Wednesday, 23 July 2014

Ramadhan @ RHSM
































Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
“Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”.



Pintu langit dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pintu-pintu syurga dibuka..
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)





Monday, 21 July 2014

Ramadhan @ HSM Pulau Pinang

Jalan-jalan cari makan....











Sabda Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad rhm., maksudnya:
Puasa adalah perisai di mana seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka.” (riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)
Puasa menjanjikan syurga. Sebagaimana hadis Abu Umamah RA bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang dapat memasukkan diriku ke dalam syurga.” Baginda menjawab, maksudnya:
Berpuasalah, tidak ada yang sama dengannya.” (riwayat an-Nasaa-i, Ibnu Hibban, dan al-Hakim)
Ini adalah antara kelebihan-kelebihan berpuasa, dan ini merupakan janji-janji Allah SWT di mana Allah SWT tidak akan menzalimi seorang pun daripada kalangan hamba-hamba-Nya. Maksudnya:
Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang pun.” (surah Al Kahfi, 18: 49).


Sunday, 20 July 2014

Ramadhan @ Sek 23, Shah Alam

Ramadhan Tiba! Ramadhan Tiba!....









  









 
















Apabila datang Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu.” (riwayat Imam Al Bukhari)
Digambarkan di sini bahawasanya dengan kehendak dan izin Allah SWT, Allah SWT menjauhkan manusia daripada neraka-Nya pada bulan itu sendiri. Apatah lagi bagi orang yang mempraktikkan dan memanfaatkan bulan tersebut dengan ibadah-ibadah dan amalan-amalan yang soleh. Sabda Nabi SAW, maksudnya:
Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (riwayat Al-Bukhari no. 2628 dan Muslim no. 1153)