Thursday, 21 December 2017

Tanjung Piai, Pontian Johor - Penghujung Selatan Tanah Besar Benua Asia


Tanjung Piai...saya tahu tempat ni berberapa tahun lalu bila masa adik saya mengadakan site visit ke sini...masa tu saya terdiam..macam tak tahu pasal ni.  Dari sahari ke sahari memang tak kesempatan ke sini...teringin la jugak berada di tempat yang saya anggap hebat ini.  Pastinya warga tempatan di sini dan juga Johor amat berbangga dengan tempat ini...saya juga berasa bangga berada di sini.

Meh tengok apa yang ada di sini.



Dari Kuala Lumpur saya berpandukan waze sahaja masuk melalui simpang Rengam menuju ke Pontian...nasib ada Gena jadi co pilot dan ada la jugak bertanya-tanya dengan orang-orang sini sebab takut tersesat jalan. 

Kami bertolak pukul 6.30 pagi dan sampai di sini pada pukul 11.00 pagi dan jalan menuju ke sini tiada kendderaan khusus..so kebanyakannya naik kereta. Finally, sampai ke sini.


Harga tiket tak mahal sangat RM5.00 aja...ramai orang jugak walaupun cuaca macam nak hujan.  





Kompleks Pelawat
















Kat sini banyak monyet...menakutkan bila dia mengejar...dia suka pompuan kot hahahaha....dia boleh cium bau makanan...kesian Gena sampai terjerit-jerit hahaha.




Jom kita ke bahagian jeti dulu....kena jalan kaki ke sana...so kena hati-hati...saya siap bawak beg tu..dalam tu macam-macam ada.



Di keliling nih hutan paya bakau.






Setelah berjalan lebih kurang 630 meter, sampai ke sini...cantik nya pemandangan .



Hari dah nak hujan..kena cepat-cepat...di bahagian hadapan penuh dengan kapal-kapal..di kiri adalah singapura dan di bahagian kanan adalah Kepulauan Indonesia.










Ok ..jom teruskan ke mercu tanda Penghujung Benua Asia...kena jalan dalam 1 Km dari sini merentas hutan bakau. Hari hujan pulak.





Hujan pulak..kami berteduh di hutan ni..ada gazebo..jangan risau..




Yes dah nak sampai...







Nampak tu globe tu..nak ke sana la sebab situlah last point.


Yes! Yes! Yes! saya telah sampai di sini..anda bila lagi




Saya telah sampai di Penghujung Tanah Besar Asia.

No comments:

Post a Comment