Sunday 19 July 2020

HSM Kangar Julai 2020


Lama dah tak ke mari. Last datang pada 2016 rasanya. Salah satu HSM di bahagian utara. Meh tengok apa yang ada kat sini.





Taman di dalam HSM Kangar




















Dinner Cik Mai..simple aja






last day..try this



Alhamdullilah






Farewell Asnor di Pulau Santap Janda Baik 18.07.2020



Well, today..seperti yang telah kami rancangkan akhirnya tiba hari ini. Pada asalnya di Port Dickson tetapi last minit tukar ke Pulau Santap Janda Baik, Pahang Darul Makmur. Tak kisah la kat mana janji event berjalan dengan lancar. 

Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. So meh tengok apa cerita kami. Kami ada lebih kurang 60 orang ke semuanya. Kehadiran sahabat-sahabat bersama ahli keluarga sungguh meriah.

Pagi-pagi lagi kami semua bertolak ke Janda Baik sebab program di sana. Dari KL susur ke Genting sempah menghala ke kiri menuju ke jalan Bentong.


Tak jauh dari Kuala Lumpur lebih kurang 45 minit drive sampai la ke Genting Sempah dan terus aja belok menghala ke Jalan Bentong




Kalau belok ke kanan tu ke Genting Highlands



Tak sesat punya sebab kawasan tourism ada signboard di setiap simpang jalan.



Cuaca sejuk dan nyaman. alhamdulilah tak hujan pagi tu. Tak susah cari, ikut aja jalan ni terus jumpa pintu gerbang ke Janda Baik. Jalan pun tak sesak tapi agak sunyi.


Tu dia..jalan simpang siur...kalau tak pernah sampai rasanya tak sesat pun sebab jalan dia one way aja. Pulau Santap tu kat atas sekali belah kiri.




Farewell party Untuk Asnor yang akan meninggalkan kami end of July nanti. Bukan kami gembira beliau pergi tetapi meninggalkan kenangan untuk dikenangkannya suatu hari nanti.


Tema hari ini adalah..........Ukhwah itu indah...


Macam biasa, Cik Mai dah booking siap-siap tempat ni termasuk 2 gazebo , 2 meja dan 4 unit chalet. Kalau tak book sini selalu penuh sebab ada yang walk in aja.


Kami sampai dulu sebab nak uruskan dengan pejabat pengurusan dan hias-hias sikit la baru menarik. Team Shah Alam tukang hias nih...


Hasilnya.....tapi belum siap sepenuhnya masa ni sebab foil balloon pada Yan dan meja pun belum ambik dari dewan.


Ini kira dah siap la...oklah simple aja.


Persiapan lain oleh team bahagian makan-makan


Tikar bawak sendiri dari rumah.Kalau tak ada sini pun boleh sewa. Kawasan ni dah book so boleh bentang aja hak mana suka.




Bukan dia ni yea yang nak berenti...kasi la dia chance posing hahahaha



Semua dah sampai so start pukul 9.30 pagi dengan kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis a.k.a Cik Mai


Ucapan kata aluan terima kasih kepada semua.


Bacaan doa dari Imam Muda RHSM - Rohaizad 



Teruskan dengan ucapan dari Asnor





Mintak orang yang nak berenti bercakap...Asnor..ala pendek aja cakap..patut cakap banyak sebab 11 tahun nih...




lepas tu mintak Kak Lyn lak bercakap tapi tak ada pulak gambar Kak Lyn, boleh tengok dalam video ig @maimeorhasan

Kejutan...sambutan birthday untuk July 2020 , happy Birthday u alls




Group photo - Super Ring !! Kami memang super..awesome!!





So breakfast pulak lepas tu ..banyak makanan . Ada nasi lemak, bihun goreng, kuih lopes, kuih kauci, brownies, lemang dan bagai-bagai lagi.
















Jamuan makan non stop bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 4.30 petang




















BBQ untuk lunch dan Team masak-masak..
















Mana yang tak makan tu mandi manda main ayor. Alhamdulilah cuaca sungguh cantik . Amin. Memang cari tempat yang boleh mandi manda.






ada makan lain lak petang





lepas mandi dema lapor balik 
















Lega...majlis berjalan dengan lancar







main ayor..sungai ni tak dalam mana pun








makan durian pulak...








Kalah makan kat hotel..semua ada











sebelum balik...simpan kenangan baik-baik ...Team Operasi dan Team Account Department



Team Operasi



Team HR


Group photo sebelum balik...





Terima kasih kepada semua yang hadir sama-sama menjayakan majlis ini, Semoga silaturahim ini akan berterusan dan kekalkan persaudaraan tak kira di mana kita berada. 

Kepada Asnor, kami semua mengucapkan alls the best and good luck di tempat baru menghadapi dugaan baru dengan tabah dan sabar dalam mengalas tugas baru nanti. Khidmat jasa dan bakti selama 11 tahun  di RHSM tidak akan kami lupakan. Inilah hadiah dari kami sebuah persahabatan Insha Allah. 

Cik Mai tetap doakan sesiapa sahaja Team Operasi yang dah keluar dari RHSM ni sentiasa akan suksess tak kira di mana mereka berkhidmat dan menabur bakti.Bila u all dah berjaya Cik Mai pun happy jugak sebab kita pernah dalam 1 team. Maafkan kami terlanjur kata dan menguris hati.

Terima kasih Allah memberikan suasana dan cuaca yang indah bagi kami merakamkan serta mencipta kenangan untuk kami jadikan satu nostalgia di masa kami tua nanti. Insha Allah pastinya akan dikenang kelak.

Terima kasih pengurusan Kobaik yang sungguh memberikan perkhidmatan yang terbaik dan sangat bertolak ansur dengan kami.Semoga perniagaan bertambah maju..

Terima kasih kepada penaja baju #ukhwahituindah




Untuk lihat video, sila click ig maimeorhasan yea.....banyak video dah diuploadkan.

Simpan untuk next visit lain kali





Menu 👇


 *Sarapan* 
Nasi lemak
Bihun goreng
Popia
Kauci

 *Lunch* 
Nasi putih 
Ayam sambal
Sayur Campur 

 *BBQ* (lunch) 
Siakap
Kembung
Cencaru 
Air asam
BBQ sos
Sosej
Chicken Wing
Chicken boxing
Nuggets 
Fries 
Burger daging
Burgers ayam

 *Minuman* 
Ayor kordial
Teh
Nescafe
Mineral

 *Pencuci mulut* 
Sunkist
Tembikai
Kek brownies

Tambahan
Kerepek salted egg
Lemang
Pau
Kerepek bawang
Durian


Syukur, Alhamdullilah....



Ukhwah itu indah