Friday, 2 December 2016

Kelok 9 @ Payakumbuh


Kawasan ni sebenarnya highway menuju ke Pekan Baru, Riau. Dari sini ke Riau makan masa lebih kurang 5 jam perjalanan...tapi kat sini orang-orang di sini dah jadikan tempat ambil foto dan terdapat warung-warung di sepanjang jalan...jalan menuju ke sini jauh jugak dari Kota Payakumbuh.










I minum copicino ni tepi jalan aja.



Ini pisang coklat dan keju...memang manis..tapi ok rasanya.


Jagung bakar ...jagung manis....besor sangat sampai separuh makan dalam kereta.



Sini tak ada hal kalau berenti tepi jalan nak ambik gambor...tak ada sapa nak marah.


Ok perjalanan diteruskan ke Lembah Harau pulak.



Jom tengok apa ada di Lembah Harau.

Alhamdullilah.

Lembah Harau @ Payakumbuh

.
Kalau ikut cerita dan tulisan dari blog-blog lain dan pengemabara lain...Lembah Harau ni  adalah salat satu lembah yang tercantik di Indonesia...Well..yup!!..i can see it ..memang cantik Subhanallah..Alhamdullialh diberikan oleh Allah melihat keindahan ciptaanNya...itu yang ada orang kata..apa yang mmbuatkan hidup ini menarik kerana kita berpeluang untuk ada di tempat-tempat yang indah dan menarik dan ia dapat mencorakkan satu lukisan yang menarik di kanvas hati.

Kalau sapa-sapa yang minat aktiviti lasak tu...sini la tempatnya...panjat bukit-bukit nih..



Tak boleh main redah aja...kena beli tiket sebab area resort.


Ok ..jalan terus







Alhamudllilah cuaca cerah





Dikelilingi batu granite fossil laut...dipercayai kawasan lembah ni dulu dasar laut...puncak atas tu daratan.



Jauh sebenarnya air terjun ni...jarak 1 km dari lokasi kami...tapi kami dapat zoom.






Ingat nak naik ke puncak tapi kaki tak larat la...takut handicap la pulak nanti.





Kawasan ni berliku...seolah aliran sungai berliku.









Alhamdullilah...kami menuju ke lokasi air terjun pulak.




Air Terjun Lembah Harau

Kat sini banyak sangat air terjun...ada 5 air terjun tapi kami singgah yang ini aja..lupa pulak nak tanya apa nama air terjun nih..menarik dan indah...Alhamdulilah dapat melihat ciptaan Yang Maha Agung. Amin.








Thank You Allah...ok kami berhasrat nak ke Danau Manunja, tengok la sempat ke tidak sebab perjalanan ke danau tu hampir 2 jam dari sini. kalau tak sempat kami akan ke pekan Bukit Tinggi ke Great Wall Bukit Tinggi dan Lobang Japang. Dah sore dah nih tapi tak rasa letih.. Uli dan Peri kata ok aja..apa saja Kak Mai mahu kami ikut aja. hahahaha.