Sunday 18 November 2018

Perjalanan KLIA2 ke Palembang


Hari ini saya akan travel ke Palembang. Ada apa di Palembang? Entah la saya hanya booking masa ada offer tiket tu hari sementara menghabiskan cuti tahunan yang masih banyak lagi. Dah booking tiket baru cari apa yang menarik untuk explore. Bila ditengok macam banyak tempat jugak dan more kepada peninggalan sejarah zaman dahulu.



Pagi seawal 5.30 pagi dah sampai KLIA2, rehat jab sambil makan breakfast yang dibawa dari rumah. Saya takut nak makan pelik-pelik ni sebab banyak pantangnya. Bila nak travel saya sangat jaga makan sebab takut tetiba sikit di tempat orang dah la pi bercuti sorang-sorang. 


Sebelum pergi kalau nak jimat, biasanya saya akan book bilik mengikut offer Agoda. Rezeki saya dapat offer masa tu RM87.14 untuk 2 hari di RedDoorz Plus Near Paalembang Mall di town centre so senang sikit nanti. Oleh kerana saya nak pegi banyak tempat dan banyak berjauhan setelah check distance calculator Indonesia, so saya ambil keputusan untuk sewa Kereta dan Supir untuk 12 jam sebanyak Rp. 550,000. Kalau ada extra kena bayar caj lain sebanyak Rp. 35,000.

Penerbangan hampir 2 jam tu tiba pada 8.00 pagi dan terus tunggu di luar. Sebelum tu Pak Arif telah beritahu saya Pemandu bernama Aleh akan mengambil saya dan sebelum penerbangan Aleh telah menghubungi saya. 

Hujan baru berhenti dan dimaklumkan banyak tempat dikepung air. Ramai yang menunggu transport yang tak sampai. dalam masa yang sama ada calon pemerintah datang melawat Palembang, punya la ramai yang menyambut dia.


Oleh kerana lama menunggu saya ronda-ronda bandara ni.


Di sini ruang bas stand kalau nak naik bas. Tak susah ada bas menghala ke bandar tapi kena tahu routenya.


Nampak tak yang macam tiang jambatan tu, di situ adalah LRT. LRT tu boleh sampai ke Jakabaring melepasi city centre, tambang pun tak mahal lebih kurang Rp.10,000 aja tapi sebab saya dah ambik kereta so tunggu aja la. Kalau korang nak jimat boleh naik LRT aja hingga ke bandar kalau tak ada nak singgah di mana-mana.



Jam 9 pagi baru Aleh sampai. Adoi..letih tunggu. Yea la dijalanan kami temu 3 tempat banjir. Jem teruk.


Planning hari ini melawat sekitar dalam perjalanan ke bandar terus ke Jakabaring kemudian makan dan check in hotel dulu. Lepas rehat baru teruskan perjalanan ke Gandus.











No comments:

Post a Comment