Saturday, 30 July 2016

Istana Siak, Siak Sri Indrapura

Perjalanan saya kali ini berbeza dengan percutian atau pengembaraan sebelum ini yang mana saya anggap kali ini penuh bermakna kerana  menuju ke sebuah saksi sejarah yang telah lama namun masih terpelihara dengan baik dan menjadi saksi bisu...Ya Saksi bisu tetapi dalam diamnya yang akan menceritakan sebuah kerajaan besar satu ketika dulu. 

Istana yang dikenal dengan nama Istana Asserayah Hasyimiyah atau yang biasa dikenal dengan Istana Siak Sri Indrapura iaitu adalah sebuah istana, yang pada zamannya dikenal dengan sebutan Istana Matahari Timur kerana kemegahannya. 



Hari kedua, seperti yang saya plan..hari ini saya ditemani oleh Subari dan Uly akan berwasita melawat ke Istana Siak yang terletak di Jalan Sultan Syarif Kasim, Siak Sri Indrapura. Jaraknya dari Pekan Baru lebih kurang 3 jam lebih 100km .....kira jauh jugak tu...tak kira sebab hati ni teruja nak tengok apa kisahnya.







Setelah 3 jam perjalanan, maka tibalah saya di Istana Asserayah Hasyimiyah. Megah, hanya itu yang terlintas di kepala saya saat akan memasuki Istana ini, Setelah membayar  masuk istana dengan harga Rp3,000, maka dimulailah perjalanan saya mengenal lebih dekat akan peninggalan Kerajaan ini.





Saat memasuki kawasan istana, saya terkagun dengan kemegahan istana ini. entrancenya merah la pulak macam berjalan di atas red carpet aja.

Assalamualaikum..terima kasih menunggu saya..










Terlebih di bahagian dalamnya...... Barang-barang peninggalan Kerajaan Melayu di Istana Siak ini masih elok dan tersimpan rapi.

Pembuktian yang saya sudah sampai ke ini..orang pertama pagi ini yang menjejakkan kaki ke Istana ini...yea..about 10.00 pagi.







Menurut sejarahnya........Istana Siak Sri Indrapura merupakan kediaman resmi dari Sultan Siak yang mulai dibangun pada tahun 1889, pada masa pemerintahan Sultan Hasyim Abdul Djalil Syaifuddin oleh arkitek berketurunan Jerman. Seni bina bangunan ini merupakan gabungan antara senibina Eropah, Arab dan Melayu. Bangunan ini sendiri siap pada tahun 1893  dan sekarang istana ini menjadi bukti akan kebesaran Kerajaan Siak Sri Indrapura.



Bangunan ini terdiri dari 2 lantai. Pada lantai pertama dari bangunan ini berisikan koleksi-koleksi Istana. Dimulai dari gendang tua. Gendang tua ini, sudah berumur sekitar 200 tahun. Hanya dibunyikan pada saat pelantikan raja. Raja terakhir dari kerajaan ini adalah Sultan Syarif Kasim II  yang dilantik menjadi raja pada tahun 1914 saat berumur 21 tahun. Dan setelah raja Sultan Syarif Kasim II wafat pada umur 74 tahun, tidak ada lagi pengangkatan raja...Sehingga gendang ini tidak lagi di bunyikan.

Gendang Nobat sejak tahun 1723







Bahagian Bawah













Ini dikatakan Cermin Permaisuri...dikhabarkan oleh penjaga di istana ni..wanita Riau akan ke sini untuk mencari cermin ini kerana ada kisah tersendiri dan keistimewaannya..memanglah...i dah buat research dulu so i know about it....i pun bila masuk istana ni terus tanya penjaga di sini mana cermin tu...dia pandang saya kerana jarang pelancong luar yang bertanya mengenai cermin ini.

Cermin ni milik Permasiuri  Sultan Syarif Kasim II adalah Tengku Agung telah memiliki cermin ini dari tahun 1889 punyai ciri-ciri tersendiri dan diperbuat dari kristal..masih terpelihara dengan baik.

Saya ikut aja apa gaya yang penjaga istana ni suruh..dia jadi jurufoto saya sepanjang di ruangan ni.







Ini la sultannya..handsome jugak yea..


Ruang makan...cantiknya...tapi tak leh duduk..tengok aja









Lampu ni cantik...mana-mana lampu yang dah rosak atau dah terlerai dia orang masih simpan dalam almari.




Gong ni kalau ada adat istiadat aja guna.


Burung ni lambang Kerajaan Siak...ulik mayang di ulik....




Belakang ni kerusi Permaisuri..Penjaga Istani ni minta saya bergambar di sini..saya ok ajer..


Patung Perunggu dari Ratu Wilhelmina, patung ini merupakan pemberian dari Kerajaan Belanda untuk Raja, patung ini dikirim langsung ke pada raja oleh pemerintah Belanda. 




Ada cap ni di tangga.


Cantik tangga nih...masa zaman dulu tak ada lif yea so antara satu floor dengan satu floor tinggi...terfikir saya..hebatnya seni orang zaman dahulu..




