Cuti hujung minggu yang panjang...........seperti dirancang oleh Alang dan yang lain-lain, kami mengikut jadual...seawal pagi 9.00 pagi bertolak ke Port Dickson.Pilihan kali ini adalah Kondo Seri Bulan Port Dickson.. Jem teruk rupanya..rata-rata orang di KL keluar. Sebanyak tujuh (7) buah kereta yang menjadikan tiga puloh (30) orang kesemuanya.
Kali ni ambil kelainan sikit, sambut hari jadi Mila di tepi laut..malam pulak tu...ada kek, belon, BBQ, laut, malam dan lain-lain.
Masa bertolak...
Singgah kat Cowboy ..makan dulu...
Sampai dah.....
Langit petang.....
Firman-Nya: "Ada laut yang di dalam tanahnya ada api" (Qs. Ath-Thur 6).
"Demi bukit, dan kitab yang ditulis; pada lembaran yang terbuka; dan demi Baitul Ma'mur; dan atap yang ditinggikan (langit), dan laut yang di dalam tanahnya ada api, sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi, tidak seorangpun yang dapat menolaknya." (Qs. Ath-Thur: 1-8)
Berendam pulak.....
Party Time....
Alhamdullilah kenyang dan Alhamdullilah cuaca
nyaman dan baik..
selepas selesai baru hujan lebat selebatnya..
Thank You Allah.........
Firman Allah
SWT, “Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan, sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”(QS al-A’raf :
31).
Next day - Mandi waktu pagi pulak...
Lepas semua selesai kami pun balik....
so where we go next birthday?
Dalam ayat ini Allah mahu kita berfikir tentang kejadian langit dan bumi, dan tentunya berfikir juga tentang isi kedua-duanya supaya terlihatlah bukti-bukti kekuasaanNya kepada kita.
Dikongsikan bersama:
Sabda Rasulullah Saw sebagaimana riwayat Anas bin Malik r.a: ”Sesiapa yang suka dilapangkan pada rezkinya dan dilewatkan ajal dan umurnya,maka hendaklah ia sambungkan silaturrahimnya.”Begitu juga hadis riwayat Imam Ahmad dari Aisyah r.a:”Silaturrahim,berjiran dengan baik, serta berakhlak baik, semuanya itu memakmurkan kehidupan berumah tangga dan menambahkan umur.
Mari kita hayati suatu kisah pada zaman nabi Daud a.s berkaitan salah seorang kaumnya yang dipanjangkan umur kerana menyambung tali silaturahim..
Pada suatu hari, Malaikat Izrail datang menemui Nabi Daud a.s. Malaikat Izrail tugasnya adalah mencabut nyawa setiap makhluk Allah yang sudah ditentukan ajalnya.
“Si polan akan meninggal dunia enam hari lagi.” Kata Malaikat Izrail kepada Nabi Daud a.s.. Si polan yang disebutkan Malaikat Izrail itu adalah salah seorang dari Bani Israel. Bani Israel adalah kaum Nabi Daud a.s..
Enam hari kemudian, si polan ternyata masih hidup. Nabi Daud a.s. kehairanan.
Tidak mungkin Malaikat Izrail berbohong. Rasanya Nabi Daud a.s. juga tidak salah mendengar bahawa si polan akan meninggal dunia enam hari lagi.
Kemudian Malaikat Izrail datang lagi menemui Nabi Daud a.s..
“Mengapa si polan itu masih hidup setelah enam hari sejak kau katakan kepadaku?” tanya Nabi Daud a.s.
“Sebenarnya aku akan mencabut nyawanya sesuai dengan waktu yang ditentukan Allah. Tetapi kemudian, Allah memerintahkan aku menundanya.” jawab Malaikat Izrail.
“Mengapa?” Tanya Nabi Daud a.s. lagi.
“Sejak aku mengatakan hal itu enam hari yang lalu, si polan berubah perangai. Dia menyambung tali persaudaraan yang selama ini telah terputus. Dia mengunjungi saudara-saudaranya yang jauh, sahabat kenalannya dan orang-orang yang seiman dengannya. Oleh kerana itulah, Allah memerintahkan kepadaku untuk memberi dua puluh tahun lagi kepadanya.” Jawab Malaikat Izrail.
