Monday 9 November 2015

Oh My Saturday and Sunday!!




Saturday oh Saturday....!! 

Awal pagi dah bangun seawal 3.30 pagi ..hahahaha... tak berapa boleh tido pulak ..agaknya banyak fikir..tapi fikir apa yea...!! entah lah!!   lepas siap-siap ..malas pikir panjang terus start keter menuju ke Jalan Bangsar....tak tahu nak breakfast apa hari sebab tak plan nak makan apa dari pagi..tengok semua kedai macam tak menarik...oleh kerana i pakai baju hijau hari ni so  breakfast kat Subway sebab warna tu sama dengan baju dan tudung yang i pakai hari ni ...hahahaha...boleh yek gitu!! whatever la kan..udah itu yang terfikir pada masa tu......


10.00 am....


Tak caya..tengok tu ...kan betui tu...sama kaler...hihihihi!!! staf Subway pun pakai kaler yang sama..sekali pandang macam i pekerja kat Subway nih....agaknya bila i masuk tadi mesti depa ingat staf baru ....


Masa masuk ni..tak ada orang....i sorang aja....best !!  ala-ala prisis  dongeng citer Melayu dulu-dulu kala...bila Cik Puteri nak bersantap...semua orang kena keluar..sapa capture my photo???...i ok aja makan sorang-sorang..dah biasa Home Alone!!



nak makan apa..last Monday baru makan Italian Bread...Today????




I pilih Honey Oat ..Tuna 



banyaknya sos nih..


ok ...ready untuk makan...


kan betui..tak ada orang pun huhuhuhu!! biasalah ari Sabtu..tak ramai orang ada...biasa tengok The Star pepagi..at least tengok gambor aja dulu..petang or malam baru baca balik...column yang paling suka kat The Star on Saturday ni travel, arts and suka baca leaderonomics.com...more kepada Leadership,,kadang kala senyum-senyum baca sebab ada yang ditulis tu  hal-hal yang berlaku seharian di pejabat.



Inilah my breakfast merangkap my lunch....dinner..hmmmmm!!!....tengok dulu.


10.12 am..check in!!  saja ambik gambar....Alone!!





so..jangan buang masa....start  on lagu dulu hahahaha.....apa lagi...!!



I tinggalkan office about 5.30 pm...macam kena datang lagi esok...oh my Sunday!! Lama dah tak ronda-ronda le Fashion Mall...so masih ada masa lagi....tempat yang melegakan otak !!


i nak pi Tingkat 7...



macam nak singgah kat Pearl Harbour...





Sampai dah Level 7...lama tak beli dari sini.....tak ada pulak  bau yang dicari..



Makan kat sini aja la....






Sunday oh Sunday....!! 

Lepas Subuh tertido balik...penat sangat dan macam tak berapa nak sedap badan...dah ada batuk-batuk kecil...but..i tak akan rosakkan plan yang dah dirancangkan pada hari ini..siap-siap terus keluar....

Apa nak breakfast hari nih....then i stop di sini...kenapa i breakfast kat sini?? sebab logonya sama dengan kaler tudung  ...sama  hihihihi....

Hari ni tak berapa orang aja ada..



nak makan apa yek!!


macam nak makan yang ada telur nih..


dan LB1


minum..WC 4


tak ada orang so memang excellent services...kena bagi 5 bintang..makan ni dulu.


Aiya!!...kenapa presentationnya  tak sama dengan gambor?...so ini lah my breakfast and my lunch...Biskut tu kalau petang karang kot ler lapar.....biasanya Biskut Oat tu i ambik kalau lapar pada tengah malam.....makan aja ler ..itu pun nak komen..


Alhamdullilah

Lepas makan terus naik ke Office...10.24 am ..check in...today tukar lagu lain....i pilih yang ini....Kenapa pilih Opick?....Opick oh Opick!!




Saja ambik gambar dulu...but sapa yang ambik gambar i yea? kata alone???


sama tak macam gambar Saturday...



in the house.........



Check Out 3.46 PM...hujan pulak,,,,terpaksa redah jugak....singgah sini jap nak beli wayar charger sahaja ....murah..as cheap as RM 3.20/no. beli tiga (3)  unit terus...



