Edisi Mehtravelwithme kali ini membawakan khas tentang Tiny Quay Boutique yang kini telah dibuka di Alam Avenue Shah Alam.
Ramai orang beranggapan, bila sebut aja butik pasti harganya mahal dan malu-malu untuk masuk dan menjengah. Yea, betul dan setuju dengan kata-kata itu. Tetapi berlainan dengan Tiny Quay Boutique yang menawarkan pakaian kanak-kanak dengan harga mampu milik. Kepada sesiapa yang ingin membeli pakaian kanak-kanak, Anda boleh mendapatkan harga serendah RM5 di dalam butik yang mempunyai ruang yang luas dengan santai dan berhawa dingin.
Tiny Quay Boutique menawarkan pelbagai pakaian kanak-kanak dari bayi sehingga berumur 10 tahun seperti rompers, legging, tshirt, jeans, kemeja, blouse dan lain-lain. Selain itu terdapat aksesoris kanak-kanak seperti headband, kaca mata, jam, topi, topi baby dan pelbagai barangan lain.
Apa yang menarik, ada barangan yang dihasilkan sendiri oleh pemilik Tiny Quay Boutique, yang mana ia antara usaha dalam mempelbagaikan penghasilan produk secara kreatif tanpa memerlukan bajet yang tinggi bagi memberikan harga yang mampu milik kepada pelanggan.
Ini adalah peluang kepada anda yang ingin menjadikan si comel anda nampak sentiasa comel, bergaya, glamour dan style tanpa mengeluarkan bajet yang tinggi.
So apa lagi....... Marilah datang menjenguk dan singgah......
LOKASI
TINY QUAY
Barangan yang dipamerkan akan bertukar mengikut stok yang ada dan untuk tujuan promosi sahaja.
Anda boleh dapatkan legging di kedai-kedai berhampiran di Alam Avenue.
Boleh jenguk ke sini.............
Ucapan dari tiga anak muda yang gigih mengusahakan Pakaian Borong Kanak-kanak dan Tiny Quay Boutique di Shah Alam, mengalu-alukan kedatangan anda dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda. Semoga Allah merahmati kalian semua.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Kay E ( 012-6896232),Ben ( 019-3133514) dan Jas (013-4144000)
No comments:
Post a Comment