Friday, 2 December 2016

Istana Basa Pagaruyung @ Batu Sangkar


Finally,  setelah menempuh perjalanan lebih kurang 2 jam  sampai jugak ke istana ini. Ya Allah!! Alhamdullilah......pernah termimpi-mimpi sampai ke sini  hinggakan tertanya-tanya dan membawakan diri ini menjejakkan kaki ni ke sini hari ini..akan ku realisasikan setiap mimpi selagi ada izin Allah. 

Sedikit sebanyak tentang istana Basa yang dikenali dengan istana Pagaruyung, terletak di Tanjung Emas, Kota Batu Sangkar Daerah Tanah Datar, Sumatera Barat dan pusat budaya yang terkenal, Istana ini sebenarnya replika dari yang asli dan yang sebenar terletak di atas Bukit Batu Patah terbakar pada tahun 1804 dan didirikan semula. Kemudian didirikan semula pada tahun 1966 sebab terbakar.

Meh tengok keunikan dan kecantikan istana ini ...i bawakan khas dari Pagaruyung yang sempat kami rakamkan melalui lensa samsung nih.


Buah berangan di rumpun arang...limau kasturi berdaun muda...kalau datang ke tempat orang...tanda diri beradat budaya.


Tuan Puteri berehat di tepi lubuk...cantik berkebaya berselendang panjang...Adat pinang pulang ke tampuk...Adat sirih pulang ke gaggang.



Dari Lubuk singgah di Lembah...Lembah berair penuh keli...Tunduk kepala tanda sembah...Jari sepuluh menjunjung duli.




Masuk sini kena tulis nama...so telah tercatit di sini Mai Meor Hasan datang mengadap.


Ok ..start posing hihihi. i datang dengan jurukamera hihihi.


Masya Allah cantik sungguh hiasan tekad nih dengan benang emas...rasanya amat berbaloi i ke mari...penuh budaya melayu lama.



I ikut aja arahan jurufoto tentang gaya hahaha.


Terdapat banyak kamar tidur...semua dipenuhi dengan tekad benang emas.





Terasa berada di rumah sendiri.













Ruang ni menuju ke bahagian tingkat atas.


Jenuh pusing sebab tinggi.




Tingkat atas..tengok silingnya....cantik dengan ukiran...senibina agung yang cantik oleh pemahat masa dahulu.




Ini dindingnya.




Laluan ke Bahagian Dapur Istana




Bahagian Dapur istana






Dari atas boleh tengok keluar ...di bahagian belakang. Itu jugak kawasan taman istana.




Yang ni mengadap ke bahagian depan pulak...ke halaman.










Alhamdulilah...Thank You Allah kerana membawakan aku melihat keindahan ciptaanNya. Amin.

No comments:

Post a Comment