Sunday, 23 January 2022

Jeruk Madu Pak Ali, Sungai Nibong



Rasanya satu Malaya tau kot destinasi wajib dikunjungi kalau mai Penang ni untuk dibawa balik. Mana lagi kalau Jeruk Madu Pak Ali. Hotel yang duduk tu bersebelahan dengan tempat ni.Esok boleh borong sakan.




Macam-macam ada









Cenderahati pun ada dijual di sini.











 

Queensbay Mall & Restoran Kapitan


Cik Mai drive ke Queensbay Mall saja nak tengok kemeriahan preparation sambutan Tahun Baru Cina di sini. Hmmm..masuk aja terasa kat Chinatown kak dan tu da punya la ramai orang. Memang meriah.












Punya ramai orang so Cik Mai pi la ke Kapitan across the road.

Kedai dan claypot nasi byrani ayam ni memang febret Cik Mai masa duk Penang tahun 2009 - 2012. #foodhuntingcikmai  ke Kapitan yang terletak di hadapan Queensbay Mall. Kedai ni ada sedikit perubahan tapi rasa nasi ni tetap sama cuma bezanya dulu claypot tembikar tu. Service memang tip top. Dulu bila masuk sini sure dengar lagu hindi 😁 tapi hari ni dah bercampur-campur. Kapitan ni ada di berberapa tempat tapi Cik Mai selesa kat sini sebab senang parking. Sapa yang pi Penang boleh singgah kat sini. Macam-macam makanan ada.









 

B Hotel OYO Sungai Nibong


Today, check out sebab dah selesai urusan di sini. Lepas bagi kunci ke kaunter kena lepak kat sini dalam10 minit sebab depa nak check bilik samada missing apa-apa tak.





Tak tahu nak ke mana sebab check in di B Hotel jam 2 pm.



Roda berpusing menuju ke Gurney Drive dan Padang Kota Lama.Banyak dah perubahan di sini, dah tak nampak laut.



Check in kat sini lak dari B to B. Hotel Budget yang terletak opposite Terminal Bas Sg Nibong just across the road. Sini memang banyak hotel bajet.Dulu Cik Mai stay di apartment hadapan hotel ni. Tak jauh dari USM, Bukit Jambul dan less 1 km dari Queensbay Mall. Cik Mai ambik bilik besar sebab murah offer dalam Agoda. Tak kisah just give  basic fasilities sebab area sini keliling macam-macam ada. Sapa yang travel solo atau berdua for me ini dah mencukupi sebab di luar bilik ada fasiliti lain di sediakan ( shared).







 

Hotel Brown & Padang Brown, Penang


Today Cik Mai ke Penang, agak lewat sampai sebab banyak sangat traffic dalam perjalanan. So sampai Penang dah senja. Cantik langit petang pada masa ni.











Stay kat Brown Hotel untuk berberapa hari lepas tu pindah ke hotel lain pulak #mehtravelwithme lama tak ke Penang Island. Ok Cik Mai dapat bilik ni dengan harga yang murah di Agoda RM69 sahaja so terus grab 2 rooms. Bilik ni just for 1 single bed but amenities & fasilities tip top. Safety box, mini bar, hair dryer termasuk torchlight pun ada. Untuk traveller solo macam Cik Mai memang ok sangat-sangat la.Depan hotel ni Medan Selera yang terkenal tu Padang Brown.

Cik Mai pilih sini jugak tu bila teringat year 2012 masa Cik Mai jadi resident Penang ni ..Dari Sungai Nibong pi mai sini makan steamboat kat Taman Brown dan tak sangka ada hotel ni. Cik Mai suka konsep yang simple tapi amat memuaskan. Bila travel solo baik kita cari yang menjimatkan dan berbaloi.🤷‍♀️
.




















Next day...second night di Padang Brown. Kenapa makan sini lagi? sebab opposite hotel dan pelbagai jenis makanan ada. Last night Cik Mai tanya Bismi Soup ni apa nama makan ni. Kata depa ni Roti Cicah Sup. Sup boleh pilih nak apa. So today Cik Mai pi la tadi.Tu dia punya ramai orang kena q la pulak.Ok ...korang mesti kata simple aja kan. Memang simple but sup (ayam ) dia memang sedap. Jarang la makan sup sampai habis ni dan first time la Cik Mai makan ni. Masa tanya semalam kat waiters dia mesti depa kata sah la ni orang luaq cam jakun 😁 pi tanya signature dish dia kan. Mesti dia pelik juga tengok Cik Mai makan sorang-sorang 🤭. Cik Mai tengok kat sini depa datang sekeluarga makan-makan, berkawan-kawan penuh meja. Ok esok check out dari sini dan  pi ronda tempat lain lak.






#foodhuntingcikmai