Gara-gara menyambung tali persaudaraan, si polan mendapat tambahan umur selama dua puluh tahun. Selama waktu itu, tentunya dia boleh menambah amal baiknya. Beruntunglah si polan yang suka menjaga silaturrahim.
sumber : majalah Ana Muslim
Alam Lautan dan Kesyukuran
1.0 PENDAHULUAN
Seluruh alam ini menjadi dalil kepada adanya Pencipta iaitu Allah. Mana mungkin alam ini wujud dengan sendirinya tanpa ada Penciptanya. Mana mungkin makhluk berakal seperti manusia dan jin boleh wujud dengan sendirinya ataupun dijadikan oleh alam yang tidak berakal atau tidak berpengetahuan. Tentunya makhluk berakal dijadikan oleh yang mempunyai pengetahuan juga iaitu Tuhan. Bahkan alam dan isinya menjadi bukti kepada kekuasaan Allah Taala jika kita perhatikan dari sudut keseimbangannya, keharmoniannya, ketepatan ukuran-ukurannya, kesempurnaan dan saling kebergantungannya.
Allah Taala berfirman dalam kitab suci Al-Quran : “Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, seraya berkata : ”Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia. Maha Suci Engkau, lindungilah kami daripada azab neraka.” (Ali ‘Imran : 191)
Dalam ayat ini Allah mahu kita berfikir tentang kejadian langit dan bumi, dan tentunya berfikir juga tentang isi kedua-duanya supaya terlihatlah bukti-bukti kekuasaanNya kepada kita. Apabila kita menyedari betapa hebatnya kekuasaan Allah melalui pemerhatian dan penghayatan kita pada alam ciptaaan-Nya, wajiblah kepada kita untuk menyatakan kesyukuran kita kepada-Nya melalui hati, kata-kata mahupun perbuatan.

Cacing berada di dalam lautan tanah, ikan berada di dalam lautan air, manusia berada di dalam lautan udara, dan planet bumi berada di dalam lautan alam semesta. Kesemua lautan yang disebutkan tadi ialah ciptaan Allah yang sangat luar biasa lagi mengasyikkan jika dibuat kajian dan renungan. Untuk pembentangan ini, kita akan khususkan bicara kita pada lautan air yang menguasai lebih daripada 2/3 permukaan planet bumi. Secara keseluruhannya, tulisan ini akan menghidangkan beberapa bukti kekuasaan Allah Taala dengan bersandarkan kepada dalil-dalil naqli dan ‘aqli khususnya yang berkaitan dengan lautan, dan seterusnya cara-cara untuk kita mensyukuri nikmatNya.
2.0 BUKTI KEKUASAAN ALLAH PADA LAUTAN
Lautan ialah himpunan air masin yang sangat banyak, yang meliputi 71% permukaan planet bumi. Semua lautan dibatasi dari sudut sisinya oleh daratan sama ada dalam bentuk benua ataupun pulau. Dari sudut atas bawahnya pula, umumnya lautan berada di antara udara dan mukabumi dasar lautan. Bahagian lautan yang kecil disebut laut, selat ataupun teluk. Di dalam lautan terdapat pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan. Setakat ini, dipercayai bahawa hanya planet bumi yang mempunyai lautan air. Pada lautan dan isi kandungannya, terdapat banyak sekali bukti kekuasaan Allah, cuma mungkin tidak ramai manusia yang mahu memikirkannya dan mensyukurinya. Berikut dihidangkan beberapa bukti kekuasaan Allah pada lautan.
2.1 BANYAKNYA CIPTAAAN ALLAH DALAM LAUTAN
Khazanah lautan adalah lebih besar berbanding apa yang ada di daratan. Hal ini dinyatakan oleh Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali apabila dia mengaitkan peratusan lautan di planet bumi ini lebih daripada peratusan daratan. Haiwan-haiwan besar di dalam laut pula adalah jauh lebih besar berbanding haiwan di darat. Bukti yang kita sedia maklum adalah seperti besarnya gajah tidak dapat menandingi besarnya ikan paus.
