Friday, 27 March 2015

Jalan-jalan cari makan dari Bota ke KL

Hari ini  lepas breakfast di homestay..kami meneruskan apa yang telah ditulis dalam jadual...semalam ada undangan makan-makan pulak di Layang Kanan Rumah Atih O, mak sedara kami...ok aja..ramai-ramai kami pegi...tapi sebelum tu singgah di rumah Bota...


" Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan perliharalah hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu" ( Surah An-Nisaa, 4:1)

Rumah Bota
                                          Singgah sekejap..............







Pengusaha pisang dan peniaga ikan sungai.....

Pengusaha Pisang dengan peminat-peminatnya






die hard fan....mana-mana pegi mesti ada si meow ...


Errrrr.....iye ke ni nak berkebun nih....


Antara keturunan Alang Yakub  &  Siti Suyah Syed Uda 

"Barang siapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah menjalinkan hubungan tali silaturahim" ( hadis Riwayat al-Bukhari)

Terima kasih hidangkan jagung manis...sedap....!!


from Bota with lovely one upon a time.........

Satu ketika dulu...
sawah padi, pacat...lintah....tali ayor, kangkung, paku rawan, ikan sepat dan  ikan keli   bukan pekara asing....
Kebun pisang, gulai pisang dan peraih pisang tidak dapat dipisahkan........
Kebun getah, biji getah, getah sekerap, susu getah dan tokeh getah....ibarat bauan perfume yang tiada hadnya...
dusun durian, nyamuk sudah lali & tempoyak punyai peminat tersendiri..... rambutan, manggis dan buah kampung......tak termakan..
jagung manis ditanam sendiri.........
la ni.............hanya kenangan.....

Hadis Riwayat Mulism yang bermaksud, 
"sungguh ajaib urusan seorang mukmin itu, sesungguhnya semua urusannya itu adalah baik dan tidak begitu seseorang pun kecuali bagi orang mukmin, sekiranya dia ditimpa kegembiraan lalu dia bersyukur, maka itu adalah yang terbaik baginya, dan sekiranya dia ditimpa musibah (kedukaan) lalu dia bersabar, maka itu adalah yang terbaik baginya" 





Rumah Atih O, Layang Kanan

Alhamdullilah kenyang.....Thank you Atih jemput kami datang makan ..

"Perkataan yang paling disukai Allah itu ada empat (4), Subhanallah (Maha Suci Allah), Alhamdullilah (Segala puji bagi Allah), La Ilaha Illallah (Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah), Allahu Akbar (Allah Maha Besar)" (Hadis Riwayat Muslim).
















Ustazah Hjh. Zaleha Tuan Hj. Abu Samah

Next distinasi.......misi ke rumah Yoep Mie

Rumah Yoep Mie Cho Soid, Taman Seri Iskandar

Alhamdullilah....makan kek pulak!!

"Sesungguhnya Allah meredhai seorang hamba yang memakan makanan lalu dia memujiNya (mengucap Alhamdullilah) atas nikmat makanan itu, atau dia meminum minuman kemudian dia memujiNya (nikmat) minuman tersebut". (hadis Riwayat Muslim)











Ok next......setelah berbincang ikut jalan lama Kg Bali...Bidor ... Slim River..
Singgah Bidor beli buah.....

Restoran Pak Tam, R & R Ulu Bernam

Take break!! minum jap!!









Alhamdullilah....kami selamat sampai ke rumah....

"Barang siapa yang dibuat (dibelikan) kepadanya kebaikan, maka katakan kepada orang yang berbuat baik itu "Jazakallahu khaira" semoga Allah membalas kepadamu dengan kebaikan. Sesungguhnya hal tersebut telah bersungguh-sungguh dalam berterima kasih" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Thank you Allah..... Love Allah!!


Teluk Batik & Muara Ikan Bakar @ Manjung

Teluk Batik

Apa nak buat petang-petang...so dema-dema berpakat nak pi mandi laut....Teluk Batik tu dekat aja...kurang sejam dari Bota....so apa lagi....rombongan ke Teluk Batik.. sampai dah pukul 5.00 petang...cuaca redup dan mendung...

