Hari Raya Aidil Fitri 1440H - Syawal ke 2
Raya kedua plan beraya di rumah Ude ( adik lelaki no. 2) di Taman Felicia, Bandar Putera 2, Klang. Semalam tu beraya di rumah adik lelaki no. 3.
Semalam saya check in sini, tuan rumah balik kampung sehari so jaga rumah dan jaga kucing huhuhu.
Ni Amoi, mana saya pegi asyik ikut aja dari semalam. hahahaha..dia nak tido dengan saya tapi saya tak biasa tido dengan kucing.
Pagi-pagi lagi saya dah bagi Mueizza dan akan-anak breakfast dulu. Hmmm... tuan rumah balik kampung so saya jadi babysister pada depa ni. Muiezza lak nak beranak, menghitung hari aja tu.
Untuk lihat video boleh klik link ig @maimeorhasan,
Muiezza (mak) bersama-sama anak-anaknya kembar 3 - Vico, Milo & Amoi
Lepas settle ni terus saya dan adik saya yang bongsu menuju ke Taman Felicia. Kami ingat nak lunch di luar aja tapi banyak kedai tutup so hari ni kami makan masakan Melayu, Mamak dan korea style hahahaha..nampak tak ada Mc D - korean style.
Untuk lihat video boleh klik link ig @maimeorhasan,
Rajin Ude masak ..Mak Ude on call..kena kerja di KPJ
Kami lepak la sampai petang sebab mak kami pun ada sini sementara kami layan citer J Revolusi kat TV3. Lepas tu keluarga adik saya datang juga beraya . Aisey!! lupa ambik gambor masa tu sebab muka dah penat hahahaha,
Lepas tu lepak lak kat Seksyen 23 di rumah our sister sampai ke malam. Camtu la kami..dari rumah sana ke rumah sini. Rumah dekat-dekat aja yang bezanya seksyen dan bulatan aja.
Hari Raya Aidil Fitri 1440H - Syawal ke 3
Today ...........Friday and all shops still closed. Macam tak best aja nak jalan hari Jumaat. Nowhere to go lagi pun badan macam tak berapa nak sihat. Adik no 2 dah balik ke Pahang dan adik no. 3 balik ke Pasir Gudang. Aktiviti hari ni saya ngadap notebook la sehari suntuk browse Agoda looking offer hotel for next coming trip. Alhamdullilah berjaya grab good rooms with cheapest. Selain tu google la ubat-ubatan dan macam-macam la.
Selebihnya...saya duk depan tv ,,hahahaha...tengok la apa-apa citer yang ada. TV kat rumah ni hanya ada TV1 aja.
Hari ni memang tak ke mana-mana hanya ini aja la uniform untuk hari ini dari pukul 4.00 pagi hingga midnight. Untuk lihat video boleh klik link ig @maimeorhasan,
Alhamdullilah, syukur selalu, sabar dan redha.
Insha Allah. Amin
No comments:
Post a Comment