Tentang kewujudan haiwan laut yang besar dinyatakan dalam Al-Quran : “Maka dia (Yunus) ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela.” (As-Saaffaat : 142) Besarnya ikan itu sehingga boleh menelan manusia, padahal sebesar-besar gajah tidak mampu berbuat demikian. Kata Al-Ghazali lagi, umumnya semua haiwan di darat ada yang semacam dengannya di dalam laut. Haiwan-haiwan ini seolah-olah datang daripada satu keluarga.
Contoh yang boleh kita ambil ialah anjing dengan anjing laut, singa dengan singa laut, burung dengan ikan pari, kuda dengan kuda laut, gajah dengan gajah laut, kala jengking dengan udang kara dan labah-labah dengan ketam. Bahkan banyak pula haiwan laut yang tidak ada yang semacam dengannya di darat. Maksudnya, lebih lagi spesis haiwan di dalam laut berbanding spesis yang ada di daratan. Dikatakan terdapat 230,000 spesis penghuni laut yang sudah dikenalpasti, sedangkan masih banyak yang belum diketahui atau ditemui.
Alangkah hebatnya Allah! Sebegitu banyak spesis haiwan dan tumbuhan dalam lautan yang dicipta-Nya sedangkan setiap spesis mempunyai rupabentuk yang berbeza. Kalau manusia yang diberi peluang untuk mencipta, baru beberapa spesis haiwan, tentu sudah habis ideanya. Itupun ciptaan-ciptaaan itu tidak dapat diberinya nyawa. Bolehlah kita katakan bahawa seluruh pelusuk daratan sudah pun diterokai manusia, tetapi banyak lagi ruang dalam lautan yang manusia belum pernah sampai dan belum dipetakan. Setinggi-tinggi gunung di darat, dalam lagi jurang di dalam lautan sana. Jurang Mariana di Lautan Pasifik mempunyai kedalaman 10.9 kilometer sedangkan ketinggian gunung tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest hanyalah sekitar 8.8 kilometer. Maksudnya Gunung Everest akan tenggelam jika diletakkan di dalam jurang ini. Bayangkan berapa banyaknya makhluk hidup dan tumbuhan yang Allah ciptakan sebagai penghuni alam lautan. Di sinilah terletaknya antara bukti kebesaran Allah Taala.

2.2 AIR LAUT KEKAL MASIN
Antara perkara yang menakjubkan kita ialah betapa banyaknya spesis hidupan laut yang boleh menjadi makanan kita dalam keadaan daging haiwan itu tidak masin sedangkan haiwan-haiwan itu hidup di dalam air laut yang masin.
Firman Allah Subahanahu wa Ta’ala : “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai makanan bagi kamu dan juga bagi orang-orang yang dalam perjalanan, tetapi diharamkan bagi kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya kamu akan dikembalikan.” (Al-Maaidah : 96)
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengajar kita bahawa : “Ia (lautan) adalah suci airnya, halal bangkainya.” (Turmizi, Ibnu Majah, Nasa’i) Proses kitaran hujan juga pelik. Air laut yang masin diserap ke langit dalam bentuk wap. Tiba di langit, ia turun ke bumi dalam rupa hujan, tetapi airnya tawar. Air tawar ini mengalir pula ke laut melalui sungai-sungai, tetapi laut tetap masin. Semua sungai menghala ke laut. Semua sungai airnya tawar. Tapi apabila semua aliran air tawar itu berkumpul di lautan, air laut tetap masin. Ke mana hilangnya sungai-sungai berair atwar itu? Hal ini memang aneh. Lebih mengkagumkan lagi apabila haiwan-haiwan di dalam lautan itu tidak terpengaruh zatnya dengan kemasinan air di sekelilingnya, walau berapa lama pun haiwan-haiwan itu hidup di dalamnya. Hal ini juga menjadi bukti kepada kebesaran Allah, bagi orang-ornag yang mahu menggunakan fikirannya.

2.3 LAUTAN SEBAGAI TENTERA ALLAH
Selautan air bermula dengan setitis air. Apalah sangat kuasa setitis air? Ya, setitis air kelihatan tidak mempunyai apa-apa daya, tetapi titis-titis air yang kelihatan lemah lagi mudah dipisah-pisahkan inilah yang berkumpul dan membentuk gelombang setinggi gunung. Titisan air ini membentuk tentera Allah berupa tsunami yang melanggar dan memusnahkan sekian banyak tumbuhan, petempatan, binaan, manusia dan haiwan di daratan. Kawanan titisan air inilah yang menghasilkan putaran air laut yang mampu menarik dan menenggelamkan kapal-kapal besar.
