Rasanya satu dunia dah tau tempat ni cuma i aja yang baru nak mai sini.
Selepas dari istana Bandar kami mencari kawasan ni pulak berpandukan arah tuju oleh Guard di istana tadi. Dalam perjalanan i nampak Jalam makam tapi i tidak berhasrat untuk ke melihat makam..hehehehe...tersesat pulak masuk hutan mana...di dalam perjalanan kami terjumpa orang sedang jogging di lorong hutan tu....i tengok kakinya tak jejak tanah....errr sebab dia pakai kasut sport...jadi tak kena tanah la..hahahaha...tapi kisah peliknya...dia joging ke arh rumah lama yang dah ditinggalkan dan bila kami turun dari Bukit Jugra kami nampak dia berlai turun. ..hmmm...jeng! jeng! jeng!
Hari ni tak ada orang sangat sebab dah habis Paragliding pada 27 November 2017...Kalau tau ada awal-awal dah mai sini tengok.
Rumah Api Bukit Jugra
View dari atas...cuaca redup.
Mula ingat nak duduk bawak "G" tu ...itu memang best shoot tapi takut licin ...tergolek lak photographer...haru!!
Kebetulan pulak...warna bunga-bunga yang berkembang di pokok keliling sama dengan warna baju i ...Amin.
Kami risau hujan so kami cadang balik aja ke Shah Alam so terus menuju balik. Lepas drop by budak-budak ni i rasa nak balik ke Tasik Permaisuri...macam dah letih dah...tapi hmmm... aturan Allah tu susah kita nak jangka....i tidak menuju ke rumah.. ke mana lagi ler Cik Mai ooiii yea...cer la bawak duduk rumah...hihihi sorry dear!!
No comments:
Post a Comment