Wednesday 29 June 2016

Sumpahan Pak Kaduk & Ikan Tapah - Kami Dilarang Menyentuhnya.

"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya." Lafaz Sumpahan Pak Kaduk.

Pak Kaduk oh Pak Kaduk.....pastinya rata-rata belah kawasan Lambor ke Bota Kanan tahu kisah lagenda ni. Kisah ni telah diceritakan pada saya masa saya kecik-kecik lagi..dan satu pesanan dari orang-orang terdahulu..ingat! jangan sesekali makan ikan Tapah dan jangan jamah atau mendekatinya. Keturunan kita tak boleh makan ikan nih...jadi tanpa saya menyelidiki kebenarannya salah atau betul..tanpa banyak soalan ..pekara itu telah sinonin sebagai satu kepercayaan sejak saya berumur 7 tahun lagi.

Travel saya kali ini  mengimbau ke dunia yang jauh telah ditinggalkan beribu tahun yang lalu tentang lagenda di tempat sendiri serta kepercayaan orang-orang terdahulu. Ada yang mengatakan hal tersebut hanya mitos tetapi terdapat pulak tinggalan sejarah.

Bagi orang yang dari luar menganggap kisah ini sebagai satu cerita sahaja tetapi tidak kepada kampung yang terlibat...kisah yang sungguh pelik dan punya unsur seninya tersendiri  untuk dijadikan pengajaran di dalam kehidupan.

Mulanya saya tidak kisah sangat tentang cerita Pak Kaduk ni..kalau di google memang banyak kisah ini diceritakan termasuk ada salasilah keluarga dan keturunan Pak Kaduk ni...saya terdetik untuk membuat research tentang ni apabila pengembaraan saya yang akan datang ke Siak Indrapura ini ada bersangkutan dengan insan yang dikatakan Pak Kaduk ini yang berketurunan Siak Indrapura.....mungkin saya boleh melihat sendiri kisah anak raja ini yang menjadi raja biasa meninggalkan istana memulakan hidup baru di Tanah Melayu yang mana telah mempunyai keturunan yang turun temurun dari mulut ke mulut orang-orang terdahulu. Khabar yang diceritakan makam beliau terletak di sebelah Istana Siak. Insya Allah pada bulan hadapan ..jika berkesempatan boleh saya melihat sendiri pekara ini.

Melalui research yang saya telah find out.. sekilas yang terlintas di kotak fikiran saya ...melihat kejayaan masa lalu kerajaan Siak  membuka mata saya  betapa kaya dan jayanya Kerajaan Melayu ini.

Kisah ini dipetik dari blog keturunan Pak Kaduk di sebelah kawasan Lambor..rasanya rata-rata orang belah sini sama jugak dengan saya tidak boleh menyentuh ikan tersebut. Sekiranya terkena kena la mencari emas yang disimpan oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang masih tinggal mengubati penyakit.


Ikutilah kisahnya.....
  
Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam

Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata . Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya

Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.

Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.

Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.

Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit dicelah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan

Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan tali dari batang bemban lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:

"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya."

Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.

Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.

Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah. Setelah segalanya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa

Di antaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis.


Pemegang Amanah Emas Kancing Ikan Tapah



Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut.

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan inilah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.

Sekarang Emas Kerongsang (emas kancing) Ikan Tapah dijaga oleh salah seorang keturunan Tok Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam atau waris-waris terdekat.

Mengikut salah seorang keturunan Tok Kaduk ini terdapat salasilah keturunannya yang masih disimpan oleh para waris tersebut iaitu salasilah yang dipanggil Moyang Empat Datuk Lapan.


Wallahualam


Sunday 26 June 2016

Lailatul Qadar 1437H - Amalan


Keberkahan Lailatul Qadar adalah merupakan bahagian dari hikmah keutamaan bulan Ramadhan itu sendiri. Di mana salah satu malam yang diselimuti keberkahan hanya terdapat pada salah satu malam di bulan Ramadhan. Betapa agungnya Ramadhan sehingga tak ada selainnya yang mendapatkan malam mulia yang lebih baik dari seribu bulan.


Rasulullah SAW bersabda yang ertinya : 
"Barang siapa yang beribadah pada malam Lailatul Qadar, nescaya diampuni dosa-dosanya yang sudah lewat". (HR Bukhari dan Muslim).

Di dalam Al-Qur'an surat Al-Qadar yang ertinya: 
"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan (QS Al Qadar:3)". Malam Lailatul Qadar adalah malam yang dimuliakan Alloh SWT, yang nilainya lebih baik daripada 1.000 bulan atau 30.000 kali malam biasa.

Keistimewaan malam Lailatul Qadar jika dibandingkan dengan malam lainnya tentunya tidaklah sama. Di samping hadir di saat malam bulan Ramadhan yang tentunya bulan penuh
berakah dan ampunan, malam Lailatul Qadar juga memiliki keistimewaan sebagaimana sudah tertulis dalam Al Qur’an ataupun dalam hadis Nabi Muhammad SAW.

