Sunday, 18 November 2018

Masjid Lawang Kidul, Palembang


Hajat hati untuk melihat masjid yang dibina pada tahun 1890 M diteruskan dengan menahan beca motor. Pak beca seakan tidak pasti lokasinya dan sepanjang perjalanan selama 30 minit pergi kami singgah-singgah bertanya orang. .
.
Yea! like a tressure hunt kami melalui pasar,  kawasan pemunggahan barang, perkampungan dan jalan yang dalam pembinaan yang penuh debu dan batu-batu. Saya berterima kasih kepada Pak Beca Motor yang berusaha mencari apabila dia dengar saya dari Malaysia dan setelah saya terangkan kenapa mahu ke sana. Memang pelik sebab jarang orang melawat ke sana. Ya! dikira jauh juga sebab menaiki beca motor 😁 boleh gugur jantung saya. Saya berdoa awan yang cerah berterusan sebab kalau hujan habislah.
.
Finally, setelah tanya orang sana sini kami jumpa Masjid Lawang Kidul yang dibina oleh Kiai Morgan pada tahun 1890 ni. Yea! Senibinanya masih terpelihara dan dalam proses dibaikpulih lagi. Berada di dalam masjid ini terasa mengimbau pada zaman 1890 apabila melihat senibinanya yang cantik, menggunakan kayu ratusan tahun dahulu. Terima kasih kepada penjaga masjid yang mengiringi saya hingga ke bumbung atas.
.
Hari ni saya try naik beca motor pula explore Palembang mencari Masjid yang tua di Palembang terletak di tepian Sungai Musi. Ada berani tak? Yes! Saya sudah melepasi cabaran itu.  Perjalanan lebih kurang 30 minit dari Kota Palembang merentasi kampung,  kawasan perusahaan, pasar dan jalan yang sedang dalam pembinaan. Alhamdulilah cuaca terang benderang dan Ya Allah, sepanjang perjalanan  30 minit  itu, telah melihatkan pelbagai perkara what i called it "That's Life'.
.
.


Sampai dah








Tiang seri diperbuat dari kayu jati


Tabuk ni...mungkin seusia masjid ni.





Dulu bahagian hadapannya di Sngai Musi laluan kapal pedagang




Sumber : Wikipedia.
Masjid Lawang Kidul termasuk salah satu masjid tertua di Kota Palembang Sumatera Selatan. Masjid ini berdiri pada tahun 1890 dan memegang peranan penting baik sebagai pusat penyebaran Islam maupun dijadiakan markas para pejuang setempat pada masanya. Material Masjid ini terbuat dari campuran batu kapur dengan putih telur dan pasir, sehingga membuat masjid ini dapat bertahan dengan lama. Menurut informasi dari situs Antara Sumsel bangunan induk masjid ini sebahagian besar tetap terjaga keasliannya dan hampir 99 persen masih merupakan bangunan asli dan belum ada yang diganti.

Masjid Lawang Kidul sangat identik dengan Masjid Kiai Merogan karena memang sama sama dibangun oleh Kiai Merogan di era yang nyaris bersamaan. Masjid Lawang Kidul berada di tepian Sungai Musi, di kawasan Kelurahan Lawang Kidul, Kecamatan Ilir Timur II, Kota Palembang. Lokasinya persis bersebelahan dengan Kawasan Pelabuhan Boom Baru, pelabuhan tua di tepian Sungai Musi di kota Palembang yang masih berfungsi hingga kini. Dan juga tidak terlalu jauh dari Pasar Kuto.






No comments:

Post a Comment