Saturday, 23 December 2017

Berbasikal di Pulau Ketam, Selangor

Pulau Ketam....Ramai orang tahu tempat ni tapi tak ramai yang ke sana sebab bukan macam Pulau Krabi di Thailand. Kat sini tiada aktiviti macam di Krabi Island..this Crab Island. Penduduk di sni majoriti adalah berbangsa Cina yang mengusahakan nelayan dan pelbagai dryfood serta pelancongan. Pulau ni unik kerana tiada kenderaan lain kecuali basikal dan basikal elektrik.

Meh la tengok apa kisah saya kali ini.



Bagi sesiapa yang nak ke mari, jalan mudah adalah dengan menggunakan komuter yang mana akan berhenti di sebelah Terminal Penumpang South Port ni. Lagi senang. Bagi yang berkereta kalau takut sesat guna aja waze. hahahaha....Saya menggunakan MRR2 sebab senang dari rumah saya...terus aja dah sampai ke Port Klang.

Parking kereta boleh kat depan ni atau guna lot parking di sebelah bangunan Datuk Jirin. ..tak mahal mana lebih kurang RM1/jam.



Ada kaunter kat sini boleh beli tiket..RM15 return sampai dalam 35 minit. Keliling ni ada lain-lain pakej so boleh pilih kalau nak ronda-ronda.


Penuh orang dalam feri dan main song adalah lagu cina..saya rasa kalau lama saya duk dalam feri ni mahu hafal lagu karaoke nih..melodi sunguh menghiburkan. hahahaha




Feri ok tak lah menakutkan...dont worry...panorama memang cantik..nampak bakau dan bagai-bagai aktiviti laut. Tak dapat nak snap sebab saya duduk kat dinding.




Sampai dah jeti..last feri pada pukul 5.30 petang...kalau lewat..hmmm pandai-pandai la yea macam mana.


Pengangkutan utama di sini adalah basikal.











Kehidupan di sini simple, menarik dan aman bezanya tak boleh naik kenderaan la.



Boleh pilih ..nak jalan kaki atau berbasikal..nak basikal biasa atau elektrik...bagai ada...saya dah lama tak kayuh basikal...hahahaha...yang elektrik tak reti nak guna so macam basikal ni aja yang sesuai...RM5 per day..rate basikat ada macam-macam harga.





Ada yang kata..apa ke hal saya merayau-rayau..hahaha...jangan marah yea...saya bercuti...apa kes cuti duk rumah..better i do something yang enjoy untuk myself...masing-masing ada pendapat yang berlainan...some more jangan lupa saya bujang hihihi...at any time saya boleh sampai ke mana-mana.




Melalui bacaan saya dari blog travel orang lain, di sini ada berberapa mural arts yang dilukis pada dinding kedai...so cuba menjejakinya...of course macam cari treasure hunt...pusing sana sini siap tanya orang...depa sangat helpfull.



Teruskan cari yang lain pulak.



Yang ni kena cari lama sikit la sebab agak jauh....rumah colour pelangi...tak sangka saya dalam pulau ni ada jambatan penghubung antara pulau-pulau kecik...kali ni sangat mencabar nak ambil gambar sebab susah sikit nak ambil sendiri...akhirnya memang la berjayakan...







Kejap aja saya kat sini..by 3 pm dah balik ke Port Klang...sini tak boleh nak selfie sangat sebab laluan orang turun naik..hihihi i kena tegur dengan security tapi hmmm... apa-apa selfie dulu.




Saya saja mencuba untuk memcabar diri saya untuk aktiviti sebegini..at the age of nearly 50th..masih boleh ke saya bertahan...bagi saya ok aja...yang penting dalam apa yang kita buat perlu positif...kita pulak jangan ambik remeh dalam setiuap perkara yang orang lain buat...pada saya membaca itu bijak tetapi melakukan adalah lebih bijak dan anda tidak boleh menghilangkan sesuatu pengalaman yang telah terjadi..kita tidak boleh mengubah masa lalu...kita hanya boleh mengubah perancangan kita dengan izinNya.

Bagi sesiapa yang nak bercuti bajet saya rasa di sini boleh dijadikan tempat pilihan...orang luar dah datang ke sini tapi kita belum pernah.

No comments:

Post a Comment