Sunday 18 November 2018

Palembang ke KLIA2

Masa  untuk pulang Palembang  tanah Sriwijaya  dan terima kasih untuk kenangan. Walaupun sendirian mengembara di negeri orang  saya rasa cukup selesa, selamat dan dihargai.

Terima kasih RedDooz Plus Hotel yang memberikan layanan yang baik dan kerjasama sepanjang berberapa hari di sini.

Terima kasih Alam yang menyediakan panorama indah buat saya walaupun semasa ketibaan saya dimaklumkan hujan lebat sekitar hingga menyebabkan berberapa tempat dikepung air.

Terima kasih Allah memberikan kesihatan yang baik, merasai keenakan, tunjukkan kehidupan dan  segalanya. 

Terima kasih kasih kepada orang-orang yang baik budi yang memberikan peringatan. Semoga kalian dimurahkan rezeki dan dirahmati.

Tetima kasih teramat kepa Airasia yang menunggu saya terlewat menaiki flight pada masa pergi disebabkan terlalu ramai orang  di KLIA2. Lagi 15 minit hendak berangkat dan menunggu saya masuk sebelum pintu ditutup.Nasib tak tinggal.

Semoga saya selamat sampai di Kuala Lumpur malam ini.Insya Allah.

Naik beca

Pengembaraan saya ke tanah Sriwijaya berakhir hari ini. Pelbagai kenderaan saya naiki hari ini. Kos Perjalanan dari Kota Palembang hingga ke depan guard house Taman Tasik Permaisuri sehala hanya RM125 sahaja. Tak percayakan? tapi itulah realiti percutian bajet saya.
.
Alhamdulilah rezeki saya hari ini, sebaik sahaja saya check out Pak Beca ada sedang menunggu dan menghantar hingga ke LRT Station Cinde tak berapa jauh dari situ dengan tambang Rp20,000 return sebab dia pusing kosong. 




Naik LRT dari Cinde ke Bandara

Pantas naiki tangga membeli tiket LRT ke Bandara, murah bangat Rp10000 sahaja melewati 8 station dan menikmati kawasan dari atas kerana LRT lalu di bahagian atas.




memang tak ada orang, saya sorang aja







Sampai di Bandara Sultan Mahmud Badaruddin,  saya cepat-cepat menuju ke ruang international takut kejadian di KLIA2 berulang dan lewat sedikit pesawat Airasia hari ini. Tapi dalam apa keadaan pun sempat berfoto.Tiket balik harga lebih kurang RM90 termasuk insuran dan caj kad.






Naik basikal pun ada ni hah..hihihi



.Airasia, jetbus & teksi

Selamat mendarat di KLIA2, dari situ naik Jetbus ke TBS sebab rumah saya berdekatan aja seterusnya naik teksi ke Tasik Permaisuri. Rezeki saya lagi hujan telah berhenti, kata Pak Cik Driver Taxi tadi selebat-lebatnya hingga susah nak bergerak.

Cuba hitung, percayakan.


Renungan

Dalam beberapa hadis yang menyatakan terdapat tiga (3) doa yang dikabulkan Allah/ tidak tertolak. Salah satu darinya adalah Doa orang dalam perjalanan (musafir).

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Ada tiga doa mustajab yang tidak diragukan lagi, iaitu doa orang yang teraniaya, doa musafir, dan doa ibubapa untuk anaknya”. (Hadis Riwayat Tirmidzi).

No comments:

Post a Comment