Friday 31 December 2021

Tokyo Secret Lunch - New Year Eve (31/12/2021)

Esok dah New Year, tahun ni pengakhir cerita tahun 2021 amat terkesan dan sukar untuk dilupakan. Hari ni Cik Mai ada di Tokyo Secret Mid Valley. Kawan-kawan ajak lunch di sini. Rancang dah lama tapi banyak kali dah batal so hari baru ada masa. Asalnya Lynn dan Yan ajak makan di Damansara tapi disebabkan KL jem teruk so kami tukar tempat. Punya la lama Cik Mai kat Bangsar baru tahu ada tempat nih..Itu pun Lynn kata tengok kat Tik Tok. So #foodhuntingcikmai di sini hari ni.


Dalam Mid Valley Level 1 berdekatan skybridge ke Garden Mall. Senang aja cari.



Lama tak pergi sini walaupun kerja kat Bangsar sebab sini ramai orang. Kami sampai dulu. Cantik tempat nih. Macam biasa posing dulu hahahaha.



Kat sini Cik Mai tak upload video, kalau nak tengok kena tengok di instragram Cik Mai. Sampai aja Yan dan Lyn terus bagi Cik Mai hadiah. memang terkejut sebab tak duga. Kata Yan ada orang kirim dari #$@^&**(). Dia tolong bawakan. Ya Allah thank you so much guyss.






Makanan kat sini..hmmm macam-macam ada. Look delicious !! suasana pun menarik...aman damai aja.


Jenuh tenung menu tu hahaha...


Ingatkan esspreso ni cawan yang besar ker...harga boleh tahan rupanya comel ajer. Cik Mai biasalah Latte berpisah tiada. Bukan sebab have have tapi itu aja yang boleh minum selain capucino dan esspresso. 



Inilah yang kami order, lain-lain setiap orang.






Nama depa ni Cik Mai lupa la..panjang bebenor. Sedap guyss....Cik Mai makan habis.



Cik Mai pernah try yang Mykori punya..yang ni pun ok juga.



Aktiviti biasa..sebelum makan ambik gambor ....dah jadi SOP la pulak kan. 



Dah terbalik kami, makan toast ice cream dulu dari makan main course...boleh aja la.



Masa bukan boleh lama, Cik Mai tak apa dah tak kerja tapi depa ni kena la balik kerja.


Depa buat terkejut lagi, dulu Cik Mai biasa buat suprised kat orang hahaha...la ni depa ni buat terkejut-terkejut dan bagi sumbangan lak.. Kena buat PC la pulak. Yea.... sebab masa Cik Mai left company tak ada buat farewell. 




So.....terima kasih lah Yan dan Lynn yang mengaturkan majlis ni di tempat yang cantik, selesa dan menarik. Terima kasih belanja Cik Mai makan dan dapat gula-gula lagi. Cik Mai sungguh terharu sebab tak terfikir pulak.




Sebelum makan tadi kami posing-posing la, buat macam rumah sendiri hahaha..depa ok aja sebab tahu orang nak masukkan dalam Tik Tok dan Istragram dan depa pun dapat markerting percuma dari orang ramaikan. Jangan tak tahu waiter tu shooting 2 /3 kali untuk deliver toast ice cream tu. Depa sangat sporting.











Hmm... rindu macam dulu-dulu kami selalu bersama makan-makan #foodhuntingcikmai







Ada aja orang kat keliling kami ambik gambar ni, hahaha...









Last......thank you guyss!!



Insha Allah, one fine day kita jumpa lagi kalau Cik Mai tak kerja lagi. Buat masa ni kereta pun tak ada dan banyak benda kena diselesaikan. Apa-apa berlaku kita redha aja la.

Harap tahun 2022 yang akan datang kehidupan akan lebih baik dan hidu dengan selesa.


SELAMAT TAHUN BARU 2022

Follow istragram @maimeorhasan for more video .



























No comments:

Post a Comment