Last day, jalan di sini sekali lagi sebab tu hari pegi malam.
Tugu ikan berlido terbaru yang ada di Palembang, Sumatera Selatan. Belido, salah satu ikan belida berjenis ikan tawar, teksturnya memiliki daging yang tebal maka dari itu, dulu ikan ini suka digunakan sebagai bahan pembuatan pempek. Lalu, seiring berkembanganya waktu, ikan belida digantikan dengan ikan tenggiri.
Benteng Kuto Besak
Benteng Kuto Besak adalah kubu lama merupakan struktur seni bina tempatan yang tertua dan terbesar, dan juga sebagai simbol kuat sejarah diraja pada masa lalu di Palembang. Berbeza dengan banyak kubu lain di Indonesia, ia tidak dibina oleh kuasa penjajah tetapi oleh sultan-sultan Palembang sendiri. Benteng Kuto Besak kini adalah salah satu daya tarikan pelancongan rasmi yang terkenal di Palembang
Kubu ini dibina di tebing Sungai Musi yang mengalir dari hulu ke arah hiliran, terbentang barat ke timur. Satu ciri yang tersendiri kubu ini terletak pada kewujudan tiga katelum (bastion). Pembinaan kubu cukup besar, iaitu berukuran panjang 289 meter panjang, lebar 184 meter, dan tinggi 10 meter. Pintu masuk utama kubu terletak di sebelah selatan, yang menghadap ke Sungai Musi.
Dahulunya di dalam kubu ini terletak istana sultan, tempat kediaman putri bangsawan, sebuah taman, dan juga sebuah kolam.Pada masa kini, terdapat satu detasmen tentera (Kodam II Sriwijaya) dan sebuah hospital tentera (Hospital Dr. A.K. Gani) yang masih berpejabat di dalam kubu.
Muzium
Museum Sultan Mahmud Badaruddin II adalah museum di kota Palembang didirikan di bekas bangunan rumah residen kolonial Sumatera Selatan abad ke-19. Bangunan ini juga menjadi gedung dinas pariwisata Palembang.
Saya naik beca hari ni jalan-jalan.
No comments:
Post a Comment