Monday, 26 October 2015

Makan Malam@ Burger King, Masjid Jamek

Hujan lebat hari ni non-stop so today i tak ada transport ..my transporter kata jem everywhere..so dia dah stuck in jem....jalan jem so naik LRT is the best solution....so jom la kita balik Cik Procurement...nearly seven... sampai Masjid Jamek..tu dia ........ish..ish ish....ramainya orang nak balik... kurang menarik !! tu yang i hire transport..to be honest i tak suka bersesak-sesak.....sementara tu nampak Burger King kat bawah..so kami patah balik pergi ke Burger King... apa lagi...

Tu la.......bila makan  ambik gambor...banyak gambor tengah makan..tapi tak apa la..jalan-jalan cari makan.....dah namanya mehtravelwithme.. so kita travel la...ada yang text i tanya dalam blog i ni banyak sangat pictures  with Cik Procurement...jangan jeles la ya...tak baik untuk kesihatan minda...  banyak reason kenapa Cik Procurement with me...the best reason coz kami sama-sama solo....satu tempat kerja...kami sama-sama satu bidang....dan banyak lagi...tapi yang paling utama kami bercakap dengan body language yang sama..satu Cik QS  dan satu  Cik Procurement...hihihihi!!  tak lah...sebenarnya sapa-sapa saja boleh join i... kena inform awal-awal....WA  or ring me up sebab every week dah ada program...nak kena standby jurufoto...hahahaha.....





apa nak makan yek..sebab Burger King ni jarang-jarang makan..bukan favourite


sunyi hidup kalau hp tak ada hahahaha...


i capture  u ..u capture me....


pilih yang tu yek..


i pilih yang ini..


Alhamdullilah ..kenyang..


nak tapau tu...


see..i told u alls......hidup sunyi tanpa hp...Cik Procurement tak kenal pun sapa mamat sebelah tu tapi..hmmmm..gaya tu macam sama jer hahahahaha....tetiba pulak apek ni dalam my blog nih....saja tak nak crop....kelako!!


Time up in LRT so i stop di LRT Cheras ...kena ambil teksi balik ke The Lumayan...Cik Procurement akan stop di Bukit Jalil..ok see u tommorow Insya Allah.



Hari ni makan Burger King...tapi bab burger tu tak ada kisah tetapi pasal King ni ada cerita..King adalah Raja...Hati adalah Raja.....

Direnungkan bersama :

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pulalah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". 




Firman Allah : (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."

Penawar hati..

Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. 

Katanya penawar hati itu ada 5 :
1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya
2) Mengosongkan perut
3) Bangun bersolat malam
4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
5) Duduk di majlis orang-orang soleh.

Thank you Allah.











No comments:

Post a Comment