Saturday 26 September 2015

Saturday @ Teh Tarik Place, Menara UOA Bangsar

Biasanya i hanya kerja for my own business aja pada hari Sabtu dan Ahad..rasanya juga dekat tiga (3) tahun dah tak pernah pi pejabat..kalau ada buat kerja pejabat pun akan buat kat rumah....hari raya korban so pengorbanan masa...
                
Today, telah memecah dominasi itu selepas tiga (3) tahun....nak buat macam mana kena ler datang ....nak kejar deadline...huhuhuhu!! ok jer..memang boleh tumpu ler sebab senyap aja..then no phone calls..




Apa nak makan hari ni...memang sunyi sikit ...jerebu pulak..ingat nak pi San Fransisco Coffee....tapi macam so western la pulak...hmmmm!! alone today ..so tempat yang paling disukai ..mana lagi Teh Tarik Place kat Level 1....tu hari pun jumpa Chu E dan Shah Iskandar pun kat sini...mana kawan-kawan yang datang..sini ler tempat sembangnya...

Lengangnya.....



Biasa kalau datang sini lunch hour sure tempat duduk kena q!! hari ni boleh seat anywhere...pilih aja....macam sewa tempat ni pulak....at 1.00 pm tak ada orang ...lengang sungguh...ala-ala Tuan Puteri nak bersantap pulak...Aminnn!!





Nak makan apa yea hari ni...konsepnya pilih, bayar, ambik nombor..then waiters akan hantar...kalau ramai orang memang nasib ler...hahahahaha...


 Pilih punya pilih...makan ini aja ler senang...baru duduk terus dapat teh o..lepas tu dapat mee goreng... hebat sungguh!! excellent tul hari ni depa nih....waiters bersepah duk berdiri dan mengadap..hahahaha...dah tak ada orang lain nak ditengok...


i memang vote mee dan bihun goreng kat sini....RM 11.25 yea...Hari ni lunch alone...my two dear good friends tak ada ari nih....tak pa...see....today tak ada orang ..i siap boleh selfie....biasa mana boleh ..so sosak...


Alhamdullilah kenyang....
Apa lagi..naik office balik sambung kerja....





Dikongsikan bersama...
(Dipetik dari sumber web lain)

          


Keutamaan  Ikhlas Dalam Bekerja Orang yang ikhlas bekerja akan mendapatkan ampunan dosa dari Allah SWT. 

Dalam sebuah hadits diriwayatkan : Barang siapa yang sore hari duduk kelelahan lantaran pekerjaan yang telah dilakukannya, maka ia dapatkan sore hari tersebut dosa-dosanya diampuni oleh Allah SWT. (HR. Thabrani) Akan diampuninya suatu dosa yang tidak dapat diampuni dengan shalat, puasa, zakat, haji dan umrah. 


Dalam sebuah riwayat dikatakan: ‘Sesungguhnya di antara dosa-dosa itu, terdapat satu dosa yang tidak dapat dihapuskan dengan shalat, puasa, haji dan umrah.’ Sahabat bertanya, ‘Apa yang dapat menghapuskannya wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Semangat dalam mencari rizki.’ (HR. Thabrani) Mendapatkan ‘Cinta Allah SWT’. 

Dalam sebuah riwayat digambarkan: Sesungguhnya Allah SWT mencintai seorang mu’min yang giat bekerja. (HR. Thabrani) Terhindar dari azab neraka 

Dalam sebuah riwayat dikemukakan, 
“Pada suatu saat, Saad bin Muadz Al-Anshari berkisah bahwa ketika Nabi Muhammad SAW baru kembali dari Perang Tabuk, beliau melihat tangan Sa’ad yang melepuh, kulitnya gosong kehitam-hitaman karana diterpa sengatan matahari. 
Rasulullah bertanya, ‘Kenapa tanganmu?’ Saad menjawab, ‘Karana aku mengolah tanah dengan cangkul ini untuk mencari nafkah keluarga yang menjadi tanggunganku.” Kemudian Rasulullah SAW mengambil tangan Saad dan menciumnya seraya berkata, ‘Inilah tangan yang tidak akan pernah disentuh oleh api neraka’” (HR. Tabrani)

Dalam sebuah hadits Rasulullah bersabda 
إِنَّ اللهَ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلاً أَنْ يُتْقِنَهُ (رواه الطبراني) 
Sesungguhnya Allah mencintai seorang hamba yang apabila ia bekerja, ia menyempurnakan pekerjaannya. (HR. Tabrani)










Monday 21 September 2015

Dinner @ Food Tree Factory, Bandar Kinrara

Hari ni kami dinner di Food Tree... khabarnya kedai ni baru dibuka dekat dua (2) bulan.... tak salah mencubakan.....so today.....jalan-jalan cari makan... we stop here ...meh tengok apa yang ada di sini...

Buat first time di sini.. dan first time pulak saya tidak sengaja telah memecah gelas kedai ni....hahahaha.....memang tak dapat menyelamatkan gelas tu...dan kami cakap pada Brader ni ..we pay for it tapi they so kind...katanya "tak apa..hal kecik aja...tak payah bayar"...masa tu dia baru tanya kami dengan berhemah....macam mana makanan yang dihidangkan? komen saya...sedap coz kena dengan tekak saya..saya datang dari KL ni  nak taste Food Tree.

To Brader-brader Food Tree yang baik budi tu....syukur Alhamdullilah and thank you very much....dah la pecahkan gelas kaca tu........ lepas tu dapat compliment cheese cake yang sedap.....semoga perniagaan ini diberkati Allah..