Kisah lautan sebagai tentera Allah membinasakan Firaun dan tenteranya dijelaskan dalam Al-Quran : “Lalu Kami mengambil dia (Firaun) bersama-sama tenteranya. Kemudian Kami campakkan mereka ke dalam laut, dalam keadaan tercela.” (Az-Zaariyaat : 40)
Juga dalam Firman Allah yang berikut : “Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami tenggelamkan mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.” (Al-A’raaf : 136)
Lihat sahaja kejadian tsunami di Lautan Hindi pada tahun 2004 yang mengorbankan sekitar 230,000 jiwa di Indonesia, India, Sri Lanka, Thailand dan lain-lain. Air yang tidak pejal dan alunan ombak lembut gemalai diperintahkan oleh Allah bertukar menjadi tenteranya berupa ombak setinggi 9 meter lalu mengakibatkan bencana yang dahsyat. Tentera Allah yang lain di dalam laut ialah kepanasan dan lahar api daripada kawah-kawah gunung-gunung berapi di dasarnya. Tentera-tentera ini sangat luar biasa keadaannya. Lahar bernyala ini bersuhu lebih daripada 1,000 darjah Celsius tetapi panasnya tidak meluapkan air laut dan air laut juga tidak membuatkan api ini terpadam.
Alangkah ajaibnya! Dua unsur yang saling bertentangan iaitu api dan air dapat hidup rukun bersekali di dasar laut sana tanpa yang satu mengganggu yang satu lagi.
Buktinya ialah Firman Allah yang berbunyi : “Dan demi laut yang di dalam tanahnya ada api.” (Tur : 6) Cerita tentang api di dalam lautan ini disokong pula oleh sebuah hadis iaitu : “Sesungguhnya di bawah laut ada api, dan di bawah api ada laut.” (Abu Daud, Baihaqi, Al-Hakim)
Kita biasa mendengar atau membaca berita tentang letusan gunung-gunung berapi di dasar lautan. Letusan yang menggegarkan kerak bumi dan menghamburkan bahan-bahan panas membakar. Semua itu tidak lain ialah tentera Allah yang sentiasa patuh kepada kehendak Allah. Hebatnya tentera-tentera Allah di dalam lautan sana, yang turut menjadi bukti kekuasaan Penciptanya.

2.4 KEAJAIBAN UKURAN LAUTAN
Ukuran luas lautan dan ukuran suhu air laut sangat seimbang. Hal ini membuktikan kehebatan kerja Penciptanya. Jumlah air laut dan suhunya sesuai untuk membolehkan manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di atas planet bumi ini. Jika air laut berkurang dengan banyaknya, suhu bumi tidak dapat dineutralkan dan bumi akan menjadi sangat panas. Jika suhu air laut lebih panas pula, simpanan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan akan mencair menyebabkan paras laut menjadi tinggi mendadak dan banyaklah kawasan dunia akan tenggelam.
Jika hidupan laut terlalu banyak, tidak cukuplah ruang alam lautan itu untuk dihuni. Jika terlalu kurang pula, akan semakin pupuslah spesis-spesis di dalamnya kerana kitaran hidup alam lautan sudah tidak sempurna. Sesungguhnya semua ciptaan Allah termasuklah lautan dan isinya adalah mengikut kadar, sukatan, timbangan, ukuran dan had tertentu yang begitu sempurna.
Hal ini dijelaskan dalam Al-Quran sebagai : “Sesungguhnya Kami menjadikan sesuatu mengikut sukatan (ada ukuran tertentu).” (Al-Qamar : 49)
Tentang ukuran keluasan permukaaan laut berbanding darat dinyatakan di dalam Al-Quran melalui kod yang unik. Kajian moden mendapati lautan meliputi 71% daripada permukaan bumi manakala darat pula meliputi 29%. Memang Al-Quran tidak menyatakan secara terang-terangan tentang nisbah ini tetapi melalui cara yang tidak disangka-sangka.
