Thursday, 1 January 2015

Majlis Bacaan Yassin @ Kediaman Zarina Zainuddin


Selamat Tahun Baru 2015...

Banyak peristiwa yang berlaku di ambang tahun baru. Zarina Zainuddin mengadakan Majlis menbaca Yassin, Solat Hajat serta Marhaban di kediamannya di Subang Jaya. Kami dan Kumpulan Marhaban Al Jannah Ixora  amat berbesar hati kerana dijemput. Semoga mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah S.W.T. Insya Allah.

Thank you Allah.....Love Allah


ikutilah kisahnya...
















































Kelebihan, Fadhilat Dan Keberkatan Surah Yasin


Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda,”Sesiapa yang membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi”.
“Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali.”
Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,”Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.
“Sesiapa yang membaca surah Yasinsemata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati.”
Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam Torah kerana ia mengandungi manafa’at kepada pembacanya, di dalam kehidupan dunia dan juga akhirat, ia menghindarkan penderitaan di dunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan di kehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi’ah Khafidah, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hatiku menghendaki supaya surah Yasin berada di setiap hati Ummatku,” Mengikut sebuah hadith yang lain, jika sesaorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudianny  meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.
Diriwayatkan pada hadith yang lain, ” Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya di kala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.”

Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau surah Yasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu"

Insya Allah...Selamat Beramal..................

No comments:

Post a Comment