Meh ikut saya ke atas...patutnya ini tangga turun hahahaha..tak perasan sign tu..oleh kerana memang tak ada orang lain dan buat macam rumah sendiri so tak ler jem kat tangga...dia ada tangga turun dan naik..2 tangga kiri dan kanan.









Setelah dari Tingkat 1 istana ini, saya bergerak menuju Tingkat 2. Di sini terdapat bilik/ kamar yang pada zamannya digunakan sebagai tempat penyambutan para tamu raja serta sebagai kamar raja. 

Bilik-bilik ini sekarang sudah berubah fungsi sebagai penyimpan koleksi-koleksi Istana ini. Koleksi-koleksi tersebut berupa senjata pusaka yang dahulunya digunakan oleh para bangsawan dan raja serta lukisan asli dari Napoleon yang di bawa dari Paris. Selain itu, terdapat juga market yang menunjukkan kegiatan ekspolarasi minyak oleh Stanvac Oil yang berlangsung dari tahun 1930 an. Kerajaan Siak  dahulunya merupakan kerajaan yang kaya.

Sekilas yang terlintas di kotak fikiran saya ...melihat kejayaan masa lalu kerajaan Siak di istana ini, membuka mata saya  betapa kaya dan jayanya Kerajaan Melayu ini. Pekara ini boleh saya buat research lebih mendalam terhadap pemerintahan kerajaan Siak  ..maybe sedikit sebanyak boleh bantu dalam my paper research in management nanti.

Saya cuba rakamkan semuanya di setiap sudut istana ini.






















Susur jalur kerajaan ini..hmmmm..dapatkah jawapan  apa yang saya cari di sini?? macam susah aja nak faham hahahaha..




























































Bahagian Bawah Kiri

Semuanya merah..hmm..macam my color today..kebetulan pulak.




Kata Penjaga ni dia dah 23 tahun berkhidmat di sini bermakna 23 tahun dia menunggu kehadiran saya ke sini...:-)...Ya Allah terlupa saya nak bertanya namanya.


Alat Muzik nih....Komet namanya..masa masuk ke sini selain Cermin Permaisuri saya juga bertanya pasal alat ni..


Fanatstik kan....khabarnya hanya ada 2 sahaja di dalam dunia. satu di Siak dan satu di Jerman..saya percaya tu sebab bila saya tengok..hmmm..menarik..penuh dengan lubang-lubang..menyebabkan antara besi akan menghasilkan bunyi yang gemersik.


Besar alat nih....kisahnya sikit..dari carian google ..konon alat muzik yang dibawa oleh Sultan Siak ke XI bernama Sultan Assyaidis Syarif Hasyim Abdul Jalil dari Jerman. 

Sumber muzik yang digunakan yakni berupa piringan yang terbuat dari besi yang berbentuk lingkaran. Tidak berbeza jauh dengan gramofon, untuk memainkan alat muzik yang dibawa ke Siak sejak 1896 ini harus diputar secara manual terlebih dahulu. 

Alunan muzik instrumen klasik dari komponis terkenal Ludwig van Beethoven, Wolfgang Amadeus Mozart  dan Richard Strauss dapat didengarkan dalam piringan dari baja tersebut. Untuk menghasilkan suara yang indah dan merdu, piringan baja ini di lubangi sedemikian rupa, sehingga saat bahagian dari komet menyentuh lubang akan keluar nada-nada. 

Di dalam alat muzik tersebut tertulis sebuah penjelasannya, iaitu "Komet, senjenis muzik gramopon piringnya terbuat dari baja yang terdiri dari muzik-muzik instrumen klasik Jerman abad VIII ciptaan komponis terkenal Beethoven, Mozart dan Strauss dibawa oleh Sultan Siak XI tahun 1896 dari lawatannya ke Eropah.




Saya minta penjaga ni buka alat ni..saya nak tengok bahagian dalamnya..dia ok aja..bersungguh dan dengan bangga  dia menceritakan kisah alat ni..bagusnya dia..macam internet..tanya aja semua ada jawapan.


Saya cakap dengan dia..bagusnya tebuk-tebuk lubang kuar bunyi..hahahaha..





Lama juga kami dalam istana ni..dari mula tak ada orang ..tengahari ada orang..so kami nak berangkat balik. saya mengajak depa ni bergambar.


Siap ajak tetamu lain.







Kami melewati kawasan perkarangan istana.















Bahagian belakang




saja aja ler photoshoot..








Tak sempat nak tanya pasal telaga ni tapi nampaknya air dari bawah tanah sebab nampak pam di dalam.





Yang ni pulak ada lagi satu telaga.







Sini ada koridor yang panjang dan bersambung.



Ada kedai cenderamata di sini di bahagian belakang dan kanan istana ini...i feel like home..balik kampung!!







Tak tahu apa nak beli..hanya beli untuk kenangan aja la..







Cukup untuk hari ini..selesai sudah semua urusan di sini....Dah tutup pintu..jom ler balik.


Lepas tengahari kami keluar dari sini  dan cadang ke Sungai Siak pulak.

Assalamualaikum..terima kasih di atas layanan yang baik...Insya Allah jika ada aturan Allah di lain Syawal ke mari lagi.







Alhamdullilah..Thank You Allah 




No comments:

Post a Comment