Saturday 20 May 2017

Majlis Tilawah Dan Menghafal Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke 59 Tahun 1438H @ PWTC, KL - Hari 6 (Penutup)

Di sini saya rasa tak perlulah saya huraikan satu-satu sebab one world dah tahu Majlis Tilawah Dan Menghafal Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke 59 Tahun 1438H @ PWTC, KL telah melabuhkan tirainya di kaca tv. 

Di sini  saya abadikan kenagan-kenangan terindah dan pengalaman berharga buat saya di sebalik kaca tv itu. Kalau tak kerana tv di rumah saya tu tak ada tidak saya ke mari..maybe duk depan tv siap baring-baring lagi yek. Memang ada orang cakap..buat apa penat-penat nak pegi tengok tv aja la...betul saya sokong dan setuju...tapi di Dewan Merdeka penuh dengan kemeriahannya...ini pengalaman pertama saya duduk di dalam dewan mendengar tilawah..setidak-tidaknya kalau pun saya tidak melihat kesemuanya namun sedikit sebanyak hari pertama telah berjaya mencuri hati saya untuk terus berada di sini hingga ke hari penutup. Selain itu saya dapat kenalan baru...dan yang paling mengembirakan Allah telah membawa saya ke sini dan bertemu dengan mereka-mereka yang hebat-hebat...Alhamdullilah

Meh tengok apa kisah di sini.....

Dewan Merdeka penuh walaupun belum pukul 8.00 malam...bahagian bawah dah tak boleh nak masuk..tangga laluan pun dah penuh orang duduk. Sambutan luar biasa..biasa orang tengok konsert aja yang penuh cam gini...rupanya majlis ini ada pengikut tersendiri....ada yang saya tanya masa sembang-sembang kebanyakkannya first time datang.


Hari ini ramai yang memberikan sokongan..di sudut sebalah kiri skrin dan bahagian bawah ramai warga Singapura dan Brunei memberikan sokongan. Ya...sangat ramai...boleh kedengaran kumplan tersebut memberikan tepukan.



Saya sampai lebih 5 minit selepas 8.00 pm...saya tengok penuhnya..terus naik ke Level 5 dan 6...aiya...penuh dengan kumpulan pancaragam...turun balik selit-selit tapi tak juga telus..huhuhu...kat luar dewan ada screen besar dan ramai orang dah bersila...tak best la tak masuk dewan. Finally saya dapat jugak selit kat lintas Langsung TV Alhijrah..nasib saya tak disuruhkan kosongkan tempat tu sebab dia orang bersiaran langsung...agaknya sebab depa dah kenal dan tengok saya duk cakap-cakap dengan Fadzli Aziz.


Dia orang start berlintas langsung jadi saya kena kecikkan diri dan kurangkan pergerakan...nanti nampaklah asyik duk selfie..hihihihi.



Di belakang saya ni warga Singapura pun ada.


Lepas lintas langsung lega sikit sebab dah boleh duk selesa sikit...kami-kami duduk atas step ni la...Honestly saya tak pernah kenal dia ni siapa. Biasa la saya..siaran tv hanya tengok TV3 aja biasanya ..then ada orang di situ kata dia popular....iyea ke???? depa kata iyea...!! ok... then balik saya google....betul la follower instagram dia lebih 46K dan dia dulu ahli kumpulan UNIC dan la ni CEO di salah sebuah syarikat bisnes sendiri agaknya..


Bersama Ahmad Fadzli Abd Aziz dan En Rudin Penerbit Al Hijrah



Di bahagian bawah pun ada...saya dapat zoom dari Level 5 nih.




Ketibaan Duli Yang Mulia DiPertuan Agong diiringi oleh  Tetamu Kehormat terus ke pentas utama.



Ucapan dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi



Ucapan DYMM Yang Dipertuan Agong


Bacaan doa dari Imam Masjid Besar Wilayah Persekutuan


Pengumuman Pemenang..seperti yang di kaca TV la...saya hanya  rakamkan mana yang sempat aja. Keputusan rasmi boleh check kat Jakim FB.


Tilawah - Qari






Tilawah - Qariah






Hafazan - Lelaki



Hafazan -  Perempuan




Penyampaian Cenderahati - Juri -juri



Penyampaian Hadiah...Qari Malaysia tempat ke 3 - Tilawah


Penyampaian Hadiah...Qariah Malaysia Johan Tilawah


Persembahan dari Qari-qari






Berakhirnya tirai..saya sempat rakam masa depa lintas langsung nih...belajor rakam video..


Temuramah orang kuat di sebalik tabir program nih.


Di pentas utama pulak,,,,meh tengok.





Bahagian barisan pengacara majlis ..Warga Jakim


Qari Kanada, Muhammad Maaruf Hossain..Tahniah


Tahniah kepada Naib  Johan Qari dari Brunei Darul Salam Awang Ku Abidul Amin Bin Pangiran Hj. Marzuki.



Tahniah kepada Johan Qariah dari Malaysia, Puan Normalina Binti Alias. Tahniah juga buat Tempat ke 3 Qari, Wan Fakrul Razi Bin Hj. Wan Muhammad....saya tak jumpa ustaz ni lak.


Tahniah...Bersama Johan Qari  dari Iran, Hamed Alizadeh


Tahniah, Cik Zainab dari Plastine..Hafazan. 


Bersama Qari  dari Spanyol bernama Mohammad Elias Keller Rancero...dia pandai cakap malay sikit-sikit katanya...saya kata u all tinggi sangat so saya duk depan..pegang samsung nih hihihi....


Di luar dewan..saya sempat duk sini jab sementara dengar para Johan membacakan membuat persembahan




Balik dah....Selamat Jalan Syaaban dan Selamat Datang Ramadhan.


Sebelum sampai dewan...sempat posing sementara tunggu LRT



Alhamdullilah ....Thank you Allah













No comments:

Post a Comment