Dalam Al-Quran, laut disebut sebanyak 32 kali manakala daratan sebanyak 13 kali, maka nisbahnya ialah 32:13. Apabila ditukarkan kepada bentuk peratusan nisbahnya ialah 71:29. Nisbah lautan kepada daratan ini bersesuaian dengan pembuktian kajian zaman ini bahawa sememangnya lautan meliputi 71% permukaan planet bumi manakala daratan ialah sebanyak 29%. Nisbah ini sudah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sejak lebih 1400 tahun lalu. Bukankah ini satu lagi bukti kekuasaan Allah?

3.0 CARA BERSYUKUR KEPADA ALLAH ATAS NIKMAT-NIKMATNYA
Bersyukur kepada Allah bermaksud menyatakan rasa berterima kasih melalui hati, perkataan atau perlakuan kepada-Nya. Nikmat pula dari segi bahasa bermaksud pemberian atau anugerah. Oleh itu cara mensyukuri nikmat Allah membawa erti cara-cara menyatakan penghargaan melalui hati, lidah atau perlakuan kepada Allah Taala atas segala pemberian dan anugerahNya kepada kita.
Antara kelebihan bersyukur yang dinyatakan dalam Al-Quran ialah mendapat ganjaran daripada Allah, sebagaimana
FirmanNya : “Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikannya pahala itu, dna barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan kepadanya pahala itu, dan Kami akan memberikan ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali ‘Imran : 145) Bersyukur ada cara-caranya. Di bawah ini dihuraikan beberapa cara untuk kita mensyukuri nikmat Allah kepada kita.

3. 1 PELIHARA NIKMAT YANG DIBERI OLEH ALLAH
Salah satu cara untuk kita bersyukur akan nikmat kurniaan Allah adalah dengan menghargai nikmat-nikmat itu. Lautan ialah salah satu nikmat yang besar dari-Nya, maka kita mestilah memelihara nikmat-Nya itu dengan sebaik-baiknya, bukan merosakkannya. Allah anugerahkan kita air laut yang bersih, mensucikan, jernih, tidak berbau busuk, tanpa bahan cemar lagi sedap untuk dipandang mata. Sebagai bukti kita mensyukuri nikmat lautan itu, kita mestilah memelihara dan memulihara lautan. Bukankah tangan-tangan manusia yang telah dan sedang merosakkan beberapa bahagian lautan?
Hal ini sudah dimaklumkan oleh Allah melalui FirmanNya : “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bencana di darat dan di lautan dengan sebab tangan manusia, kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan.” (Ar-Rum : 41)
Lautan menghadapi ancaman ujian nuklear, pembuangan sisa-sisa bahan berbahaya, pembangunan tidak terancang di pulau-pulau dan pinggiran pantai, penerokaan dasar lautan yang tidak mengikut peraturan dan sebagainya. Jika benar manusia bersyukur atas nikmat lautan ini, pastinya manusia tidak akan merosakkannya. Kita yang punya kesedaran janganlah melakukan hal-hal yang mendatangkan kecacatan kepada lauatan, dan dalam masa yang sama bersuara kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga lautan. Bukan untuk lautan sahaja, bahkan kepada semua anugerah Allah di sekeliling kita seperti bukit-bukau, hutan-hutan, atmosfera, danau-danau, padang rumput dan sebagainya. Beginilah salah satu cara bersyukur melalui hati, kata-kata dan perbuatan.

3.2 MENGAMBIL PELAJARAN DARIPADA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN
Seluruh alam yang dijadikan Allah ini ada manfaatnya kepada kita. Salah satunya ialah buat hati kita. Tidak ada makhluk yang dijadikan Allah sia-sia. Oleh itu semestinyalah hati kita mengambil pelajaran daripada alam sekeliling termasuklah daripada lautan. Pandang lautan, dengar bunyi lautan, sentuh lautan, dan rasa lautan, lalu ambillah pelajaran daripadanya. Itulah antara bukti kita hamba yang bersyukur. Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin menggambarkan lautan itu seolah-olah ilmu Allah yang maha luas lagi tidak terduga. Jangankan hendak menyelaminya, para rasul pun hanya dapat berenang-renang di tepiannya sahaja, apatah lagi kita orang biasa. Dari sini hati kita mendapat pelajaran, bahawa pengetahuan kita sangat kerdil di sisi Allah. Tunduklah hati kita kepada Allah melalui penghayatan kita terhadap laut.
