Teluk Batik
Apa nak buat petang-petang...so dema-dema berpakat nak pi mandi laut....Teluk Batik tu dekat aja...kurang sejam dari Bota....so apa lagi....rombongan ke Teluk Batik.. sampai dah pukul 5.00 petang...cuaca redup dan mendung...
Subhanallah..cantiknya |
Restoran Muara Ikan Bakar
Mula ingat nak bakor sotong dan sosej kat tepi laut tapi kuasa Allah tiada siapa yang boleh menghalang..hujan ler pulak so kami pun singgah di restoran dan mintak restoran masakan sotong..hehehehe.. kelako!!
Oleh dak kerana lapor, so tak sempat nak ambik gambor makanan...hihihihi
"Barang siapa yang dibuat (dibelikan) kepadanya kebaikan, maka katakan kepada orang yang berbuat baik itu "Jazakallahu khaira" semoga Allah membalas kepadamu dengan kebaikan. Sesungguhnya hal tersebut telah bersungguh-sungguh dalam berterima kasih" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Thank you Ayah Ein & Chu E
Dikongsikan bersama.....dipetik dari blog di internet..
1. Tahukah yang
dikatakan pasir pantai mampu mengubati stroke
2. Mandi pantai juga
elok untuk kecantikkan kulit terutama yang mengidap penyakit kulit, tidak kira
kanak-kanak atau dewasa.. malah yang berjerawat pun boleh hilang jerawat.. jika
rajin mandi pantai… ini kerana kandungan garam yang tinggi didalam laut… amat
elok untuk kesihatan badan dan kulit
3. Mandi pantai juga
elok untuk yang mengalami sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh badan.. malah
dengan berenang atau mandi pantai.. ia umpama bersenam dan membakar
banyak kalori.. that why, lepas mandi pantai akan rasa penat sangat dan
lena tidur… kerana pembakaran kalori dan tenaga.
4. Dengan berjalan
kaki di atas pasir pantai (tanpa
kasut atau selipar)…. ia umpama melakukan refleksologi ... pasir-pasir yang halus akan mengurut kaki dan ia juga bahan pengelupasan semulajadi
untuk kulit mati…
5. Air laut juga elok
untuk membuang sel kulit mati, membuang racun dari badan dan melembutkan
kulit.. ini kerana laut amat kaya dengan magnesium yang dapat menenangkan dan
menghilangkan tekanan dan kepenatan.
6. Udara pantai kaya
dengan ion negative ia membantu bernafas
dengan lebih baik dan mengurangkan tingkat hestamine yang mampu menyebabkan
rasa demam….malah dikatakan juga mandi laut turut mengurangkan “senggugut’…
tapi kena mandi before “datang bulan” .. juga mengurangkan sakit
kepala..
7. Melihat “sunset”
juga menghilangkan tekanan dan mengurangkan stress… so leh lihat sunset di
pantai-pantai yang berdekatan .
8. Apa sekalipun..
bagi yang ingin berkemah atau tidur di pantai.. dinasihatkan melapik kertas
atau kain atau benda tebal.. elakkan tidur di atas tanah atau bumi… ini kerana
dikatakan udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma
Amalan
Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan
oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam
makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Dari
Abdullah Bin Umar
”
Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari
langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”
Hadis
Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari
Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .
Dalam
kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari
badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau
bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian
mandi air laut.
2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2
genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang
bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.
3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk
penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah
demah/tuam pada tapak kaki.
4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu
dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja
berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit
garam.
6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam
kasar sebelah pagi.
Petua
berdasarkan kajian
Merendam
kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara
yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan
untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
Mengurang
tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan
kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
Merawat
cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.
Garam
diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit
yang gatal.
Menambah
imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat
di negeri Arab. Misalnya yang berkunjung ke Arab akan
mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai
ubatnya.
No comments:
Post a Comment