Friday, 19 May 2017

Majlis Tilawah Dan Menghafal Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke 59 Tahun 1438H @ PWTC, KL - Hari 3

Hari ni hari ke 3 Tilawah. Semalam saya tak datang sebab balik dah lewat sikit.


Hari ni saya pilih tempat duduk di bahagian bawah.


Saya sempat berkenalan dengan Ustaz muda ini yang berasal dari Filipina tapi dah menjadi Tutor di Cameron Highlands. 



Hari ni ramai orang juga.






Peserta dari China, Ma Tao  ( Saifuddin) yang membacakan Surah Ar Ra'd Ayat 19 Juzuk 13



Peserta dari Bosnia ...Adisa  Agan Hadzic yang membacakan Surah Al Maidah Ayat 67


Peserta ini dari Canada , Muhammad Maaruf Hossain. Dia mendapat sambutan dari hadirin.  Orangnya masih muda dan suaranya sedap.



Peserta dari China, Ha Bingxue (asiah), Surah Al Raaf Ayat 90 Juzuk 6


Peserta dari Brunei Darulsalam, Awang Ku Muhd Abidul Amin Pangiran Hj. Marzuki, suaranya menggegarkan Dewan Merdeka. Amazing voice Surah An Nisa Ayat 34 



Adam MMadi dari Zimbawe



Dayang Hjh. Siti Noor @  Dzhuhairah Bt Awang Hj. Damit peserta dari Brunei Darulsalam yang membacakan Surah An Nuur Ayat 21 Juzuk 18. Amazing voice mendapat sambutan para hadirin dan menggegarkan dewan.




Peserta dari Bosnia Herzegonia, Nijaz Aganhodic dengan Surah Al Anbiya' Ayat 1 Juzuk 17



Selepas bacaan ada ulasan dan penerangan dari pengacara. Ustaz ni pun suaranya sedap.. 



Masa rehat ada Taranum dari Ustaz Abd. Rahim Ahmad. Beliau Johan Tilawah Antarabangsa Tahun 1994 dan 1995.  Ada kelas taranum di Masjid As Syakirin KLCC. ..Beliau mengajak Dewan Merdeka bersama-sama brtaranum dengannya...Dewan Merdeka menyahut taranum tu.




Saya tak tunggu habis sebab kena balik before 12.00 malam..esok nak kerja pulak. Insya Allah ada masa saya mari lagi.


Alhamdullilah ..Thank you Allah.

No comments:

Post a Comment