Wednesday, 23 August 2017

Jamuan Hari Jadi dan Selamat Menunaikan Haji.


Selamat menyambut ulang tahun kepada yang menyambut hari jadi dan kepada En Ismail Selamat menunaikan Haji, selamat pergi dan balik dan dipermudahkan semua urusan. Amin.




















Sunday, 13 August 2017

KLIA, Miri dan Lawas


Hari ini ada tugasan ke Lawas. Seawal pagi dah sampai ke sini. Takut tertinggalkang haru sebab saya pegi dengan bos-bos. Biasa pergi sorang.  Sementara tunggu tu hhihihi main-main kat anjung tinjau nih.








Naik ERL dari KL Sentral..senang sikit.



Ya Allah ...selamatkan perjalanan kami. Amin



MIRI



LAWAS








Lawatan ke Hotel Seri Malaysia Lawas

Kali ni saya datang bersama pengurusan RHSM. Terima kasih kerana menyambut kedatangan kami. Semasa kami sampai warga kerja HSM Lawas telah berada di depan pintu masuk mengalu-alukan kedatangan kami.





Kami sampai dah pukul 2.00 petang so terus makan tengahari. Meh tengok apa yang dihidangkan. Kali pertama makan masakan tradisional Lawas.





Nasi Luba Laya yang dibungkus dengan daun. Ala-ala nasi impit dan sedap dimakan dengan sayur dan ikan masin. Kami dihidangkan juga dengan Ambuyat.






Makan bersama Pegurus Hotel dan  warga kerja HSM Lawas





Selepas mesyuarat pada petang berakhir kami makan malam pulak. Malam ni katanya simple. Tu dia ada ketam, ikan dan sayur. Yea............. bagi orang-orang di sini ketam tu mudah diperolehi dan murah berbanding Semenanjung. Hari-hari boleh makan ketam tapi tidak pada kita-kita ni. menu malam pulak Ketam Masak Merah, Ayam Goreng Nestum, Sayur campur dan  masak lemak. I put on weight lorrrrrrr....






Seisi lawatan waktu malam pulak...


Petang tadinya hujan..ada pelangi tercipta.




Thank you warga HSM Lawas yang memberikan layanan yang baik kepada kami. 


Esok awal pagi kena bertolak ke Kota Kinabalu Airport.

Perjalanan dari Lawas ke Kota Kinabalu


Dari Lawas menuju ke Airport Kota Kinabalu. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Jumpa bermacam-macam nama tempat. Walaupun dah 7 kali saya ke Lawas tapi saya tak pernah ikut jalan darat sebab masa. Hari ni ikut jalan darat.



Dalam perjalanan dapat temgok macam-macam jualan di tepi jalan dan murah berbanding Semenanjung. Di sini Kimanis banyak jual barangan kering.





Melewati Beufort dah boleh nampak Gunung Kinabalu..hari ni berkabus tak nampak.



Kota Kinabalu

Sampai Kota Kinabalu lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan  makan lunch dulu. Nanti lapar lak. Dalam MAS nanti ada makanan tapi flight petang.


Alhamdullilah...