Allah Taala sendiri ada menjadikan lautan sebagai perbandingan iaitu FirmanNya yang berbunyi : “Katakanlah (wahai Muhammad) : “Seandainya lautan menjadi dakwat untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (Al-Kahfi : 109)
Antara tujuan Allah menyatakan perbandingan sebegini tentunya untuk menarik hati manusia untuk berfikir tentang salah satu nikmatnya iaitu lautan dan mensyukurinya. Ada orang-orang soleh yang berdiri di tepi pantai, lalu mereka membayangkan lautan luas lagi dalam itu seolah-olah api neraka yang mereka mungkin akan dihumbankan ke dalamnya. Dari situ hati mereka beroleh pelajaran, lalu meningkatkan rasa takut dan harap kepada Allah. Ada pula orang yang menjadikan lautan sebagai terapi jiwa melalui hasil karya mereka yang berinspirasikan lautan seperti syair, lagu-lagu yang bermanfaat, kalimah-kalimah indah, pelahiran estetika kesusateraan seeprti perumpamaan, metafora, hiperbola, personifikasi dan sebagainya. Beginilah salah satu cara mensyukuri nikmat Alah khususnya lautan, iaitu dengan cara kita ambil peduli dan menghayati, bukannya buat tidak peduli dan tidak menghargai.

3.3 BERSYUKUR MELALUI IBADAH
Mensyukuri nikmat Allah tidak akan lengkap tanpa menyempurnakannya dengan berabdi dan beribadah kepada Allah. Apalah ertinya rasa bersyukur sedangkan amalan-amalan yang fardhu dan wajib tidak ditunaikan, dan amalan-amalan sunat tidak bertambah? Orang yang benar-benar bersyukur pasti akan lebih berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukannya sekadar membuat dakwaan kosong kononnya dirinya berada dalam kalangan hamba-hamba Allah yang mensyukuri nikmatNya. Lagi kuat rasa bersyukur, lebih kuat pulalah rasa kehambaan dan keimanan. Bertambahnya rasa kehambaan dan keimanan, melonjaklah amal-amal soleh khususnya dalam ibadah dan amalan sehari-hari.
Antara ibadah dan amalan yang berkaitan ialah solat fardhu, solat sunat, berzikir, membaca Al-Quran, memberi sedekah atau hadiah, dan sebagainya. “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan (nikmat) kepada kamu. Tetapi jika kamu mengengkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.” (Ibrahim : 7) Sebelum kita mengharapkan Allah menambahkan nikmat-nikmat-Nya kepada kita, maka kita pun kenalah terlebih dahulu menambahkan amal-amal kita, sebagai bukti kesyukuran kita ke atas nikmat-nikmat sedia ada.

3.4 IKUT PERINTAH ALLAH.
Mensyukuri nikmat Allah mestilah dengan berusaha untuk mengerjakan segala yang diperintah oleh Allah sekalipun yang kecil-kecil, dan berusaha untuk meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah sekalipun dalam hal yang kecil-kecil.
Pendek kata, bersyukur mestilah dengan kepatuhan. Seluruh alam patuh kepada Allah tanpa soal-soal lagi. Planet-planet berputar pada paksinya mengikut arah yang diperintahkan Allah, lautan akur pada perintah pasang surut, awan patuh bergerak ke tujuan, gunung-ganang setia pada tempatnya berperanan sebagai pasak bumi, dan pelbagai lagi contoh kepatuhan makhluk kepada Khalik. Oleh itu manusia dan jin yang diberi anugerah akal sudah semestinyalah menyatakan kesyukuran mereka dengan meletakkan sesuatu bersesuaian dengan tempatnya, iaitu dengan mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang. Langit, bumi, lautan dan gunung-ganang yang besar itu pun patuh sepenuhnya akan perintah Allah, apatah lagi kita yang kerdil ini.
