Alhamdullilah .........
Masih bernafas sehingga kini....hari ni seperti biasa pukul 4.00 pagi dah terjaga tetapi hari ni terjaga selepas dapat text message dari jauh yang mana insan ini dan juga seluruh warga di sana tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan kehidupan ini....terima kasih di atas ingatan ... tiba-tiba terfikir nak cari pulut kuning kat kedai Pak Cik Kelantan di Taman Tenaga dan terus ke rumah Ein di Jalan Kebun Shah Alam jumpa my mother...
Hari ni hari cuti so kat kedai Pak Cik Kelantan tak ramai orang dan terjumpa Pak Cik ni dah lupa namanya......actually i don't know him well but seem like he know me well...coz when he call me "Mai ada hari ni...tak kerja ker hari ni?"..macam kenal aja..but ok jer ler ... maybe dia tanya sebab tengok i pakai baju kurung macam nak pegi kerja.
Hari ni hari yang ke-5 dalam tahun ini makan pulut kuning...hahahaha..funny bukan...lepas makan siap tapau untuk my mom and my sis...masa nak bayar...Anak Pak Cik kedai kata..."yang kakak makan dan air tu ..Pak Cik Musa dah bayarkan..yang bungkus dua (2) set ni aja yang belum bayar". Ya Allah...Alhamdullilah.... rezeki hari ni....tapi mana pulak nak cari pak cik yang dikenali sebagai Pak Cik Musa ni untuk ucapkan terima kasih...semoga Allah memberkati dia tak kira di mana dia berpijak di bumi Allah ni.
Terus menuju ke Jalan Kebun jumpa my mom....kelakar. ..sampai sana...tertidur dan antara tidur dengan tidak..sedar dah nak pukul 12.00 tengahari.......lepas sembang-sembang dengan adik ipar bergerak ke Seksyen 23 pulak....
Hari ni ramai yang tak ada Ein kerja, Lan dan Nor di Bangi, Alang sekeluarga berjalan entah ke mana, anak-anak buah sibuk dengan nak exam, Chu E maybe lusa baru balik dari Dhaka tengok stok baju.
Kebetulan depa tengah lunch so bagi satu set pulut di sana...Biasa ler sembang-sembang adik beradik....biasa topik yang sembang pasal kedai baju dan stok baju...pelikat pants..stok kain..mesin jahit all about kedai jahit.....apa lagi nak citer..kelakarkan family kami...
Don't know where go next..balik rumah aja ler...hahahaha...
Semoga tahun baru ini memberikan penuh berkat, kemenangan dan kemuliaan...Amin
Insya Allah.
Dikongsikan bersama..
sumber dari Islam Itu Indah.
ALLAH SWT berfirman (maksudnya),
“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana
ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat
bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya
diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)
Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.
Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.
Dalil-dalil
ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain
itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini
menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding
bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan
ganjaran yang besar.
Hikmah bulan haram
Di antara hikmah
dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu
bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang
melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum
bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan
dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang
seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut
mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling
berjauhan secara aman.
Manakala Rejab yang
berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam
di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan
aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)
Ini adalah kerana dalam
bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya
umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih
dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat
serangan balas.
Amalan sunnah Muharam
Di antara amalan sunnah
yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.
Sebagaimana disebutkan
dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa
Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum.
Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada
hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.
‘Abdullah B ‘Abbas r.a
berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang
berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”
Orang-orang menjawab,
“Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan
bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda
syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.
” Nabi SAW pun berkata,
“Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun
berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat
al-Bukhari)
Sejarah penetapan puasa
‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa
‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di
Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat
Islam agar turut berpuasa.
Tetapi setelah perintah
kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan
tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada
hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kemudian ketika di
penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada
hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari
yang ke-9.
Ibnu ‘Abbas r.a berkata,
“Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya
untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura
adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”
Maka Rasulullah SAW
berkata, “Jika begitu, tahun depan Insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang
ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan,
beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dari hadis ini, umat
Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali
sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke
sembilan Muharam.
Rasulullah
mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun
puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa
setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment