Friday, 2 December 2016

Jagung F1 Aina @ Agam


On the way balik ke Bukit Tinggi kami ikut jalan lain pulak, tak ikut jalan yang mula-mula ke Payakumbuh so dapat la jelajah kawasan Sumatera Barat ni.  kami singgah di sini ...khabarnya best jagung di sini...Uli belanja kami donut jagung...memang ok rasanya. 


Kedai ni ada di merata-rata Sumatera




Ini minuman air jagung...jagung dia kasar tak dikisar..sekali pandang macam bubur jagung kita.


Uli beli donut...belanja kami...memang i naik 2 kg dah hahaha.



Ok..... perjalanan diteruskan semula ke Bukit Tinggi.

Mukena- Cahaya Bordir @ Bukit Tinggi



Uli dan Peri bawak i ke sini...kira kilang yang buat sulam dan bagai...lupa nak kabo..telekong ni disebut Mukena.


I masuk ke dalam tapi i tak ambil gambar di dalam...tu dia banyak sangat yang cantik-cantik...macam-macam harga ada....nasib ler i bukan Datin Seri...kalau tak mau borong bagai hahahaha...sebab kalau Datin Seri banyak duit la boleh beli. I ambik gambar dari luar aja. Urusan boleh guna RM.



Oleh kerana hujan ...kami teduh di sini dulu.


Pak Herman, tokeh kilang ni siap buatkan kopi untuk i...terima kasih yea...sedap kopinya...lain rasa dengan kopi kita sebab warnanya ada warna koko sikit.



Sempat i bertanya tentang kilang dan biz dia ni...dia manufactures dan jual ke merata-merata...Orangnya simple dan tak sombong...dia tanya kenapa puan datang sorang? kenapa abang tak ikut? hahahaha.....kelako jugak Pak Herman nih...kena la jawab dengan jujurkan.


Rasanya ini kopi ke berapa la untuk hari ni..ke mana pegi orang jamu kopi hahahaha...takut tak boleh tido malam nih.




Ok...tak beli apa...i decided malam nanti i jalan sorang-sorang pi beli barang apa yang nak beli...nak cari jugak mukena sebab semalam i guna mukena hotel...today nak guna mukena baru.

I dah lapar so mintak Uli dan Peri cari kedai makan yang best sikit...kalau boleh tak nak makan makanan Padang...yang sempoi aja. Ok lets go..tengok kami ke mana...

Jalan-Jalan Siang @ Bukit Tinggi


Sampai di Bukit Tinggi dah sore dan hujan ...rasanya kami tak sempat nak ke Danau Manuja...kalau pegi dalam 1 jam lagi perrjalanan so kami decided tak payah pegi takut bahaya naik bukit. Kami menuju ke Great Wall Kota Gadang dan Lobang Japang ikut belakang Taman Panorama sebab i malas nak menyusup dalam lubang tu hahahaah...ada seriau di hati...jadi ambikla shortcut tapi jalan ditutup sebab tengah upgrade jalan...kalau nak turun bukit tu ...rasa macam malas la pulak so kami pikir-pikir pegi ke Jam Gadang dan ronda-ronda cari barang.

Tu hari jalan malam-malam ...so saja jalan siang pulak...tengok view siang pulak.



Dah tak tau nak buat gaya apa...so sama aja ler..malas nak pikir hahahaha






I jalan-jalan bawa jurufoto so dia snap aja apa yang i buat....beribu gambor ditangkapnya...Thank you Uli...lepas ni Kak Mai belanja makan.

Di bahagian hadapan pulak...


Nasib la mata kuda-kuda ni ditutup..kalau tak mau dikejornya sebab baju merah tapi masa hari mula-mula tu masa i dekat dengan kuda-kuda ni...separuh dari barisan kuda ni bergerak-gerak dan pandang arah i walaupun matanya ditutup...suspen gak sampai dia menghentak-hentak kaki.


Sini banyak kedai-kedai jual barang-barang...telekong..kain sulam...gilo mata...murah la berbanding KL.



Kawasan sekitar





Meh tengok apa yang i nak beli.





I dah niat sampai sini just nak beli telekong aja buat kenangan...kat sini melambak Telekong Siti Khadijah. Murah jugak...semua telekong sulam-sulam..ada macam-macam range harga..bagai kaler dan corak.



