Saturday 27 June 2015

Ramadhan - Selamat Hari Jadi Alang

Selamat Berpuasa dan menjalankan ibadah berpuasa. Kali ini hari jadi Alang disambut sederhana di Jalan Kebun kerana bulan puasa. Majlis Berbuka Puasa dan ulangtahun akan dibuat pada minggu hadapan....
apa-apa pun...


Selamat Hari Ulang Tahun Alang.





Alhamdullilah


Direnungi bersama............

Rasulullah  SAW bersabda: “Puasa itu merupakan perisai yang dapat menghalangi seorang hamba dari panasnya siksa api neraka” (HR. Ahmad).

” Syurga memiliki 8 pintu, salah satu daripada pintu syurga adalah bernama pintu Raiyan yang dikhususkan untuk mereka yang berpuasa, tidak dibenarkan masuk melalui pintu tersebut kecuali mereka yang berpuasa sahaja ”
Orang yang berpuasa akan masuk surga melalui pintu khusus yang disebut dengan pintu Rayyan
Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Di syurga itu terdapat sebuah pintu yang disebut dengan pintu Rayyan. Pintu itu hanya akan dilalui kelak di hari Kiamat oleh mereka yang berpuasa dan tidak akan pernah dimasuki oleh orang selain mereka yang berpuasa. Apabila orang-orang yang berpuasa telah masuk, maka pintu itu dengan sendirinya akan terkunci, dan tidak dapat masuk melaluinya seorang pun.

Demikian juga apabila orang yang paling akhir memasuki pintu tersebut, maka ia akan terkunci dengan sendirinya. Barangsiapa yang masuk ke dalam surga melalui pintu tersebut, ia akan minum, dan siapa yang minum, maka ia tidak akan pernah merasa kehausan selamanya” (HR. Bukhari Muslim). Dalam hadits lain sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari disebutkan bahwa di syurga itu terdapat delapan buah pintu, salah satunya bernama pintu Rayyan.
Pintu ini hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa saja. Kata Rayyan berasal dari kata ar-riyy yang berarti banyak air, tidak dahaga. Jadi pintu Rayyan maksudnya, pintu syurga yang apabila dimasuki, penghuninya tidak akan merasakan haus dan dahaga selamanya sebagaimana disebutkan dalam hadits di atas. Ini tentu sesuai dengan erti dari ar-Rayyan sendiri yang berarti tidak dahaga, banyak air.