Salah satu keistimewaan malam Lailatul Qadar adalah pengampunan dosa bagi orang yang menghidupkan malam Lailatul Qadar.

Sebuah hadis dari Abu Hurairah RA yang ertinya: 
“Barang siapa yang melaksanakan sholat pada malam Lailatul Qadar kerana iman dan mengharapkan pahala dari Allah SWT, maka Allah akan mengampuni dosa-dosa yang telah lalu”.






Amalan Di Malam Lailatul Qadar
(dipetik dari web blog lain)

Berikut ini ada beberapa amalan-amalan sepuluh malam terakhir Ramadhan antara lain adalah sebagai berikut :

1. Biasanya Rasulullah S.A.W bersungguh-sungguh dalam ibadah seperti solat, membaca Al-Quran dan berdoa dalam sepuluh malam akhir di bulan Ramadhan melebihi ibadahnya di malam selain Ramadhan.


Diriwayatkan pula oleh Ahmad dan Muslim, 
“Beliau bersungguh-sungguh (ibadah) pada sepuluh malam akhir melebihi kesungguhannya pada selain Ramadhan.”

2. Nabi S.A.W menganjurkan untuk menunaikan qiyam pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan.

Dari Abu Hurairah R.A dari Nabi S.A.W sesungguhnya beliau bersabda, 
“Barang siapa yang berdiri (menunaikan solat) pada malam Lailatul Qadar dengan iman dan harap (pahala), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni,” (Muttafaq ‘alaihi).

3. Mengkhususkan suatu malam di bulan Ramadhan sebagai Lailatul Qadar, hal ini memerlukan dalil yang mengkhususkan malam tersebut, bukan malam lain. 

Akan tetapi pada malam ganjil di sepuluh (10) malam terakhir lebih besar kemungkinan dibandingkan malam lainnya, dan malam dua puluh tujuh (27) lebih besar kemungkinannya sebagai malam Lailatul Qadar.


Cara Solat Sunat Lailatul Qadar

Cara Mengerjakan Solat Lailatul Qadar dan Tatacara Solat Lailatul Qadar ini dilakukan dengan jumlah 4 Raka’at seperti jumlah Raka’at pada Solat Wajib Dzuhur dan Isyak serta dilakukan seperti mengerjakan Sollat Wajib pada umumnya yang diawali dengan Niat Solat Lailatul Qadar dan diakhiri dengan Salam. 

Namun untuk Bacaan Suratnya dilakukan dengan  membaca:
Surat Al Takatsur sebanyak 1 kali dan
Surat Al Ikhlas sebanyak 3 kali setelah membaca Bacaan Surat Al – Fatihah.






Untuk Doa Setelah Solat Malam Lailatul Qadar boleh dilakukan setelah anda selesai mengerjakan Solat Malam Lailatul Qadar dan untuk Bacaan Doa Malam Lailatul Qadar biasa digunakan dengan Wirid dan Dzikir terlebih dahulu seperti membaca Surat Al Fatihah, Istighfar, Takbir dan Selawat Nabi Muhammad SAW sebanyak kemampuan  serta dilanjutkan dengan Doa Lailatul Qadar memohon ampunan kepada Allah SWT seperti yang tertera di bawah ini.



dan 



Insya Allah...

Langit Ramadhan 1437H - View dari The Lumayan




Kelebihan Bulan Ramadhan

Hadith Riwayat Bukhari & Muslim
Rasulullah S.A.W  Bersabda  yang maksudnya : 
Apabila datangnya Ramadhan pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan dirantai.


Sebahagian dari langit petang Ramadhan yang sempat saya saksi dan rakamkan dari jendela rumah saya. Subhanallah..


Malam Nuzul Al Quran

Dan lain-lain malam...









Hari 25 Ramadhan









Langit

Dari Abi Sa’id Al Khudry –Radhiyallahu ‘anhu– Rasulullah S.A.W bersabda maksdnya:
Tidakkah kalian percaya padaku sedangkan aku adalah kepercayaan Yang berada di langit. Datang kepadaku wahyu dari langit di waktu pagi dan petang.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr –Radhiyallahu’anhuma-  Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:
 “Orang-orang yang penyayang akan disayangi oleh Yang Maha Rahman, sayangilah siapa saja yang ada di bumi nescaya kalian akan disayangi oleh Yang berada di atas langit.” (HR. Abu Dawud dan At Tirmidzi, dishahihkan oleh Al Albany dalam As Shahihah no 922)


Dari Jabir bin ‘Abdillah –Radhiyallahu’anhuma,
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda pada khutbah ‘Arafah ‘Apakah aku sudah menyampaikan (risalah)?’ Para sahabat menjawab ‘Ya’ Kemudian Rasulullah mengangkat telunjuknya ke langit kemudian beliau menunjuk ke arah para sahabat sambil bersabda ‘Ya Allah saksikanlah!’.” (HR. Muslim)

Isyarat Rasulullah S.A.W dengan telunjuk beliau ke langit dan meminta persaksian Rabbnya atas ummatnya adalah isyarat yang pasti atas ketinggian Allah S.W.T kerana Nabi S.A.W mengetahui di mana Rabbnya dengan wahyu dari Allah –Jalla fi ‘Ulahu-.

