Saturday, 27 February 2016

Dinner @ Saji, Taman Tasik Permaisuri


Saturday.....
Baru terfikir nak makan apa malam nih...macam malas pulak nak keluar ...tetiba Uda dan Chu E kata ada di KL dan ajak makan....so apa lagi....on aja lah...dan mana lagi kalau tak my favourite kedai makan  nih....

Jalan-jalan cari makan!!


Order keropok sementara tunggu makanan lain sampai...


meh tengok apa yang kami order....
biasa i akan order kerabu mangga but today order Somtam...



Siakap Tiga Rasa..
Tokeh kedai siap tujuk ikan yang belum masak kat kita..supaya kita tau besor mana ikannya..memang sedap...



Ada kailan ikan masin dan  sup ayam tapi lewat sampai..




Alhamdullilah...sedap dan kenyang..
Terima kasih Allah di atas kurniaan rezeki ini...






Direnungkan bersama...

Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? 3 sebab apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain..


Pertama. Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita....

Kedua. Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah gantikan yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan (pahala). Allah Maha Mampu beri lebih daripada itu....

Ketiga. Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai mengucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan...

Benar atau tidak, Wallahu a’lam..
Dipetik dari web lain



No comments:

Post a Comment