Monday, 2 May 2022

Hari Raya Aidil Fitri 1443H - Kajang 02.05.2022

Selamat Hari Raya Aidil Fitri disambung ke Kajang rumah Hj Mohamad  Nor. Lepas Zohor  kami semua serbu rumah dia ..hahaha..ini kan panic raya...

Ini gambar before kami balik...perkara wajib bergambar beramai-ramai..Keturunan Alang Yaakub ...actually Hisham guna drone ni so video kena tengok kat Ig@maimeorhasan la.



tapi sebelum tu.......apa lagi cerita makan-makan la...makan 3 kali la sebab qado raya 2020, 2021 dan untuk tahun ni 2022..




Keluarga Yang Ida pun ada



Lama tak jumpa kan..so banyak sembang ..banyak makan ..



Hari ni banyak team Hitam




Tuan rumah ..


Keluarga Yong Pozi pun ada...



Ini makan untuk raya tahun 2021 lak..ada udang dan kambing bakar juga kari kepala ikan. Kari kepala ikan tunggu untuk Tahun 2022 lak.



Biasa la bergurau dengan anak-anak buah...kata muka macam Zul Ariffin masa muda..hahahaha


Anak-anak buah semua dah besor-besor. Ok belakang rumah Nyah Idan ni cantik view nya ..ala2 sekali pandang macam farm lak ...







Eh! Eh! mcam kat Cameron Highland lak... hihihi




Oklah Selamat Hari Raya Aidil Fitri . Untuk tengok more video boleh cari kat ig@maimeorhasan







Saturday, 30 April 2022

Happy Birthday to Mila & Nana & Pre Raya 2022

 Pejam celik pejam celik dah 28 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Hari ni kami berkumpul adik beradik di Jalan Kebun Shah Alam sebelum ada yang nak balik ke kampung mentua. 



Cik Mai banyak shoot video sebab it real ...gambar ni kurang la sikit..so kalau hangpa semua nak tengok kena pi jenguk la ig @maimeorhasan.



Lepas berbuka dan lepas solat isyak, ada aktiviti sambutan hari lahir untuk Mila & Nana.









Ada aktiviti bermain bunga api pulak






dan makan steamboat lak...














Thursday, 28 April 2022

Pre Raya & Arwah Hjh Saedah Binti Abdul Wahab - 27 Ramadhan


Pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke Bota Kanan apabila dengan Macik Saedah telah kembali ke Ramahtulah. Arwah adalah orang yang sangat baik. Rezeki arwah meninggal di bulan puasa dan malam 27 Ramadhan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin ya Rabil alamin.






Kami sampai aja jenazah dah dibawa ke masjid dan setelah selesai  terus dibawa ke tanah perkuburan.






Sementelah dah sampai kampung dan kami nanti tak balik pada raya, so kami singgah ke rumah Ateh di Layang Kanan jenguk dia.