Biasanya i hanya kerja for my own business aja pada hari Sabtu dan Ahad..rasanya juga dekat tiga (3) tahun dah tak pernah pi pejabat..kalau ada buat kerja pejabat pun akan buat kat rumah....hari raya korban so pengorbanan masa...
Today, telah memecah dominasi itu selepas tiga (3) tahun....nak buat macam mana kena ler datang ....nak kejar deadline...huhuhuhu!! ok jer..memang boleh tumpu ler sebab senyap aja..then no phone calls..
Apa nak makan hari ni...memang sunyi sikit ...jerebu pulak..ingat nak pi San Fransisco Coffee....tapi macam so western la pulak...hmmmm!! alone today ..so tempat yang paling disukai ..mana lagi Teh Tarik Place kat Level 1....tu hari pun jumpa Chu E dan Shah Iskandar pun kat sini...mana kawan-kawan yang datang..sini ler tempat sembangnya...
Lengangnya.....
Biasa kalau datang sini lunch hour sure tempat duduk kena q!! hari ni boleh seat anywhere...pilih aja....macam sewa tempat ni pulak....at 1.00 pm tak ada orang ...lengang sungguh...ala-ala Tuan Puteri nak bersantap pulak...Aminnn!!
Nak makan apa yea hari ni...konsepnya pilih, bayar, ambik nombor..then waiters akan hantar...kalau ramai orang memang nasib ler...hahahahaha...
Pilih punya pilih...makan ini aja ler senang...baru duduk terus dapat teh o..lepas tu dapat mee goreng... hebat sungguh!! excellent tul hari ni depa nih....waiters bersepah duk berdiri dan mengadap..hahahaha...dah tak ada orang lain nak ditengok...
i memang vote mee dan bihun goreng kat sini....RM 11.25 yea...Hari ni lunch alone...my two dear good friends tak ada ari nih....tak pa...see....today tak ada orang ..i siap boleh selfie....biasa mana boleh ..so sosak...
Alhamdullilah kenyang....
Apa lagi..naik office balik sambung kerja....
Dikongsikan bersama...
(Dipetik dari sumber web lain)
Keutamaan Ikhlas Dalam Bekerja Orang yang ikhlas bekerja akan mendapatkan ampunan dosa dari Allah SWT.
Dalam sebuah hadits diriwayatkan : Barang siapa yang sore hari duduk kelelahan lantaran pekerjaan yang telah dilakukannya, maka ia dapatkan sore hari tersebut dosa-dosanya diampuni oleh Allah SWT. (HR. Thabrani) Akan diampuninya suatu dosa yang tidak dapat diampuni dengan shalat, puasa, zakat, haji dan umrah.
Dalam sebuah riwayat dikatakan: ‘Sesungguhnya di antara dosa-dosa itu, terdapat satu dosa yang tidak dapat dihapuskan dengan shalat, puasa, haji dan umrah.’ Sahabat bertanya, ‘Apa yang dapat menghapuskannya wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Semangat dalam mencari rizki.’ (HR. Thabrani) Mendapatkan ‘Cinta Allah SWT’.
Dalam sebuah riwayat digambarkan: Sesungguhnya Allah SWT mencintai seorang mu’min yang giat bekerja. (HR. Thabrani) Terhindar dari azab neraka
Dalam sebuah riwayat dikemukakan,
“Pada suatu saat, Saad bin Muadz Al-Anshari berkisah bahwa ketika Nabi Muhammad SAW baru kembali dari Perang Tabuk, beliau melihat tangan Sa’ad yang melepuh, kulitnya gosong kehitam-hitaman karana diterpa sengatan matahari.
Rasulullah bertanya, ‘Kenapa tanganmu?’ Saad menjawab, ‘Karana aku mengolah tanah dengan cangkul ini untuk mencari nafkah keluarga yang menjadi tanggunganku.” Kemudian Rasulullah SAW mengambil tangan Saad dan menciumnya seraya berkata, ‘Inilah tangan yang tidak akan pernah disentuh oleh api neraka’” (HR. Tabrani)
Dalam sebuah hadits Rasulullah bersabda
إِنَّ اللهَ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلاً أَنْ يُتْقِنَهُ (رواه الطبراني)
Sesungguhnya Allah mencintai seorang hamba yang apabila ia bekerja, ia menyempurnakan pekerjaannya. (HR. Tabrani)