"Mulai
hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku,
cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan
tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa
melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak,
kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya." Lafaz Sumpahan Pak Kaduk.
Pak Kaduk oh Pak Kaduk.....pastinya rata-rata belah kawasan Lambor ke
Bota Kanan tahu kisah lagenda ni. Kisah ni telah diceritakan pada saya masa saya
kecik-kecik lagi..dan satu pesanan dari orang-orang terdahulu..ingat! jangan
sesekali makan ikan Tapah dan jangan jamah atau mendekatinya. Keturunan kita
tak boleh makan ikan nih...jadi tanpa saya menyelidiki kebenarannya salah atau
betul..tanpa banyak soalan ..pekara itu telah sinonin sebagai satu kepercayaan sejak
saya berumur 7 tahun lagi.
Travel saya kali ini mengimbau ke dunia yang jauh telah
ditinggalkan beribu tahun yang lalu tentang lagenda di tempat sendiri serta
kepercayaan orang-orang terdahulu. Ada yang mengatakan hal tersebut hanya mitos
tetapi terdapat pulak tinggalan sejarah.
Bagi orang yang dari luar menganggap kisah
ini sebagai satu cerita sahaja tetapi tidak kepada kampung yang terlibat...kisah
yang sungguh pelik dan punya unsur seninya tersendiri untuk dijadikan pengajaran di dalam
kehidupan.
Mulanya saya tidak kisah sangat tentang
cerita Pak Kaduk ni..kalau di google memang banyak kisah ini diceritakan
termasuk ada salasilah keluarga dan keturunan Pak Kaduk ni...saya terdetik
untuk membuat research tentang ni apabila pengembaraan saya yang akan
datang ke Siak Indrapura ini ada bersangkutan dengan insan yang dikatakan Pak
Kaduk ini yang berketurunan Siak Indrapura.....mungkin saya boleh melihat
sendiri kisah anak raja ini yang menjadi raja biasa meninggalkan istana
memulakan hidup baru di Tanah Melayu yang mana telah mempunyai keturunan yang
turun temurun dari mulut ke mulut orang-orang terdahulu. Khabar yang
diceritakan makam beliau terletak di sebelah Istana Siak. Insya Allah pada
bulan hadapan ..jika berkesempatan boleh saya melihat sendiri pekara ini.
Melalui research yang saya telah find out.. sekilas yang terlintas di kotak fikiran saya ...melihat
kejayaan masa lalu kerajaan Siak membuka
mata saya betapa kaya dan jayanya
Kerajaan Melayu ini.
Kisah ini dipetik dari blog
keturunan Pak Kaduk di sebelah kawasan Lambor..rasanya rata-rata orang belah
sini sama jugak dengan saya tidak boleh menyentuh ikan tersebut. Sekiranya
terkena kena la mencari emas yang disimpan oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk
yang masih tinggal mengubati penyakit.
Ikutilah kisahnya.....
Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda
berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan
pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah
sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut
Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh
masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan
menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai
kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung
ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya
Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang
menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran
rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun
mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya
menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si
Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua
penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam
Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima
apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam
Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat
perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam
dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk
hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata .
Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya
Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah
dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima
syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.
Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.
Maka dengan berpegang pada janji dan syarat
penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak
perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang
dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada
di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.
Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah
satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama
kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya
kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu
sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.
Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing
sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun
berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit dicelah atap lalu
dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk
bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan
Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut
dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan tali dari batang bemban lalu
melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan
sumpahnya yang berbunyi:
"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya."
Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali
seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.
Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus
kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk
menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan
perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera
sahaja.
Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang
tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan
Tapah. Setelah segalanya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk
dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta
melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar
biasa
Di antaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi
Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya
memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok
belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana
Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis.
Pemegang Amanah Emas Kancing Ikan Tapah
Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam
sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan,
mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah
maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang
Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut.
Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas
Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan
sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga
keping dan inilah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk
jika terkena bisa Ikan tapah.
Sekarang Emas Kerongsang (emas kancing) Ikan Tapah
dijaga oleh salah seorang keturunan Tok Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak
Logam atau waris-waris terdekat.
Mengikut salah seorang keturunan Tok Kaduk ini terdapat salasilah keturunannya yang masih disimpan oleh para waris tersebut iaitu salasilah yang dipanggil Moyang Empat Datuk Lapan.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment