Restoran Seri Soga, Sekyen 16, Shah Alam
Breakfast Semalam
Awal pagi dari KL terus drive ke Shah Alam dan pergi breakfast kat restoran ni dengan my sis. Katanya sedap Roti Sarang Burung... tak pernah cuba...macam jakun-jakun ler pulak mulanya ....first time ..so cuba aja ler..Roti Sarang Burung dan Black Coffee...masa kami datang ramainya orang...so kesabaran diperlukan di sini.
Lepas try..hmmmm.....memang sedap!! thumb up!!...rotinya sedap...Saya bukan pengemar roti canai..boleh dikira berapa keping roti canai yang dimakan dalam setahun...hihihi...so boleh datang lagi. Harga pun berpatutan....selain dari itu banyak lagi makanan kat sini...boleh google ler...ini tolong promo...hihihi.
http://vitdaily.com/makan-makan-restoran-seri-soga-shah-alam/
Breakfast Hari ini...
Kalau di KL ni..rasanya Nasi Lemak Tawaf Seri Petaling ni tak perlu diperkenalkan yang terletak di depan Hotel Petaling..ramai yang tahu tolak yang tak tahu ler.... selain dari nasi lemak sini...ada nasi lemak Tang Ling di Taman Tasik Perdana.Lama juga tak ke sana.
Seawal pagi Kami dah duduk kat kedai ni. Saja ajak kawan-kawan dari Bandar Kinrara dan Kelana Jaya makan di sini pagi ni. First time datang. Saya kenal tempat ni semasa awal kedatangan Saya di KL pada tahun 1992 dan pada masa itu sepengetahuan kedai ini memang telah lama beroperasi hanya dengan khemah yang berkeluasan 20 kaki x 20 kaki. Dah bertahun lama tidak ke mari .... Last week makan dengan kawan di sini tapi Nasi Lemak tak sampai lagi. Kedai open dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi rasanya ........so we plan datang lagi minggu ini. Kalau sapa yang tahu....Kedai ni sama macam Kedai Satay Melayu di Jalan Cochrane KL dan Nasi Lemak Jalan Pudu.
Ada dua belas (12) jenis hidangan pelbagai jenis.... Sepanjang Saya di KL ni..sesekala memang minum dan makan di sini tetapi percaya atau tidak terpulang....Saya tak pernah makan nasi lemak ni bukan sebab tak sedap tetapi sebab saya bukan 'fan' nasi lemak ...hahahha...rata-rata kata sedap... tetapi Saya suka tengok perniagaan kedai ini......tidak lengang dengan pelanggan...Memang menarik dan lagi menarik seawal pagi orang dah menunggu kedatangan nasi lemak ni dengan sabar..sanggup menunggu lama.... Bukan sahaja Orang Melayu tetapi pelbagai bangsa...bukan aja orang biasa tetapi yang berkereta besar.. Adakalanya Saya menjadi pemerhati dan penganalisa tidak bergaji .... mengira sendiri berapa orang yang datang ke kedai ini dalam tempoh satu (1) jam......sungguh mengkagumkan dan dalam detik hati Saya selalu berfikir...apabila melihat perkembangan bisnes makcik kedai ni....work from home with simple business plan but earn big money...senyap-senyap jadi jutawan...thumb up!!
Ada juga makanan lain di gerai berbumbung ni...ada nasi goreng, lontong, roti canai..nasi impit, nasi dagang dan lain-lain.
Gerai Nasi Lemak yang warna merah tu..
Sumber dari web lain, tak sempat nak snap sebab ramai orang
Alhamdullilah ..kenyang
Dipetik dari website lain:
Hadis ini diriwayatkan juga dari Ibn Mas'ud:
Rezeki itu ada 20 pintu, 19 daripadanya untuk peniaga, dan satu untuk pembuat dengan tangannya.
Dari Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya sebaik-baik penghasilan ialah penghasilan para pedagang yang mana apabila berbicara tidak bohong, apabila diberi amanah tidak khianat, apabila berjanji tidak mengingkarinya, apabila membeli tidak mencela, apabila menjual tidak berlebihan (dalam menaikkan harga), apabila berhutang tidak menunda-nunda pelunasan dan apabila menagih hutang tidak memperberat orang yang sedang kesulitan.” (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam Syu’abul Iman, Bab Hifzhu Al-Lisan IV/221).
Dari Rafi’ bin Khadij radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Ada seseorang bertanya, “Penghasilan apakah yang paling baik, Wahai Rasulullah?” Beliau jawab:
“Penghasilan seseorang dari jerih payah tangannya sendiri dan setiap jual beli yang mabrur.” (HR. Ahmad di dalam Al-Musnad no.16628)
No comments:
Post a Comment