Subhanallah..cantiknya







 



























Restoran Muara Ikan Bakar

Mula ingat nak bakor sotong dan sosej kat tepi laut tapi kuasa Allah tiada siapa yang boleh menghalang..hujan ler pulak so kami pun singgah di restoran dan mintak restoran masakan sotong..hehehehe.. kelako!!





Oleh dak kerana lapor, so tak sempat nak ambik gambor makanan...hihihihi

"Barang siapa yang dibuat (dibelikan) kepadanya kebaikan, maka katakan kepada orang yang berbuat baik itu "Jazakallahu khaira" semoga Allah membalas kepadamu dengan kebaikan. Sesungguhnya hal tersebut telah bersungguh-sungguh dalam berterima kasih" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Thank you Ayah Ein & Chu E


Dikongsikan bersama.....dipetik dari blog di internet..

1. Tahukah yang dikatakan pasir pantai mampu mengubati stroke

2. Mandi pantai juga elok untuk kecantikkan kulit terutama yang mengidap penyakit kulit, tidak kira kanak-kanak atau dewasa.. malah yang berjerawat pun boleh hilang jerawat.. jika rajin mandi pantai… ini kerana kandungan garam yang tinggi didalam laut… amat elok untuk kesihatan badan dan kulit

3. Mandi pantai juga elok untuk yang mengalami sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh badan.. malah dengan berenang atau mandi pantai.. ia  umpama bersenam dan membakar banyak kalori..  that why, lepas mandi pantai akan rasa penat sangat dan lena tidur… kerana pembakaran kalori dan tenaga.

4. Dengan berjalan kaki di atas pasir pantai (tanpa kasut atau selipar)…. ia umpama melakukan refleksologi ... pasir-pasir yang halus akan mengurut kaki  dan ia juga bahan pengelupasan semulajadi untuk kulit mati…

5. Air laut juga elok untuk membuang sel kulit mati, membuang racun dari badan dan melembutkan kulit.. ini kerana laut amat kaya dengan magnesium yang dapat menenangkan dan menghilangkan tekanan dan kepenatan.

6. Udara pantai kaya dengan ion negative ia membantu  bernafas dengan lebih baik dan mengurangkan tingkat hestamine yang mampu menyebabkan rasa demam….malah dikatakan juga mandi laut turut mengurangkan “senggugut’… tapi kena mandi before “datang bulan” .. juga mengurangkan sakit kepala..

7. Melihat “sunset” juga menghilangkan tekanan dan mengurangkan stress… so leh lihat sunset di pantai-pantai yang berdekatan .

8. Apa sekalipun.. bagi yang ingin berkemah atau tidur di pantai.. dinasihatkan melapik kertas atau kain atau benda tebal.. elakkan tidur di atas tanah atau bumi… ini kerana dikatakan udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma

  
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya  yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.





Lepak @ Homestay Hidayah, Taman Gemilang

Selepas majlis perkahwinan..kami lepak di Homestay Hidayah di Jalan Gemilang 4, Taman Gemilang,  Bandar Seri Iskandar, Bota... saja nak citer sikit pasal homestay ni......pemilik nyaTuan Haji Rashid.....bersih, besar... ada empat (4) bilik tidur dan empat (4) bilik air....ada aircond...dan kelengkapan lain....kalau ada sapa-sapa nak tempah esok-esok...harga pun tak mahal ler..berbaloi sangat-sangat....ruang besar boleh muat lebih dari dua puluh (20) orang kalau bentang tilam nak tido. ..atau ruang makan untuk kenduri....kami semua ada seramai lima (5) buah kereta penuh.......memang besor rumah ni......sapa yang berminat boleh google homestay ni ....



Bilik Utama
Ruang legar/lepak

Bilik No. 2
Bilik No 3 & 4 (tiada gambar)
Ruang makan
 


 





Uda dan Mak Uda belanja breakfast..thank you


"Barang siapa yang dibuat (dibelikan) kepadanya kebaikan, maka katakan kepada orang yang berbuat baik itu "Jazakallahu khaira" semoga Allah membalas kepadamu dengan kebaikan. Sesungguhnya hal tersebut telah bersungguh-sungguh dalam berterima kasih" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)