Monday, 19 July 2021

Hari Raya Aidil Adha 2021

 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2021 

10 ZULHIJJAH 1442H

Hari ni seawal pagi Cik Mai dah bangun dan lepas subuh terus masak di dapur. Semalam hanya masak untuk berbuka aja sebab rasa macam letih sangat selepas ambil vaksin semalam. Selepas isyak terus tido.

Duk depan tv dulu tengok Tanyalah Ustaz dan siaran langsung dari mubit di Mudzalifah. Rest sekejap.

Hari ni masak ketupat Nona dan merendang ayam. Saja tak masak semalam takut tak berapa nak sedap. Sate daging dan ayam dah beli semalam juga dah beli lemang daun larek.

Kami bertiga jer kat rumah tapi dah namanya Raya kan so ada orang ker tak da ker Cik Mai suka menghidupkan suasana. Kita ni kena tahu hari-hari ni supaya ada kelainan.


Baju raya baru ni hadiah dari adik ipar.
 










Ini aja juadah hari ini, my sis bagi rendang itik. Alhamdulilah.





Okay....time vc dengan adik beradik sebab tak ke mana.












Selamat Hari Raya 
Aidil Adha 
10 Zulhijjah 1442H
Maaf Zahir & Batin











Vaksin di MITEC Dutamas KL

 Assalamualaikum Ya Rasullulah Ya Zulhijjah Ya Arafah.

9 Zulhijjah 1442H

Alhamdulilah syukur di atas nikmat dan kuniaan Mu Ya Allah. Hari ni Cik Mai dapat appointment vaksin pertama di MITEC - sinovac.

Tak kisah la jenis apa janji kita divaksin dan juga diikhtiraf oleh Saudi untuk kerjakan kaji.









Next dose 9hb Ogos 2021 di tempat yang sama. Hari terakhir dalam kalender Islam.Esok Awal Muharam 1443H








Alhamdulilah....so where we go next? #mehtravelwithme







Sunday, 27 June 2021

Al Fatihah buat Kak Zah 15 Jun 2021

Cik Mai selongkar kotak cari balik gambar lama. Dulu pada tahun 2006 mana ada lagi yang macam sekarang. Gambar pakai kertas kodak jadi memang terhad mengambil gambar. Alhamdulilah jumpa gambar ni. Ini aja gambar yang ada. 

Cik Mai simpan juga di sini untuk kenangan. Perkenalan kami semua pada tahun 2006  bermula dengan kelas MBA (CB)  di UIA. Belajar bersama-sama pening sama-sana tapi gradute time tak sama.Tahun 2009 kami berkumpul di Dewan Cempaka Kelab Selangor Ampang.Tak ramai kan sebab student MBA(CB) memang tak ramai. Cepat masa berlalu dah 2021 tahun yang penuh dugaan untuk kita semua.

Pada 15 Jun 2021 kami dimaklumkan Kak Azizah yang mesra kami panggil Kak Zah telah mengadap ilahi.Terkejut Cik Mai dengai Kak Zah sakit sebelum tu. Kali terakhir jumpa arwah di Grand Season sempat minum petang masa tu tahun 2015 rasanya dan di majlis kahwin anak arwah . Cik Mai tak ingat yang mana yang terakhir. Sedih dengar dan lebih menyedihkan pada 23 Jun 2021 pula adik arwah juga mengadap Yang Maha Esa diikuti dengan anak arwah pada hari yang sama. Ya Allah, pada masanya sama suami arwah masih tidak sedarkan diri. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya hari ini 27 Jun 2021 awal pagi pula kami dikejutkan suami arwah telah menghembuskan nafas yang terakhir. Ya Allah besar sungguh dugaan untuk keluarga ini. Semoga Allah tempatkan mereka semua di kalangan orang-orang yang soleh. Kepada keluarga arwah semoga tabah menghadapi dugaan ini.

.

Al Fatihah (dibaca).





















ALFATIHAH