Friday 28 January 2022

ETIQA FTA CSR - AGENCY ASPIRING DAY BEST OF THE BEST NOVEMBER & DECEMBER 2021 .

Tarikh 28.1.2022 

Hari ni ada Best of The Best untuk pengiktirafan oleh Etiqa. Alhamdulilah syukur nikmat yang Allah kurniakan. Semoga niat untuk membantu sesama kta menjadi asbab kebaikan ke arah jalan yang diredhai Allah.

Just a little bit about me and Etiqa, Cik Mai dilahirkan di Etiqa pada 23/11/2021. Pada masa tu hanya berniat untuk mengisi masa lapang sahaja sementara menghabiskan cuti 2 bulan dengan cara yang berfaedah. Namun itu lah aturan Allah S.W.T pada masa yang sama Cik Mai ditamatkan kontrak oleh syarikat.  Allah Maha Kaya Lagi Pemurah dan bermula dari sini lah kerjaya Cik mai bersama Etiqa di bawah Sakeenah Group Agency.




CENTRAL REGION

.

NOVEMBER 2021


1. TOP 3 CYNR - 1ST RUNNER UP - CESES

2. TOP 3 CYNR - 2ND RUNNER UP - AFYC

3.  TOP 3 CYNR - 2ND RUNNER UP - AFYC EXCLUDE A

4. 4C EXCLUSIVE MEMBERSHIP









DECEMBER 2021


1. TOP 3 CYNR - 1ST RUNNER UP - CASES

2. INTRODUCER - SILVER

3. 4C EXCLUSIVE MEMBERSHIP

4C EXCLUSIVE MEMBERSHIP







Alhamdulilah..





Monday 24 January 2022

sains@usm - With Mawar & Sabrun

Year 2009 - April 2012  berada di sains@usm, Bukit Jambul. Today ke mari jumpa kawan-kawan lama. Tempat ni banyak dah berubah. Di sini pusat R&D. Cik Mai beruntung dapat belajar dengan Professor2 dalam pelbagai bidang. Rezeki masa tu dapat ikut study research trip dan meeting ke berberapa university terkenal di Brisbane, arkitek, goverment etc. Juga berberapa universiti terkenal di Singapore. 







Lama tak jumpa @mawarnihussain @sabrun_dawood . Dulu kami kerja sama2 di sains@usm ni. Depa masih berkerja di sini. Bila Cik Mai ke Penang dan ada masa memang jumpa depa ni. #foodhuntingcikmai di Restoran Kapitan di Bayan Baru. 





Thanks @mawarnihussain @sabrun_dawood . Satu ketika dulu 2009 Kak Mai merantau ke Penang hanya kenal our CEO sahaja. Lepas tu sains@usm bertambah staff. Kenal pulak the Honour Tan Sri VC, The Honour Puan Bendahari USM dan warga2 USM yang lain termasuk sekeliling  sehingga Kak Mai rasa bukan orang asing pulak. Soalan yang ditanya oleh semua orang, kenapa berhijrah ke Penang? 🤭 Bangunan ni juga dulu bukan asing buat Kak Mai juga tanah seluas 32.6 ekar tu tahu ceruk isi dalamnya. Teringat jugak dulu Prof Malek suh teaching aja di Fakulti 😊 tak yah la balik KL katanya.Terus aja la jadi warga USM. Rezeki masa tu Allah hantar Kak Mai dari KL memgumpul pengalaman dengan warga bijak pandai.Alhamdulilah pengalaman  tu tidak dapat dijual beli. Thank you juga pada Mr Double S yang sudi jumpa Mai pagi tadi. Bukan senang orang2 biz ni sudi jemput dan  jumpa kita walaupun dah bersusun meeting. Masha Allah. Thank you so much for you supporting dan memberikan kata-kata semangat. Best Friends !!
.
#mehtravelwithme











 



 

Sunday 23 January 2022

Jeruk Madu Pak Ali, Sungai Nibong



Rasanya satu Malaya tau kot destinasi wajib dikunjungi kalau mai Penang ni untuk dibawa balik. Mana lagi kalau Jeruk Madu Pak Ali. Hotel yang duduk tu bersebelahan dengan tempat ni.Esok boleh borong sakan.




Macam-macam ada









Cenderahati pun ada dijual di sini.











 

Queensbay Mall & Restoran Kapitan


Cik Mai drive ke Queensbay Mall saja nak tengok kemeriahan preparation sambutan Tahun Baru Cina di sini. Hmmm..masuk aja terasa kat Chinatown kak dan tu da punya la ramai orang. Memang meriah.












Punya ramai orang so Cik Mai pi la ke Kapitan across the road.

Kedai dan claypot nasi byrani ayam ni memang febret Cik Mai masa duk Penang tahun 2009 - 2012. #foodhuntingcikmai  ke Kapitan yang terletak di hadapan Queensbay Mall. Kedai ni ada sedikit perubahan tapi rasa nasi ni tetap sama cuma bezanya dulu claypot tembikar tu. Service memang tip top. Dulu bila masuk sini sure dengar lagu hindi 😁 tapi hari ni dah bercampur-campur. Kapitan ni ada di berberapa tempat tapi Cik Mai selesa kat sini sebab senang parking. Sapa yang pi Penang boleh singgah kat sini. Macam-macam makanan ada.