Selamat Hari Merdeka yang ke 64 tahun.
Selamat Hari Lahir Fatini yang ke 11 tahun.
Semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat.Amin.
Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).(Al-Mulk 67:15) Hasbi Rabbi Jallallah.Ma Fi Qalbi Ghayrullah Nur Muhammad Sallallah Lailaha Illallah Mengembara sambil melihat kebesaran ciptaan Allah. Alhamdullilah
Selamat Hari Merdeka yang ke 64 tahun.
Selamat Hari Lahir Fatini yang ke 11 tahun.
Semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat.Amin.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2021
10 ZULHIJJAH 1442H
Hari ni seawal pagi Cik Mai dah bangun dan lepas subuh terus masak di dapur. Semalam hanya masak untuk berbuka aja sebab rasa macam letih sangat selepas ambil vaksin semalam. Selepas isyak terus tido.
Duk depan tv dulu tengok Tanyalah Ustaz dan siaran langsung dari mubit di Mudzalifah. Rest sekejap.
Hari ni masak ketupat Nona dan merendang ayam. Saja tak masak semalam takut tak berapa nak sedap. Sate daging dan ayam dah beli semalam juga dah beli lemang daun larek.
Kami bertiga jer kat rumah tapi dah namanya Raya kan so ada orang ker tak da ker Cik Mai suka menghidupkan suasana. Kita ni kena tahu hari-hari ni supaya ada kelainan.
Assalamualaikum Ya Rasullulah Ya Zulhijjah Ya Arafah.
9 Zulhijjah 1442H
Alhamdulilah syukur di atas nikmat dan kuniaan Mu Ya Allah. Hari ni Cik Mai dapat appointment vaksin pertama di MITEC - sinovac.
Tak kisah la jenis apa janji kita divaksin dan juga diikhtiraf oleh Saudi untuk kerjakan kaji.