Dari Anas bin Malik –Radhiyallahu ‘anhu– Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya seorang laki-laki masuk ke masjid pada hari Jumaat, sedangkan Nabi –S.A.W sedang berdiri berkhutbah, kemudian laki-laki tersebut berkata ‘Wahai Rasulullah, telah hancur harta benda, telah putus jalan-jalan, maka berdoalah kepada Allah agar menurunkan hujan kepada kami.’ Kemudian beliau mengangkat kedua tangannya dan berdoa ‘Ya Allah, hujanilah kami, hujanilah kami’.” (HR. Al Bukhary dan Muslim)

Nabi S.A.W mengangkat kedua tangannya adalah isyarat bahwa Allah Azzat ‘Azhamatuhu berada di langit.

Alhamdullilah...Thank You Allah




Ramadhan Ke 7 (1437H) : Berbuka di Jalan Kebun


Selamat berbuka puasa. Hari ni ke Jalan Kebun berbuka puasa. meh tengok apa menu hari nih. 




Wow...ikan bakar....menariknya.



ooo ini tukang masaknya..depa ni baru mari..



Ok...dah masuk waktu berbuka


Alhamdullilah..kenyang. Thank You Ayah Ein.

Ok next destination....
Bazar Ole Ole Seksyen 18 Shah Alam...
Jom ronda.

Flora Kafe, The AmpWalk @ Marhaban Ya Ramadhan 1437H




Alhamdullilah....... Syukur ....Kita masih bernafas dan dalam keadaan sihat dan berpeluang untuk menunaikan tanggungjawab ini lagi.  MTWM dengan seikhlas hati mengambil kesempatan untuk mengucapkan :


Selamat menyambut Ramadhan 1437H/2016M dan mengerjakan ibadah puasa kepada seluruh pembaca yang perihatin kepada MTWM dan seluruh umat muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu keberkatan kepada kita. Insya Allah.


Marhaban Ya Ramadhan

Perkataan yang indah itu adalah "ALLAH"
Lagu yang merdu itu "Azan"
Media yang terbaik itu "Al-Quran"
Senaman yang sihat itu "Solat"
Diet yang sempurna itu " Puasa"
Kebersihan yang menyegarkan itu " Wuduk"
Perjalanan yang indah itu "Haji"
Khayalan yang baik itu ingatan kepada "Dosa dan taubat"




Marhaban Ya Ramadhan

Jika semua harta adalah racun...... maka zakatlah penawarnya
Jilka seluruh umur adalah dosa maka ....takwa dan taubatlah ubatnya..
jika semua bulan tercela ....maka Ramadhanlah pembersihnya..




Marhaban Ya Ramadhan

Jika hati sejernih Air ....maka jangan kotorkan
Jika hati seputih Awan... maka jangan mendungkan
Jika hati seindah Bulan.... isikanlah dengan cahaya keimanan

Dan juga mengambil kesempatan meminta maaf kiranya terdapat salah dan silap di dalam MTWM ini.



FLORA KAFE

Segmen ucapan dan photoshoot  Marhaban Ya Ramadhan ini telah memilih Flora Kafe, The Ampwalk Jalan Ampang. Ok ...mari tengok apa yang istimewanya di sini. Untuk makluman kalau nak buat majlis, boleh call untuk reservation. Semalam bila i call untuk reservation, Flora Kafe kata kalau tak ada function boleh aja walk in. I tahu tempat ni dari Elynn..if not i memang tak tau.Yang i tau ada kat Flora Terrace, Hempshire aja.


Pintu masuk hadapan..


Boleh aja masuk ikut tepi 



Jom masuk dalam..tengok apa ada...eye views yang menarik


Kalau nak cantik rasanya malam lagi ok kot sebab ada elemen lighting




Meh tengok menu pulak...



Antara menu yang ada...



I order yang complete set..yang ni sirap selasih...orang kata air minum orang kawin.


Ikan Bawal Hitam masak Asam Pedas Johor...First time try. Ada banyak makanan termasuk western..cuba cita rasa lain pulak la..


Ok sebab first time try..i rasa ok la makannanya..sebab i boleh makan habis.


Time for Photoshoot ....





Makanannya tak la mahal sangat..harga standard macam kita makan KFC or Mc Donald atau seumpamannya..cuba hiasan tu memang cantik, menarik dan menawan hati...



Dalam pada itu, ada pakej Buffet Ramadhan dan sedang membuat persiapan.


Meh tengok apa yang sedang buat..








Amin Ya Rabil Alamin.



Thank You Allah