Terus balik....letih rasanya hari nih.......Alamak...!!  dah sampai rumah baru teringat tak ambil dinner .or tapau........malas nak kuar balik malam ni ada Anugerah Skrin 2015...tapi badan macam tak berapa nak enak...huhuhuhu!!  what to eat?

malam ni makan ni aja ler ..tak apa makan sikit....


Apa-apa pun..... Alhamdullilah..Thank you Allah...




Direnungkan bersama,
Dipetik dari Tulisan web Islam Itu Indah.

Nabi SAW bersabda: “Tiga macam perkara menyebabkan kekerasan hati: iaitu terlalu banyak tidur, terlalu banyak istirehat dan terlalu banyak makan.”

 Nabi SAW bersabda: "Barang siapa terlalu kenyang di dunia, ia pun lapar pada Hari Kiamat. Dan siapa yang lapar di dunia, ia pun kenyang pada Hari Kiamat.”

Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya orang-orang yang lapar di dunia adalah mereka yang kenyang di Akhirat. Dan sesungguhnya orang-orang yang paling dibenci Allah adalah orang-orang yang rakus dan terlalu kenyang. Tidaklah seorang hamba meninggalkan makanan yang disukainya, melainkan makanan itu menjadi darjat baginya di Syurga.”Demikian disebutkan dalam Al-Ihya.

Dalam hadith shahih riwayat Thabrani dari Ibnu Abbas RA:  "Sesungguhnya orang-orang yang terlalu kenyang di dunia adalah orang yang lapar besok di Akhirat.”

Berkata Ibnu Abbas: Nabi SAW bersabda:”Barang siapa kenyang dan tidur, keraslah hatinya. 

Kemudian Beliau bersabda, “Setiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat badan adalah lapar.” Hidupkanlah hatimu dengan sedikit tertawa dan sedikit kenyang dan bersihkan dia dengan lapar, nescaya ia menjadi jernih dan lembut.” (Demikian disebutkan dalam Al-Ihya)

Nabi SAW bersabda:”Yang terdekat dariku di antara kamu pada Hari Kiamat adalah yang terbanyak lapar dan bertafakur di antara kamu.”

Disebutkan dalam Al-Ihya, berkata Al-Hasan, Rasulullah SAW bersabda: "Yang paling utama kedudukannya di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling lama lapar dan bertafakur tentang kebesaran Allah SWT. Dan yang paling dibenci Allah SWT di antara kamu pada Hari Kiamat adalah setiap orang yang terlau banyak tidur, terlalu banyak makan dan minum.” 

Nabi SAW bersabda: "Barang siapa banyak makannya, iapun banyak azabnya.” Yakni dengan penahanan dan hisab serta celaan dan kecaman, kerana yang halal di dunia juga dihisab sebagaimana disebutkan dalam hadith.

Kerana Allah SWT berfirman: “Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu banggakan di dunia itu).” (At-Takaatsur:8)
Yang dimaksud bukanlah seksa Neraka, tetapi kecaman dan celaan kerana ia meninggalkan adab kepada Allah, sebab ia mengutamakan kesenangan nafsunya dan sibuk dengan itu, hingga lalai dari beribadat kepada Tuhannya, padahal ia sanggup melakukan itu. 

Negeri ini adalah tempat berkhidmat kepada Ar-Rabb dan beribadat, bukan negeri untuk bersenang-senang dan menuruti hawa nafsu. Itulah sebabnya ia dikecam dan dicela. Demikian disebutkan dalam Minhajul ‘Abidin. 

Dalam Al-Ihya disebutkan, berkata Abu Said Al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda  "Pakailah baju, makanlah dan minumlah di tengah perut, kerana ia adalah bahagian dari kenabian.”

Nabi SAW bersabda: "Tiada kesihatan apabila banyak tidur dan tiada kesihatan apabila banyak makan dan tiada kesembuhan dengan ubat yang haram.” 

Nabi SAW bersabda:”Tidur di pagi hari menghalangi rezeki.” Yakni sebagainya atau menghilangkan berkat darinya, kerana ia waktu berzikir dan berfikir serta pembagi rezeki.” (Abdullah bin Ahmad dan Ibnu Adiy serta Baihaqi meriwayatkan dari Usman, dan Baihaqi meriwayatkan dari Annas .

Wallahu’alam bi shawab.

Rujukan : Kitab Tanqihul Qaul Syarah Lubabul Hadith





Nota : Counting total  pageviews today 9,504 views, 496 views to go...tunggu edisi khas!!


No comments:

Post a Comment