Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan,
Selamat Hari Raya Aidiladha!
Hari Raya Aidil Adha tahun ini kami hanya beraya di Shah Alam sahaja di mana lagi di rumah our lovely sister. Ayah Ein sekeluarga balik Pasir Gudang, Uda Lan sekeluarga balik Bota, Alang sekeluarga balik Subang tetapi petang datang ke rumah 23....Oleh kerana i and Chu E aja yang single so kami memang duk sini ler..
Oleh kerana hari raya sehari sahaja....kami hanya pergi dekat-dekat aja...memang betul jalan-jalan cari makan...so ikuti coretan Sehari di Hari Raya....
First, makan di rumah la....sebelum tu selfie dulu..ambik gambar dulu pakai baju raya ......wajah-wajah di hari raya..
Chu E dah datang.....
Aiya!!......dema ni citer pasal bisnes ler pulak....!!
payah bila tokeh dengan tokeh berjumpa ...
Raya .....Raya!!
Tak best raya duk rumah...so kami pi beraya rumah orang....nak rasa jugak lauk rendang orang hihihi......kami nak ke mana yek? Rumah pilihan ..Seksyen 28 ..Rumah Mak Yang Ida melawat Opah Mai Aishah...
Errr!!.. tadi bukan dah makan ker atas tangga.....hahahaha!!!
Ini ler my auntie...Hjh Mai Aishah Alang Yaakub....satu-satunya mak sedara perempuan belah bapak yang tinggal..
Dah kenyang... Alhamdullilah!!...So bergerak ke lain destinasi..
Nak pegi mana pulak yek?
Kami terus meuju ke Bandar Shah Alam ..lokasi di hadapan Bangunan UMNO Shah Alam sebelah DMEC Hospital berdekatan dengan Bule Wave....Kami melawat Kondo Chu E....wah!! dah siap rupanya cuma CF belum dapat....patut dah boleh pindah bulan November ni tapi macam kena tunggu....Chu E...thank you la ajak i duk sini.......memang menarik tapi nanti leh difikirkan kalau pindah sini jauh lak nak pi kerja di Bangsar melainkan i resign and dapat kerja kat Shah Alam atau kawasan sekitar...lebih kurang sama dengan rumah i..berdekatan dengan taman tasik dan masjid dan kebetulan Tingkat 11 pun sama dengan The Lumayan...
Lepas tu kami balik ke rumah....rupanya Mila dan Kabil dah sampai ....tengah makan mee goreng dan sup Mak Long masak...Apa-apa ambik gambor dulu.....
Aiya!!.....sempat pulak potong kain pelikat pants for kids...
cukup ker 1,000 helai tu... Raya!! Raya!!
Ni apa hal ler pulak!! kena kejor dateline..
Ni signature dish Mak Long...memang sedap..puji bukan sebab she's my sister...tapi memang sedap...tengok tu ..sampai Mila berebut..hihihihi
Macam banyaknya makan....non stop!! Alhamdullilah...Pukul 5.30 petang..Chu E ajak kami pi GM Klang....nak buat apa yek.....!! Semua nak ikut pegi.....masuk...masuk...!! hahaha..
ooooo!!!.....Marrybrown....Kat sini aja ada ..Shah Alam tak ada....
Thank you Chu E!!
Sampai di rumah.....serbu!!!
Alhamdullilah..
Dah malam....Mila dan Kabil balik ke Subang....
ni dah malam nak ke mana ler pulak.....cer bawak-bawak duduk rumah...
Kami ke AEON Bukit Raja...hehehehe...
TGV Cinema...ramainya orang
Nak tengok yang mana satu? Polis Evo or Girlfriend Kontrak?
Polis Evo cepatnya tiket SOLD OUT...
Aiya!!
tiket sold out..next show tengah malam...errr!!!..silap gaya ada yang tido kat dalam panggung ni kalau tengok midnight...so Chu E search tengok mana ada...tengah tunggu what next plan..
Setelah search...yang terdekat adalah MBO di Space U8. Kami bergerak ke sana pulak....macam main treasure hunt pulak....punya ler ramai orang..yang masih berbaju raya pun ada....yang datang berkumpulan...leisure with family...tak tau ada tiket ker idak sebab ramai orang...
Finally!!... ada tiket..again!! Thank you Chu E
Sementara nak masuk...apa lagi makan ler..selfie ler..hahahaha..tak habih-habih ambik gambor...
Tengok ada citer ni pulak...i memang mengikuti cerita ni..
The Transporter..next time kena tengok citer ni....
coz..you also The Transporter for us!! hihihihi..logo tu dah sama...
Kami sampai rumah at 2.00 am...
Oklah citer Polis Evo tu maklumlah lakonan Sam dan Zizan Razak...sapa boleh mempertikaikan....Sam nampak kemas look handsome (vote for him) dan Zizan look serious tapi kelakar....banyak letup-letup...after all ok lah..kalau tak ok sure i dah tido dah hahahaha..saja copy gambar depa nih...
Tido!! Tido!! esok kena masuk kerja kilang Mak Long sebab ada tempahan lebih kurang 1,000 helai pelikat pants for kids hari Isnin kena antor....tu yang depa discuss beriya tadi....nak plan untuk esok.
Apa-apa hal....Alhamdullilah.....syukur dengan nikmat Allah S.W.T kerana bagi rezeki dalam pelbagai bentuk, kesihatan yang baik, kegembiraan serta keharmonian kepada keluarga kami...Insya Allah diharapkan silaturahim dan perhubungan kami berkekalan hingga ke Jannah.
Thank You Allah.....Love Allah!!
Asal-Usul Aidil adha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kita pun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment