Cepatnya masa berlalu...tup! tup! dah penutup 2016....Alhamdullilah ....sepanjang tahun 2016 terlampau banyak peristiwa berlaku...di page blog ini terdapat 242 peristiwa yang telah dikumpulkan dan pageviews blog yang mana telah mencecah lebih 31,500 sejak blog ini dibuka mana kala page view melalui google telah mencecah lebih 1.6 juta views ..macam-macam kisah ada...kisah makan...jelajah...event...travel dan info yang saya rasa saya tidak kisah untuk kongsikan kepada kawan-kawan.
2016 banyak melihat kisah sedih dan gembira saya..ada kisah sedih yang terpaksa saya sealkan baik-baik agar tidak mencacatkan kehidupan saya...ada kisah yang menjadikan saya seorang yang sesabar-sabar umat Muhammad...ada juga yang menjadikan saya tersenyum dan gembira...dan ada jugak yang menjadikan saya dari tikus kepada hantu raya hahaha...apa-apa pun Alhamdullilah dan syukur kepada Allah anugerahkan kepada saya...tetap redha dengan aturanNya.
Kali ni seisi ucapan ini bersiaran dari Hotel Seri Malaysia Bayan Baru, Pulau Pinang dan memilih Kafe Bayan baru sebagai lokasi....sebab mesti orang pelik pulak ambik gambor bersama-sama pinggan mangkuk...hahahaha.
Kepada semua rakan-rakan, silent followers dan sapa-sapa yang meminati tulisan ini...saya ucapkan ribuan terima kasih kerana anda page ini telah mencapai lebih 1,6 juta google views sehingga kini.
Azam tahun baru? hmm...tak ada yang baru...yang lama aja. dan pastinya mahu yang lebih baik...yang mana dah baik tu..maintain aja la...apa lagi yang nak kita minta...semua Allah dah bagi.
Kepada semua yang membaca dan mengikuti Blog MehTravelWithMe.blogspot.my yang mengikuti IG Mai Meor Hasan, pencari google click image mehtravelwithme dan juga yang silent followers my profile....tidak kira di mana mereka berada di bumi Allah...terima kasih semua kerana anda telah membuat saya gembira dan terima kasih anda sudi membaca tulisan-tulisan saya.
Thank You Allah.
Google Views
Mehtravelwithme Pageviews audiences (yang tertinggisahaja) sepanjang bersiaran
Amin...
No comments:
Post a Comment