Duk pilih-pilih tapi tak beli pulak sebab tengok yang berkenan kat hati ni tak ada la pulak.semalam tengok ada orang jual depan hotel cantik sulamnya...berkenan sungguh tapi tak ada pulak kat sini. So Uli cadangkan pegi ke Kilang Sulam Buat Telekong di bahagian belakang sini...so hold dulu la sebab belum lagi nak balik pun...kemudian boleh beli.

Tu yang i duk selak-selak tu Telekong Siti Khadijah.



I singgah ke kedai sulam nih....fuhhh!! cantik bangat...ni harganya berjuta rupiah. nasib i bukan peminat kain sulam nih...yang ada kat rumah  pun belum ditempah lagi.



Uli..nanti kalau Kak Mai nak kawin..Uli tolong kirimkan aja ler dari sini yek...buat masa ni belum lagi nak pakai gini...lagi pulak macam sesuai untuk orang tinggi aja...kena tempah nanti hahahaha.

Oleh kerana tak beli apa-apa so kami nak pegi ke kilang jahit sulam tu..nak tengok apa harganya pulak.



































Cafe Besto @ CK Centre, Bukit Tinggi

Kami singgah di sini...di tepi kota...CK Centre...Cafe Besto. kafe ni memang menarik

Bahagian Luar




Bahagian dalam...kat sini ada Surau, ada ruang family dan karaoke.


Kami pilih ruang sini...bahagian luar tapi beraircond. Banyak makanannya...macam citarasa Malaysia...jenuh tegok menu nak juling-juling mata...macam kenyang pun ada sebab tadi dah makan donut bagai.





Lama-lama malas nak fikir makan nasi goreng plus ayam..es jeruk  dan air ais apa Uli minum tu dah lupa la pulak...hahahaha. ...dalam RP 80,000.00 



Alhamdullilah..kenyang...so i pilih untuk balik ke hotel berehat dulu..then tengok apa plan tonight sebab macam nak hujan.



Thank you Uli....Uli dah masukkan picture ni  dan gambor kat IG Uli,,terglamour lak Kak Mai di Sumatera...hahahaha.


Jalan-jalan malam @ Bukit Tinggi


Sini Maghrib awal  walaupun  1 hour lewat dari KL dan cepat gelap...I keluar sorang-sorang sebab dekat cross the road aja kawasan Jam Gadang tu...cuaca nyaman sungguh...sesekali sejuk jugak... Ok jom tengok apa i cari dan beli.





Lintas jalan aja...jalan 5 minit dah sampai...ada jugak orang busking di tepi jalan-jalan macam ni...tapi hari ni macam tak ada pulak.


Kul 7 petang dah golap.


Ada macam-macam jenis ice blanced....Boleh minum kat sini. I beli copicino ice blanced pack...RP2,000 per pack...banyak jugak i beli..mocha tak ada la pulak..lain tu biasa-biasa aja .....kat sini orang minum mocha, copicino dan lain-lain tu tepi jalan aja...melambak orang jual..murah aja RP5,000 yang dah siap.


Finally, i jumpa Mukena yang dicari...Alhamdullilah dapat murah...pastu i beli fridge magnet dan brooch batu kristal gantung buat kenangan berada di Tanah Minangkabau nih...sini tak yah risau nak tukar duit sebab boleh berurusan dalam RM.


Dah ronda-ronda tengok bagai-bagai i pun balik ke hotel...kat sini tepi-tepi ni banyak orang jual macam-macam...so disapa oleh orang ni untuk buat inai di tangan...katanya murah aja Kak..mari la cuba...oleh kerana berkali-kali dia mengajak jadi i pun duduk la di hadapan dia. Jadi i pun cakap la dengan dia ...i tak minat conteng tangan nih sebab kalau di Malaysia ada perayan dan perkahwinan aja...dan suka tangan nampak serabut....Mamat ni yang dienali sebagai Baron ni kata ...tak apa kak..kita bual-bual aja...so mula la i temuramah dia bagaimana boleh dia meniaga di sini...RP35,000 sekali buat dan sehari lebih kurang 10 - 15 orang dari pukul 6 petang hingga 10 malam...asasnya dulu dia belajor buat tatoo di tempat lain  lepas tu balik ke Bukit Tinggi untuk buka biz nih...selain tu dia ambil tempahan kalau ada majlis-majlis atau sebagainya.





Sini pun ada kafe tapi rasa macam dah kenyang...ingat nak tido aja.



Esok pagi-pagi nak bertolak ke Padang kalau tak jem teruk dari Bukit Tinggi ke Padang. I belum ronda Padang lagi. Sempat kot ronda sebelum flight.

Selamat Malam Bukit Tinggi.