Tuesday 26 August 2014

Nasi Ketam @ Warung Pak Su Bagan Nyiur, Juru

Pertama kali saya menjamu selera di sini kira-kira tujuh (7) tahun yang lalu  dan sebelum ni bulan Mac tahun 2014....dan oleh kerana sedap, kiranya kesempatan sure akan cari masa untuk singgah di sini...so kesempatan yang and ada on the way balik ke KL ajak teamwork singgah di Warung Pak Su yang terkenal dengan mee ketam, mee udang, nasi ketam, nasi udang dan pelbagai lagi. Hmmmm... rasanya tidak berbeza..sedap macam kali pertama datang ke sini.









Sabda Baginda SAW: “Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya.” (HR At-Tirmidzi)

Di samping itu, Baginda SAW juga tidak pernah makan dalam keadaan bersandar, sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Juhaifah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku tidak akan makan dalam keadaan bersandar.” 

Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tangan kanan. Rasulullah SAW bersabda: “Jika salah seorang antara kalian hendak makan, maka hendaknya makan dengan menggunakan tangan kanan dan apabila hendak minum maka hendaknya minum juga dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.” (HR Muslim). 

Baginda SAW memakan makanan dengan tiga jari dan selepas selesai makan, Baginda SAW menjilat ketiga jari tersebut sebelum membersihkannya. Hikmahnya, kandungan enzim yang ada pada tangan atau jari kita tadi akan lebih cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang daripada kamu sudah selesai makan, jangan dibersihkan jarinya sebelum dia menjilatnya.” (HR Muslim) 

No comments:

Post a Comment