Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari, demi bulan apabila menerangi ..demi siang yang menampakkannya..demi langit yang menakjubkan..(Surah Asy-Syams ayat 1-5), Alhamdullilah..cuaca hari ini indah..terang dan benderang.... seterang umpama hati-hati yang tenang dan penuh keikhlasan. Habluminallah wa habluminanas......
Hari ini lebih kurang 18 orang dari RHSM menyertai Program CSR di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti Puchong telah diadakan pada 1 Jun 2016.
Saya kongsikan apa yang terdampar di lensa kamera Samsung ini..pastinya gelak tawa itu tampak di sini namun perasaan sebenar dan yang tersurat masih tersembunyi...tersusun kemas dalam lubuk hati disimpan baik-baik hingga saat nafas terhenti. Mungkin lain-lain orang ada perbualan yang lain-lain di antara mereka ..di sini saya kongsikan sedikit sebanyak perbualan kami..
Apa yang dipaparkan apa yang berlaku pada hari ini, namun di lain hari kita tidak tahu apa yang terjadi sama ada terdapat gelak tawa dan sebagainya...manusia punya asa, Tuhan punya kuasa..sejengkal tak akan jadi sehasta, secupak tak akan jadi sesukat...mari kita tengok apa yang telah terlorek di kanvas hati....
Antara yang sado-sado mengangkat barang-barang
Jom..bas dah mai dah
Merah interior bas nih...!! Bertolak 10.30 pagi..meh tengok apa jadi dalam bas nih..
Sampai dah...
Ini lah rumah tu...
Dimulakan dengan Assalamualaikum.....
Ada tetamu lain dari Kajang jugak..Puan Linda sedang bagi briefing.
So..kami masuk ke dalam..ada lelaki dan perempuan..ramai yang terbaring, ada yang boleh bangun dan berjalan. Sesi mula berkenalan dan memberikan hadiah kepada setiap sorang. Ada yang sporting dan ada yang diam aja...
Saya sempat berkenalan dengan Makcik Asiah ...dia ni asal orang Manjoi, Ipoh. Jadi saya tanya dia duk Manjoi tu tang mana..katanya dekat Pekan. ..saya cuba tanya dia kenal tak Naib Kadi Manjoi Ustaz Hj. Nasaruddin rumah depan Pusat kesihatan Manjoi. katanya kenal sebab dulu memang dia tinggal di Manjoi..tanya siapa ustaz tu dengan saya..saya maklum itu bapa saudara saya....katanya kenal sebab sapa tak kenal kadi walaupun suaranya tersekat-sekat ..saya tidak pasti sama ada dia bercakap mengenai orang yang sama tetapi bila dia kata Ustazah Hajar...macam betui aja ler pulak...
Makanan yang dibawa..
Pakcik Mohamad Mahathir peramah nih asal Kampung Baru Kuala Lumpur ....dulu dia ni Chef Offshore puncanya pasal makanan yang dihidangkan..tanyanya saya ke yang masak..saya kata bukan saya ..saya tak pandai masak..katanya lagi..kalau sedap mesti kedai punya..kena la masak untuk suami..saya bagi tahu saya belum bersuami... boyfriend pun tak ada pakcik....hahahaha....pesannya pada saya..kena pandai masak dan baik belajor masak sebelum kawin untuk pikat hati suami..tu yang kami gelak...saya cuma jawab "noted with thanks dan saya ambil maklum" aja ler macam biasa ...saya ingat kata-kata dia tu hanya gurauan ....sebelum balik pun dia sempat berpesan lagi..kena belajor masak tau.... kuat jugak ingatan dia....selebih kisahnya En Khairul la citer sebab dia dengan pakcik awal-awal lagi..
Pakcik Anuar Kamaruddin (AK) ni...masa saya memulakan bicara dia seolah-olah nak menceritakan kisahnya tetapi saya cepat-cepat mematahkan dengan ajak dia bergambar..khabarnya suata ketika dahulu dia seorang DJ RTM . Kalau sapa nak baca kisah dia boleh check Harian Metro 25 Julai 2015..masa saya tanya namanya ....dia tanya nak nama pendek ke panjang..saya kata pendekkan..so dia kata AK. Tangannya bengkak..katanya sebab stroke dan kakinya telah dipotong sebab kencing manis lepas tu kena jangkitan kuman itu pasal la kena potong kaki...saya tengok tangannya..Ya Allah..Bismillah Auuzubilah Izati......................
Pakcik ni cool...sporting...dia nyanyi lagu P.Ramlee lagi untuk kami. Lagu Kisah Rumahtangga..
Ada group lain satu bas yang juga datang dari ahli surau di Kajang.
