maimeorhasan




Saturday, 6 November 2021

D' Majestic Place by Greystone Haus, Pudu


Hi again...another place pulak check in today. Last minute deal. Semalam dari Mercu Summer Suite kami tak dapat nak check in lain tempat sebab banyak yang penuh so balik la dulu ke rumah. 

Grab this studio dari Agoda promo thru email. Cik Mai tahu studio ni tapi tak pernah pergi. Buat pa pergi tempat yang dah selalu pergi kan.

Murah jer sebab Cik Mai  bukannya have have nak booking mahal-mahal but view dia yang mahal tu. 

Rakan travel untuk berberapa hari ni my mother. Dia dah biasa dah keep followed me dalam siri Meh Travel With Me.





Ada a few management company dalam ni tapi yang Cik Mai booked thru Agoda ni Greystone Haus dan pejabat pengurusan di Level 17. Bila sampai call them so depa bawa ke Level 17 untuk proses pendaftaran



Semua keycard system termasuk lif sama lah dengan mana-mana studio di KL ni atau lain-lain hotel. Its good for security reason. Pi berdua jer so barang bawa sikit-sikit nak sebab parking hanya di bangunan dan hotel ni betul-betul dekat bas stop.



This our room for 2. Kalau nak lebih besor ada jer. Well ..morden concepts and simple but nice. Aircond really good..sejuk sokmo..View nya ada pemandangan KL around je KLCC tapi Cik Mai dapat ngadap Cheras. 



Jom jalan-jalan. The main reason why CM pilih sini adalah view dia. U alls tengok la sendiri.  Level 20 tempat pirt orang bergambor. Kolam mandi dan gym just  next each other. Mula CM pi dalam jam 4.30 pm saja nak tengok-tengok dulu. Panas lagi masa ni.




Setiap orang boleh 1 hr aja dan kalau lambat security akan maklum dah tamat bagi bilik-bilik mana yang dah tamat waktu.





Then jam 6.15 pm CM naik balik bawak mak. Boleh bawa sebab ada disediakan ramp OKU . Gigih jugak la naik ramp tu but ok jer la.



Mesti ada yang tertanya sapa yang ambik gambor kami ..hahaha...kebijaksanaan dan kreativiti diperlukan di sini dan kena buang sifat malu .











Tunggu la jugak sampai ke 7.15 pm sebab nak capture langit petang. Ramai yang pilih time 7pm - 8 pm sebab cantik view. Alhamdulilah hari tak hujan semalam so dapat la gambar yang terang.





Hari ni tunjuk kat mak bangunan yang tinggi tertinggi di KL ni.






Okey la...saja bawak mak jalan-jalan. Dia tanya CM kenapa tak pi kerja dah berapa hari check in merata. 

Di sini check out sebelum  jam 12 pm. Before check out kena maklumkan kepada pengurusan then depa datamg ke unit untuk serahkan balik duit deposit RM200.00 dan ambil kunci. Kalau salah satu hilang kena denda la.





Okey..so ke mana travel seterusnya...keel following Meh Travel With Me..Cik Mai ada cuti sampai Disember 2021...so more place to go!! 

Untuk lihat video, just klik di ig@maimeorhasan.