Sunday, 18 November 2018

Palembang - Benteng Kuto Besak, Tugu Ikan Berlido Bukit Asam & Muzium Palembang

Last day, jalan di sini sekali lagi sebab tu hari pegi malam.








Tugu ikan berlido terbaru yang ada di Palembang, Sumatera Selatan. Belido, salah satu ikan belida berjenis ikan tawar, teksturnya memiliki daging yang tebal maka dari itu, dulu ikan ini suka digunakan sebagai bahan pembuatan pempek. Lalu, seiring berkembanganya waktu, ikan belida digantikan dengan ikan tenggiri.





Benteng Kuto Besak

Benteng Kuto Besak adalah kubu lama  merupakan struktur seni bina tempatan yang tertua dan terbesar, dan juga sebagai simbol kuat sejarah diraja pada masa lalu di Palembang. Berbeza dengan banyak kubu lain di Indonesia, ia tidak dibina oleh kuasa penjajah tetapi oleh sultan-sultan Palembang sendiri. Benteng Kuto Besak kini adalah salah satu daya tarikan pelancongan rasmi yang terkenal di Palembang




Kubu ini dibina di tebing Sungai Musi yang mengalir dari hulu ke arah hiliran, terbentang barat ke timur. Satu ciri yang tersendiri kubu ini terletak pada kewujudan tiga katelum (bastion). Pembinaan kubu cukup besar, iaitu berukuran panjang 289 meter panjang, lebar 184 meter, dan tinggi 10 meter. Pintu masuk utama kubu terletak di sebelah selatan, yang menghadap ke Sungai Musi.
Dahulunya di dalam kubu ini terletak istana sultan, tempat kediaman putri bangsawan, sebuah taman, dan juga sebuah kolam.Pada masa kini, terdapat satu detasmen tentera (Kodam II Sriwijaya) dan sebuah hospital tentera (Hospital Dr. A.K. Gani) yang masih berpejabat di dalam kubu.





Muzium

Museum Sultan Mahmud Badaruddin II adalah museum di kota Palembang didirikan di bekas bangunan rumah residen kolonial Sumatera Selatan abad ke-19. Bangunan ini juga menjadi gedung dinas pariwisata Palembang.







Saya naik beca hari ni jalan-jalan.





Masjid Agung Palembang


Hari sebelum saya ke sini malam tapi esoknya saya datang ke sini pada waktu siang. Menapak la dari hotel ke sini sementara jalan-jalan.






malam sebelum saya sempat berjemaah di sini.



Sumber wikipedia:
Masjid Agung Sultan Mahmud Badaruddin I atau biasa disebut Masjid Agung Palembang adalah sebuah masjid paling besar di Kota Palembang, Sumatera Selatan.
Masjid ini dipengaruhi oleh 3 arsitektur yakni Indonesia, China dan Eropah. Bentuk arsitektur Eropah terlihat dari pintu masuk di gedung baru masjid yang besar dan tinggi. Sedangkan arsitektur China dilihat dari masjid utama yang atapnya seperti kelenteng. Masjid ini dulunya adalah masjid terbesar di Indonesia selama beberapa tahun. Bentuk masjid yang ada sekarang adalah hasil renovasi tahun 2000 dan selesai tahun 2003. Megawati Soekarnoputri adalah orang yang merasmikan masjid raksasa Sumatera Selatan modern ini.
Masjid ini didirikan pada abad ke-18 oleh Sultan Mahmud Badaruddin I Jaya Wikrama. Saat ini, Masjid Agung Palembang telah menjadi Masjid regional di kawasan ASEAN. Terletak di kawasan 19 Ilir, di mana merupakan salah satu Kampung Asli Palembang dan Arab yang telah lama didiami.






Palembang Indah Mall

Mall ni berdekatan dengan RedDoorz Hotel, jalan kaki aja. Ronda sini jab.tengok apa yang ada. Macam biasa la mall, saya tak beli apa-apa pun.









Menarik kedai di belakang saya..warna warni


Balik ke hotel jalan kaki lebih kurang 300m aja.



Kota Palembang - Sungai Musi, Ampera dan Monpera

Sungai Musi

Suatu ketika dulu, kawasan ini amat terkenal dengan jolokan Venice of East oleh penjajah Belanda kerana pelabuhannya sangat busy dan terkenal. 

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Sungai Musi ialah sebatang sungai di Palembang Sumetera Selatan, Indonesia. Panjangnya Sungai Musi 750 kilometer, dan merupakan saluran air untuk kebanyakan kawasan di Sumatera Selatan. Selepas melintasi Palembang, iaitu ibu kota daerah, sungai ini bergabungan dengan sungai-sungai yang lain, termasuk Sungai Banyuasin untuk membentuk sebuah delta berhampiran dengan bandar raya Sunsang.





Jabatan Ampera

Sangat terkenal di Palembang. hari pertama saya di sini saya hanya melalui jambatan ini dengan menaiki kereta tetapi rasa macam tak puas hati pulak sebab saya nak ambil gambar di bawah jambatan ni. So dengan usaha gigihnya hahhaha..pagi-pagi lagi saya terus berjalan kaki dari hotel hingga ke sini sehingga berjaya berada di tengah-tengah jambatan tersebut. 





Semalam saya di sini sebab nak tengok view malam








kemudian saya terus ke benteng...tu la tak ada orang sebab saya masih ikut jam Malaysia.




Berdekatan adalah tugu ...Monpera.






Pasar 16, Ampera

Kat sini banyak barang, kira murah jugak. Pengangkutan tak susah sebab banyak grab motor, beca, beca motor dan angkutan serta teksi. Boleh pilih aja nak naik apa.



Banyak kedai makan, kira ok lah harganya,






Warung Pindang Sophia dan Warung Makan Mak Yos, Palembang


Hari mula Aleh bawa saya ke Warung Pindang  Patin Sophia di Kota Palembang yang popular ni. Aduh!! memang sedap sungguh, first time saya makan. Sebenarnya saya bukan peminat patin tapi yang ini memang saya vote ...sedap. Harga pun untuk kami 2 orang ni tak mahal sangat Rp 69,300.



Last day, duk cari makanan tak tau makan apa, so makan aja la berdekatan so makan pindang patin lagi di Warung Mak Yos yang berhadapan dengan RedDoorz Plus Near IP Mall. Hmm...sedap jugak..Terbaik. malam ni saya makan dengan harga Rp25,000.





Kalau sapa nak makan pindang ni boleh la google resepinya. Masak sendiri yea hihihihi.