Monday 19 July 2021

Hari Raya Aidil Adha 2021

 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2021 

10 ZULHIJJAH 1442H

Hari ni seawal pagi Cik Mai dah bangun dan lepas subuh terus masak di dapur. Semalam hanya masak untuk berbuka aja sebab rasa macam letih sangat selepas ambil vaksin semalam. Selepas isyak terus tido.

Duk depan tv dulu tengok Tanyalah Ustaz dan siaran langsung dari mubit di Mudzalifah. Rest sekejap.

Hari ni masak ketupat Nona dan merendang ayam. Saja tak masak semalam takut tak berapa nak sedap. Sate daging dan ayam dah beli semalam juga dah beli lemang daun larek.

Kami bertiga jer kat rumah tapi dah namanya Raya kan so ada orang ker tak da ker Cik Mai suka menghidupkan suasana. Kita ni kena tahu hari-hari ni supaya ada kelainan.


Baju raya baru ni hadiah dari adik ipar.
 










Ini aja juadah hari ini, my sis bagi rendang itik. Alhamdulilah.





Okay....time vc dengan adik beradik sebab tak ke mana.












Selamat Hari Raya 
Aidil Adha 
10 Zulhijjah 1442H
Maaf Zahir & Batin











No comments:

Post a Comment