Sunday, 3 July 2016

Majlis Berbuka Puasa @ Sek 23- 29th Ramadhan

Malam Ramadhan ke 29, kami serta keluarga dua belah pihak berbuka bersama-sama di Kediaman Sek 23 dan tetamu jemputan Ustaz dan Ustazah. terima kasih kepada Ustaz dan Ustazah yang sudi datang berbuka puasa dengan kami dan membacakan doa tahlil dan doa selamat.

Dari pagi kami dah gotong royong mulakan masak-masak. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah datang dan menolong menjayakan majlis ini..lebih kurang 28 orang semuanya.. 

Mari ler tengok apa juadah kami hari nih..



Terima kasih Ustazah..bawak jugak dia makanan.











Ada teh tarik special dari Pak Long  dan ais blended coconut add ice cream dari Alang..terbaik!!


Menunggu ketibaan tetamu






Time untuk hidang



Antara menunya..

Jelatah Orang Perak...i request ini kena ada.


Sayur Campur


Saya cuba resepi sup yang pernah saya makan ....Sup special ala-ala Warung Pak Mat, Pantai Cahaya Bulan Kota Bahru...testing for first time..audience macam mana sedap tak???



Tak sah kalau tak ada ikan keli bakar kalau kami berkumpul..


Air Asam Cicah


Asam Pedas Ikan Pari



Kerutup Ayam...rempahnya  dari Kota Baharu..i beli masa pi sana..ok sedap.


Rendang Ayam


Nasi Arab


Pulut Kuning




Pencuci Mulut




Sampingan Buat Kuih Raya




Alhamdullilah...Thank you Allah terhadap rezekinya..

Dalam ramai-ramai..Kay E tak ada...ok ..kami pergi menjejak Kay E ..ke mana dia ..???
















Saturday, 2 July 2016

Nur Lembah Pongsun & Sungai Lui, Hulu Langat

Saya pernah ke sini dulu pada November 2013 sempena Kem Motivasi syarikat. Hari ni 27 Ramadhan..saya tak tahu kenapa saya ke mari ,,, tanpa tujuan dan alasan..Selepas  menyelesaikan solat sunat saya tefikir ke sini.  Subuh saya kejut Nana  dan ajak dia ke Semenyih nih. My sister tanya apa nak cari ke sana..jawapan saya di dalam wassap group keluarga hanya pendek aja "tah."..saya cakap lepas aja solat saya terfikir nak ke Semenyih tapi tanpa alasan.

So kami pun terus keluar  dengan niat yang kosong..pada saya hanya Allah aja yang tahu apa alasannya dan apa yang hendak ditunjukan kepada saya...kalau saya tak pegi mana saya nak tahu apa sebenarnya...finally sampai di sini. Kehadiran saya disambut dengan kicauan burung-burung yang bersiulan...Wa habluminallah wa hablum mina Alam. Suasana sangat nyaman dan sejuk...18 degree kot...kami drive tak pakai aircond..















Yea...terkenang saya dengan tempat ni..

Sebelum tu kami ronda di Sungai Lui...cantik langit matahari terbit warna kemerahan..tu belakang masih ada kabus...cantiknya...masa kami ronda di sini dalam pukul 7.30 pagi..rasanya penduduk sini masih tido..cuma ada group kayuh basikal ..



ada pulak yang masih menyala




ada ayam..


ada burung


Alhamdullah..thank you Allah


Direnungkan Bersama:

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Lailatul Qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar tidak begitu cerah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi dan Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman, lihat Jaami’ul Ahadits 18/361, shahih)

Ibnu Khuzaimah yang dishahihkan oleh Al Bani. : Di pagi hari setelah malam Lailatul Qadar, sinar matahari bersinar dengan lembut. Dan suasana hari itu pun terlihat cerah. Hal ini seperti diterangkan dalam sebuah hadits, ”Lailatul Qadar adalah malam yang cerah, tidak panas dan tidak dingin, matahari pada hari itu bersinar kemerahan lemah.”

Malam saat Lailatul Qadar langit tampak cerah. Langit tampak terang dan terlihat indah. Hal ini sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: “Malam itu adalah malam yang cerah yaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadlan). Dan tanda-tandanya ialah pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa sinar yang menyorot.” (HR. Muslim no. 762)