Insya Allah akan datang lagi dengan group lain pula yea...kan dah dapat pantun pecah gelas tadi.....lagi pun western food tu memang kena dengan my taste.. nice interior decor..memang menarik....

"Comfort Food, Coffee & Chill ......
thumb up!! 
























Alhamdullilah ...Thank You Allah.

Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. (QS. 2:172)


Sumber :Diambil dari web lain

so where we go next?






Saturday 19 September 2015

Breakfast @ Restoran Seri Soga, Sekyen 16, Shah Alam & Nasi Lemak Tawaf, Seri Petaling

 Restoran Seri Soga, Sekyen 16, Shah Alam

Breakfast Semalam 

Awal pagi dari KL terus drive ke Shah Alam dan pergi breakfast kat restoran ni dengan my sis. Katanya sedap Roti Sarang Burung... tak pernah cuba...macam jakun-jakun ler pulak mulanya ....first time ..so cuba aja ler..Roti Sarang Burung dan Black Coffee...masa kami datang ramainya orang...so kesabaran diperlukan di sini.



Lepas try..hmmmm.....memang sedap!! thumb up!!...rotinya sedap...Saya bukan pengemar roti canai..boleh dikira berapa keping roti canai yang dimakan dalam setahun...hihihi...so boleh datang lagi. Harga pun berpatutan....selain dari itu banyak lagi makanan kat sini...boleh google ler...ini tolong promo...hihihi.

http://vitdaily.com/makan-makan-restoran-seri-soga-shah-alam/



Breakfast Hari ini...

Kalau di KL ni..rasanya Nasi Lemak Tawaf Seri Petaling ni tak perlu diperkenalkan yang terletak di depan Hotel Petaling..ramai yang tahu tolak yang tak tahu ler.... selain dari nasi lemak sini...ada nasi lemak Tang Ling di Taman Tasik Perdana.Lama juga tak ke sana.

Seawal pagi Kami dah duduk kat kedai ni. Saja ajak kawan-kawan dari Bandar Kinrara dan Kelana Jaya makan di sini pagi ni. First time datang. Saya kenal tempat ni semasa awal kedatangan Saya di KL pada tahun 1992 dan pada masa itu sepengetahuan kedai ini memang telah lama beroperasi hanya dengan khemah yang berkeluasan 20 kaki x 20 kaki. Dah bertahun  lama tidak ke mari .... Last week makan dengan kawan di sini tapi Nasi Lemak tak sampai lagi. Kedai open dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi rasanya ........so we plan datang lagi minggu ini. Kalau sapa yang tahu....Kedai ni sama macam Kedai Satay Melayu di Jalan Cochrane KL dan Nasi Lemak Jalan Pudu.

Ada dua belas (12) jenis hidangan pelbagai jenis.... Sepanjang Saya di KL ni..sesekala memang minum  dan makan di sini tetapi percaya atau tidak terpulang....Saya tak pernah makan nasi lemak ni bukan sebab tak sedap tetapi sebab saya bukan 'fan' nasi lemak ...hahahha...rata-rata kata sedap... tetapi Saya suka tengok perniagaan kedai ini......tidak lengang dengan pelanggan...Memang menarik dan lagi menarik seawal pagi orang dah menunggu kedatangan nasi lemak ni dengan sabar..sanggup menunggu lama.... Bukan sahaja Orang Melayu tetapi pelbagai bangsa...bukan aja orang biasa tetapi yang berkereta besar.. Adakalanya Saya menjadi pemerhati dan penganalisa tidak bergaji .... mengira sendiri berapa orang yang datang  ke kedai ini dalam tempoh satu (1) jam......sungguh mengkagumkan dan dalam detik hati Saya selalu berfikir...apabila melihat perkembangan bisnes makcik kedai ni....work from home with simple business plan but earn big money...senyap-senyap jadi jutawan...thumb up!!

Ada juga makanan lain di gerai berbumbung ni...ada nasi goreng, lontong, roti canai..nasi impit, nasi dagang dan lain-lain.









Gerai Nasi Lemak yang warna merah tu..




Sumber dari web lain, tak sempat nak snap sebab ramai orang

Alhamdullilah ..kenyang

Dipetik dari website lain:

Hadis ini diriwayatkan juga dari Ibn Mas'ud:
Rezeki itu ada 20 pintu, 19 daripadanya untuk peniaga, dan satu untuk pembuat dengan tangannya.

Dari Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya sebaik-baik penghasilan ialah penghasilan para pedagang yang mana apabila berbicara tidak bohong, apabila diberi amanah tidak khianat, apabila berjanji tidak mengingkarinya, apabila membeli tidak mencela, apabila menjual tidak berlebihan (dalam menaikkan harga), apabila berhutang tidak menunda-nunda pelunasan dan apabila menagih hutang tidak memperberat orang yang sedang kesulitan.” (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam Syu’abul Iman, Bab Hifzhu Al-Lisan IV/221).

 Dari Rafi’ bin Khadij radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Ada seseorang bertanya, “Penghasilan apakah yang paling baik, Wahai Rasulullah?” Beliau jawab:
“Penghasilan seseorang dari jerih payah tangannya sendiri dan setiap jual beli yang mabrur.” (HR. Ahmad di dalam Al-Musnad no.16628)




Monday 7 September 2015

Matta Fair 2015 @ PWTC,KL

Saja jalan-jalan tengok suasana kemeriahan di sini..kot-kot berkenan boleh ler travel..and my terapi minda...hihihihi






































































































Booth RHSM






















Next year datang lagi.... Insya Allah