Waktu Makan Tengahari
Makcik Hajah Asiah...pernah bekerja di Metal Box di PJ..yea satu ketika dulu syarikat ni amat popular...asal orang Klang aja...dia kata macam pernah dengar nama Zainal Abidin..tapi tak tau orang yang sama atau tidak..makcik ni sporting..dulu suaminya berkerja di Universiti Malaya....saya tidak bertanya kenapa dia di situ tetapi bila dia menyentuh pasal saya sudah bekeluarga atau tidak...Saya jawab Alhamdullilah..Saya tahu Allah tahu apa yang terbaik untuk saya jadi saya percaya aturan Allah...saya melihat di sini ramai yang mementingkan kekeluargaan kerana di situlah missing link. Makcik kata ada ustaz bagi ceramah tapi asyik citer pasal Kiamat, pasal mati..cuba la citer lain.. makcik kata muka i dan Lynn sama ..macam adik beradik..makcik tak caya kami dah 40an..jangan marah yea.
Yang ini hanya Wani aja yang tahu apa yang dibisikannya...saya tengok dia hanya makan dan senyap aja.
Makcik ni dulu Cikgu...dia speaking aja..terperanjat saya bila dia kata Penyamun..Bang! Bang!! Depa suh saya buat-buat pengsan..tapi tak reti hahahha..
Makcik ni ok tapi dia tak banyak cakap..
Yang ini kurang bercakap jugak..maybe Shikin tau apa yang dia cakap..dia hanya sambut tangan yang saya hulurkan.
Panjang jugak saya sembang dengan Makcik Hjh Asiah nih.
Makcik Fatimah..masa saya jumpa mulanya...dia kata kakinya sakit dan bengkak dah lama dah...saya minta dia tunjukkan kakinya tu..jadi dia pun tunjukkan dan benarkan saya menyentuh kakinya tu.....patutlah dia tak boleh berjalan..bengkaknya Ya Allah..saya faham kesakitan yang dialaminya...Bismillah Salawataalalah....
Katanya anaknya akan ambik petang nanti...terperanjat saya dengar bila dia bagitau dia ada anak 22 orang...khabarnya banyak petua makcik ni...hihihihi...
Yang lain-lain tu tak sempat nak cover..nak soal siasat..
Sumbangan dari Kelab Sukan
Lepas makan sebelum balik....
Antara barang-barang yang disumbangkan oleh RHSM dan The Store
Kemudahan lain...ada surau di sini.
Wajah-wajah di celah-celah kehidupan....... antara sempat saya rakamkan..
Antara Mural Art yang ada di dalam ruang hadapan..
Setelah selesai ..kami semua bertolak ke Bangsar.
Alhamdullilah..Syukur ..Thank You Allah
Dikongsikan bersama..............
MENGGAPAI RIDHA ALLAH DENGAN BERBAKTI KEPADA ORANG TUA
Oleh Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas
Seorang anak, meskipun telah berkeluarga, tetap wajib berbakti kepada kedua orang tuanya. Kewajiban ini tidaklah gugur bila seseorang telah berkeluarga. Namun sangat disayangkan, betapa banyak orang yang sudah berkeluarga lalu mereka meninggalkan kewajiban ini. Mengingat pentingnya masalah berbakti kepada kedua orang tua, maka masalah ini perlu dikaji secara khusus.
Jalan yang haq dalam menggapai ridha Allah ‘Azza wa Jalla melalui orang tua adalah birrul walidain. Birrul walidain (berbakti kepada kedua orang tua) merupakan salah satu masalah penting dalam Islam. Di dalam Al-Qur’an, setelah memerintahkan manusia untuk bertauhid, Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan untuk berbakti kepada orang tuanya.
Seperti tersurat dalam surat al-Israa’ ayat 23-24, Allah Ta’ala berfirman:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
“Dan Rabb-mu telah memerintahkan agar kamu jangan beribadah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada ibu-bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, ‘Ya Rabb-ku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.’” [Al-Israa’ : 23-24]
Perintah birrul walidain juga tercantum dalam surat an-Nisaa’ ayat 36:
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا
“Dan beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil [1], dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.” [An-Nisaa’ : 36]
Dalam surat al-‘Ankabuut ayat 8, tercantum larangan mematuhi orang tua yang kafir jika mereka mengajak kepada kekafiran:
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا ۖ وَإِنْ جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۚ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
“Dan Kami wajibkan kepada manusia agar (berbuat) kebaikan kepada kedua orang tuanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau patuhi keduanya. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu, dan akan Aku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” [Al-‘Ankabuut (29): 8] Lihat juga surat Luqman ayat 14-15
No comments:
Post a Comment