Ketundukan dan kepatuhan alam dan isinya ini dinyatakan oleh Allah : “Dan semuanya bersujud (patuh) kepada Allah, baik yang di langit mahupun yang di bumi, baik dengan kemahuan sendiri ataupun terpaksa dan (sujud pula) bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.” (Ar-Ra’d : 15) Nyatalah bahawa kepatuhan kepadaNya juga merupakan salah satu daripada cara untuk mensyukuri nikmatNya.

4.0 KESIMPULAN
Begitulah rapatnya kaitan antara lautan, nikmat Allah dan kesyukuran kepada-Nya. Hal ini dibuktikan melalui Firman Allah iaitu : “Tidakkah engkau perhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di lautan dengan nikmat Allah, agar diperlihatkan-Nya kepada kamu sebahagian daripada tanda-tanda(kebesaran)-Nya?Sungguhlah pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda-Nya bagi setiap orang yang teguh pendiriannya dan banyak bersyukur.” (Luqman : 31)
Lihatlah bagaimana ketiga-tiga perkara utama yang menjadi pokok huraian kita di sepanjang tulisan ini iaitu lautan, nikmat dan syukur berada dalam ayat yang sama. Jelaslah kepada kita bahawa seluruh alam ini sebenarnya menjadi tanda dan bukti kepada kewujudan dan kekuasaan Penciptanya iaitu Allah Taala. Beruntunglah manusia dan jin yang memanfaatkan mata hati dan mata akalnya untuk menyaksikan bukti-bukti kewujudan dan kekuasaan Allah pada alam ini. Dari situ kita akan menyedari bahwa seluruh alam ini tidak lain ialah nikmat anugerah Tuhan kepada kita.
Bumi dijadikan untuk kita berpijak dan bercucuk-tanam, awan untuk kita beroleh hujan, langit untuk kita mengambil pelajaran, gunung-ganang untuk kita tenangkan fikiran, hutan-hutan untuk kita manfaatkan hasilnya dan sebagainya yang semuanya untuk kita. Alangkah pemurah dan pengasihnya Tuhan kepada kita dengan segala nikmatNya itu.
Apabila kita sudah menyedari hal yang sedemikian, maka wajiblah untuk kita bersyukur kepada Tuhan dengan sebenar-benar bersyukur. Tidak cukup sekadar mendakwa diri bersyukur tanpa membuktikan kesyukuran itu dengan hati, perkataan dan perbuatan. Dengan merenung dan menghayati kekuasaan Allah pada lautan sahaja sebenarnya sudah cukup untuk membuatkan kita tersungkur bersujud penuh kesyukuran, belum lagi kita meneliti bukti-bukti kebesaran Allah yang lain.
Satu hal yang pasti, rasa bersyukur itu pada hakikatnya adalah milik Allah. Dialah yang berkuasa untuk mencampakkan rasa bersyukur itu kepada mana-mana satu makhluk-Nya. Sesiapa yang dianugerahkan-Nya rasa bersyukur, jadilah dia hamba yang bersyukur. Sesiapa yang tidak dianugerahi-Nya, tidaklah terpilih sebagai hamba yang bersyukur.
Oleh itu, di samping kita sendiri berusaha menjadi hamba yang bersyukur, marilah kita bermohon kepada-Nya agar kita termasuk ke dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang dipilihNya untuk dianugerahkan rasa bersyukur itu. Semoga Allah terus melimpahkan nikmatNya kepada kita di dunia ini, dan berterusan pula sehingga ke akhirat nanti, iaitu sehingga mendapatkan syurga-Nya. Amin ya Allah.

RUJUKAN
Buku Abdul Majid Aziz Az-Zindani.(2004). Kitab Tauhid – Diperakui Oleh Fakta Sains. Kuala Lumpur : Pustaka Salam. Achmad Sunarto.(1989). Keutamaan Berfikir. Jakarta : Pustaka Amani. Choiruddin Hadhiri.(1993). Klasifikasi Kandungan Al-Quran. Jakarta : Gema Insani Press. Ismail Yakub.(1988). Ihya Ulumiddin Jiwa Agama. Kuala Lumpur : Victory Agensi. Al-Quran Terjemahan Resm Uthmani.(2007). Kuala Lumpur : Pustaka Darul Iman
Dipetik dari blog Abu Zulfiqar Al-Amsyari Julai 2013
No comments:
Post a Comment