Friday, 27 March 2015

Teluk Batik & Muara Ikan Bakar @ Manjung

Teluk Batik

Apa nak buat petang-petang...so dema-dema berpakat nak pi mandi laut....Teluk Batik tu dekat aja...kurang sejam dari Bota....so apa lagi....rombongan ke Teluk Batik.. sampai dah pukul 5.00 petang...cuaca redup dan mendung...

Subhanallah..cantiknya







 



























Restoran Muara Ikan Bakar

Mula ingat nak bakor sotong dan sosej kat tepi laut tapi kuasa Allah tiada siapa yang boleh menghalang..hujan ler pulak so kami pun singgah di restoran dan mintak restoran masakan sotong..hehehehe.. kelako!!





Oleh dak kerana lapor, so tak sempat nak ambik gambor makanan...hihihihi

"Barang siapa yang dibuat (dibelikan) kepadanya kebaikan, maka katakan kepada orang yang berbuat baik itu "Jazakallahu khaira" semoga Allah membalas kepadamu dengan kebaikan. Sesungguhnya hal tersebut telah bersungguh-sungguh dalam berterima kasih" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Thank you Ayah Ein & Chu E


Dikongsikan bersama.....dipetik dari blog di internet..

1. Tahukah yang dikatakan pasir pantai mampu mengubati stroke

2. Mandi pantai juga elok untuk kecantikkan kulit terutama yang mengidap penyakit kulit, tidak kira kanak-kanak atau dewasa.. malah yang berjerawat pun boleh hilang jerawat.. jika rajin mandi pantai… ini kerana kandungan garam yang tinggi didalam laut… amat elok untuk kesihatan badan dan kulit

3. Mandi pantai juga elok untuk yang mengalami sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh badan.. malah dengan berenang atau mandi pantai.. ia  umpama bersenam dan membakar banyak kalori..  that why, lepas mandi pantai akan rasa penat sangat dan lena tidur… kerana pembakaran kalori dan tenaga.

4. Dengan berjalan kaki di atas pasir pantai (tanpa kasut atau selipar)…. ia umpama melakukan refleksologi ... pasir-pasir yang halus akan mengurut kaki  dan ia juga bahan pengelupasan semulajadi untuk kulit mati…

5. Air laut juga elok untuk membuang sel kulit mati, membuang racun dari badan dan melembutkan kulit.. ini kerana laut amat kaya dengan magnesium yang dapat menenangkan dan menghilangkan tekanan dan kepenatan.

6. Udara pantai kaya dengan ion negative ia membantu  bernafas dengan lebih baik dan mengurangkan tingkat hestamine yang mampu menyebabkan rasa demam….malah dikatakan juga mandi laut turut mengurangkan “senggugut’… tapi kena mandi before “datang bulan” .. juga mengurangkan sakit kepala..

7. Melihat “sunset” juga menghilangkan tekanan dan mengurangkan stress… so leh lihat sunset di pantai-pantai yang berdekatan .

8. Apa sekalipun.. bagi yang ingin berkemah atau tidur di pantai.. dinasihatkan melapik kertas atau kain atau benda tebal.. elakkan tidur di atas tanah atau bumi… ini kerana dikatakan udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma

  
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya  yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.





No comments:

Post a Comment