Friday, 20 January 2017

Port Weld Kuala Sepetang

Kuala Sepetang......memang i tak pernah ke sini sebelum ni walaupun orang Perak...dulu pernah nak ke sini tapi masa tu dah petang dan lewat sebab jem teruk di perjalanan. Hari ni i cuti dan akan ada kerja di Utara so ambil masa sikit singgah di sini untuk jalan-jalan i dan merasa mee udang Kuala Sepetang nih...Biasalah i....Alone...!!!


Ok...dulu sini namanya Port Weld kalau kita belajar sejarah dulu tapi telah ditukar kepada Kuala Sepetang. Port Weld ni sempena nama Gebenor British namanya Frederick Weld  yang membina landasan keretapi ni sebab-sebab perlombongan di kawasan Larut. Kalau nak tau cerita sejarah ni dicadangkan untuk google sendiri la.

Meh travel with me...melihat apa kesan sejarah yang ada....mengimbau kembali ke tahun sebelum kita lahir.



Ini pekannya...i ditemani dengan My Mylo.


I singgah sini tapi pekerja kedai ni kata hanya buka hari Sabtu dan Ahad sahaja...so cari lain port la.


I terus menuju ke kampung nelayan....ronda sana tapi air surut.


Ok next ...i ikut mana yang boleh sampai....Yuk kita pergi!

No comments:

Post a Comment